Khamis, 3 November 2011

Penunggang Motosikal Technip-PMT

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.....

Hari ini nak cerita sikit lagi, berkaitan perihal masalah-masalah ditempat kerja aku. Em...memang tak dinafikan, menunggang motosikal ni agak berbahaya berbanding dengan menaiki kereta dan apa-apa kenderaan beroda empat. Tetapi bagi menyelamatkan diri dari terperangkap didalam jam kat Kuala Lumpur ni dan menyelamatkan duit yang mengalir akibat kenaikan harga minyak dan tol, menungang motosikal adalah cara dan pengangkutan termurah selain menumpang kawan. Oleh itu aku sebagai warga kerja swasta mengambil pendekatan menaiki motosikal sebagai kenderaan ke tempat kerja. Yang menariknya bagi aku menunggang motosikal ni tak lain tak bukan adalah nak parking ikut suka aku..tapi jangan lupa lock nanti lesap.

Sebelum ni kami penunggang-penunggang motosikal tak da la masalah nak parking, masalah DBKL, kecurian dan keselamatan. Kerana company tempat aku kerja ni ada menyediakan kawasan parking motosikal...memang shok tak berebut parking. Tetapi sejak dua bulan kebelakangan ini kawasan parking itu telah habis kontrak sewaannya jadi company aku sewalah tempat lain...hu..sangat la jauh hingga mengambil masa 10 minit untuk ke tempat parking. Bagi mereka yang ringan badan ok lah, tapi bagi aku yang bagaikan melenggang perut ..patah pinggang dibuatnya.

Apalagi bersuara la otai-otai kat opis aku ni.....lantas dengan automatik tertubuhnya club iaitu club PMT (Penunggang Motorsikal Technip) pengerusi adalah berdasarkan pelantikan sendiri...sendiri lantik la....ha...ha.....

Hari ini pengerusi PMT dan ahli-ahli jawatankuasa (lantikan sendiri) telah bertemu pegawai pengarah DBKL bagi meminta agar kami diberi kawasan parking kekal....dibawah ni cerita serba sedikit dari Tuan Pengerusi (lantikan sendiri).

Salam utk PMT Atas usaha saudara Raja Muhazim semalam, beliau berjaya membuat temujanji dengan Pengarah DBKL untuk bersua muka pada pagi yang indah hari ini pada jam 9 a.m. Dengan rasa gemuruh dan gembira,(nak jumpe pengarah tu....kelasss beb..) sekali lagi utusan PMT (Advisor 2, En Affandi dan saya ) menyertai beliau ke DBKL.

Dengan langkah teratur kami menuju ke tingkat 8 dengan menggunakan kemudahan lif yang disediakan, untuk memenuhi temujanji....(bukan temuduga aaaa) tersebut. Alhamdulillah, Tuan Haji Hamid yakni Pengarah masih berada di pejabat. Perbincangan berkisar Parking Motorsikal Praktikal dan Kekal pun dimulakan dalam suasana harmoni...maklumlah..minggu depan kan nak raye...masing2 dah mood raya.. Walaubagaimanapun, kata putus masih lagi belum dapat dibuat. Mengikut kata beliau,petang nie ada meeting DBKL dan usul itu akan dibawa ketengah. Kita doakan agar pemesyuarat2 itu dapat memberikan satu kata putus berkenaan permintaan kita.Kita harapkan agar ianya positif. Jadi...tungguuuuuuu.. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada saudara Raja Muhazim atas pertolongan beliau menyediakan surat, membuat temujanji dengan Pengarah DBKL, berhubungan dengan Cik Mariati untuk menguruskan kenderaan ke DBKL serta kepada supir baru Technip, walaupun tidak menepati masa...janji pukul 8.20..kereta datang pukul 8.35...nasib baik sempat. dan Selamat Menyambut Aidil Adha.Pesanan bagi yg ada GOUT..jangan makan daging lembu lebih2 aaaa... Bagi yang pulang ke kampung, selamat balik dan kembali.Pandu cermat, jiwa selamat

XXXXXX
Presiden PMT....lantik sendiri nie.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan