Sabtu, 5 November 2011

Restoran teratak rezeki

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.....

Mesti ko orang boring layan blogs aku yang tak habis-habis layan masalah parking moto, k lah disebab kan waktu dah menjelang pagi sabtu aku teringgatkan sebuah restoren yang aku dan kengkawan opis aku singah lunch pada 3 nov lepas, dah jauh malam dan ke pagi pulak tu mesti perut pun jadi lapar....aku bukan lah lapar sangat cuma teringat kan kerabu mangga...restoren tu hu..macam nak buat je besok untuk hidangan lunch aku sekeluarga.

K berbalik cerita restoren ni, pada mulanya aku pun tak Hai....senang je nak cari restoran ni. Berdekatan dengan Petronas dan sejajar dengan kedai moto-moto beso. Terima kasih kepada saudara Azali kerana membawa kita orang kat restoran ini ..rantai putus punya pasal kengkawan dapat makan masakan melayu ok.

Restoran ini terletak di Jalan Kg Pandan, Taman Maluri KL, tengek sendiri lah alamat kat tisu ni. Nama restoran pon sempoi Teratak Rezeki, aku suka dengan color yang dipersembahkan dengan sedikit hiasan dinding color perabot yang matching dengan color dinding dan yang aku syok tengok meja cashier.

Aku bab lunch ni memang jaga sangat takut termakan lebih, alamat nya sesia je lah usaha mengurangkan berat badan aku ni....ha...ha.... Perihal makanan kat restoran ini semuanya sedap yang istimawa kerabu mangga dan ikan masin ikan terubuk(aku rasa lah). Dari info yang aku dapat dari toke restoran ini, restoran ni dah beroperasi dah lama, cuma baru-baru ini ada pengubahsuaian konsep sedikit. Restoran ini beoperasi setiap hari dari pagi hingga lah ke jam 7 petang InsyaAllah akan beroperasi ke malam hari apabila segala pengubahsuian siap dilakukan, begitulah infonya. Hah baba harga alhamdulilah berpatutan aku ambil nasi laus kerabu mangga dan ikan ai..tak sampai Rm6.....Insya Allah kalau aku bawak keluarga aku jalan sekitar KL ada lah tempat makan baru nanti.......jom tgk gambar...

Restoran teratak rezeki &ketering
no,5-G Jalan Kg Pandan, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur

Nak info lanjut jalan-jalan lah kat blog platspender.blogspot.com / melangkahalam.blogspot.com
bukan apa kami time ni makan semeja....tq juga kepada saudara Tobab ..ni gambar2 ni dari i-phon dia lah.

1 ulasan:

  1. tokey restoran jugak ada bawak org g mancing sekitar p. ketam......hihihi

    BalasPadam