Sabtu, 12 November 2011

Selamat pengantin baru

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat..

Hari ini aku sibok sikit, bangun je dari tidur lepas solat subuh....baring-baring sekejap terus gi mandi...hu panjang nya...ok pendek kan cerita lepas je anak-anak aku siap di persiapkan dalam keadaan hujan yang sederhana lebat terus aku menuju ke Majlis Ihtifal pelajar-pelajar Pasti(penyampaian sijil tadika 6 tahun). Tahun ini anak aku yang nombor 2 tak dapat sebarang hadiah khas..maklumlah markah tak tinggi (emak bapak sibok dengan kelahiran cahaya mata yang ke 4). Jadi hanya penyampaian sijil tamat sekolah enam tahun sajelah, yang lain hadiah sukan nika akhir tahun Pusat Asuhan Pasti Al-Azhar. Lepas jamuan makan kami terus ke Rawang ambil barang dan balik. (PASTI cerita lagi)

Hari ini juga jiran sebelah menjalankan majlis Walimatulurus anak nya yang bungsu...mintak maaf lah Pakcik Sharin hari yang sibok minggu ini. Apa-apa pun tahniah kerana mendapat menantu. Doa kami semoga berkekalan hinga ke anak cucu...amin....

K badan dah penat, perut dah kenyang nak tido..kalau sempat malam ni boleh lah tulis lagi...

~sekian~




1 ulasan: