Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.
Alhamdulilah dah besar rupanya anak-anak aku, rasanya baru semalam aku mengajar mereka belajar bertatih dan berlari. Rasa macam sentimental pulak aku malam ini, bukan apa sudah separuh hari telinga aku ini tak dengar jeritan wife aku(si pembuat kek pisang) memarahi anak-anak sulung dan kedua aku(umair & papa) sampaikan terngiag-ngiang kat kelopak cuping telinga aku ini. Mereka berdua bukan nya dah besar sangat, si abang (Umair) tahun hadapan masuk tahun 2 dan sia adik (Papa) masuk tahun 1, mereka berdua rapat, maklomlah jarak dekat. He...he... memang terasa bila budak bedua ini tiada dimata aku, ia lah aku tak pernah meletakkan mereka berdua tampa aku atau wife aku sendirian. Kemana sahaja dan dimana sahaja aku atau wife aku mesti ada disisi mereka, kecualilah waktu persekolahan itu pun sebab ibu bapa tidak dibenarkan berada disisi semasa sesi persekolahan jika tidak serupa lah macam cerita "Papadam".
Cuti sekolah pengal akhir ini aku nekat meletakkan anak-anak aku (umair & papa) dibawah jagaan atuk ayah mereka dikampung, belajarlah nak ada ilmu yang ayah belajar dari atok ayah ko, yang menjadikan ayah ini seorang yang faham erti berdikari, dan juga ayah nak ko berdua melihat suasana kehidupan di kampung walaupun kampung ayah sudah 70% tak macam kampung, sekurang-kurang nya adat dan budaya kampung masih ada. Berlajarlah berkawan dan bersosial cara kampung. Semoga kalian berdua faham erti hidup berdikari dan berkawan.
Kenapa ayah umi tak balik sekalai" ayah kerja umi kena teman ayah kat rumah ini. Abang ikut atuk balik kampung dengan Papa, ikut atuk pergi kenduri, ikut atuk pergi masjid. Abang nak dengan umi" tak boleh abang dah 7 tahun, tahun depan sudah 8 tahun abang kena belajar sesuatu tanpa umi ayah disisi abang. Atuk ayah dan atuk mak kan ada mereka kan ayah dan umi ayah.
Buat umi, wife ayah(sipembuat kek pisang) jangan terlalu sedih mereka berdua sedang berlajar, biar kita didik mereka dari rebung. Aku tidak dapat menurunkan sepenuhnya apa yang aku pelajari tentang hidup bak kata M.Nasir "pangil...lah mereka pulang ayah nak ajar ...tentang kurang ajar jadi mereka tidak sendiri lagi" kerana seharian bergelombang dengan kerja, jadi biar lah ayah aku yang ajarkan mereka sepertimana ayah aku menganjar aku. (Selepas berhidmat sebaga ATM ayah aku berkerja sendiri, menjual ikan, berkebun dan sebagainya (kerja kampung) jadi aku ini anak sulung kena lah menolong ayah berniaga, kekebun jadi banyak la masa aku bersama ayah). Tidak macam aku membesarkan anak-anak aku, mereka hanya aku paksa belajar disekolah tiada ilmu berdikari dan mencari peluang. Tak kan lah aku nak bawak anak aku pergi opis hu..mau kena duduk luar aku jawabnya.
Pesan ayah buat Umair dan Papa belajarlah dan cari lah sesuatu yang baru dan bermunafaat, "Yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan tauladan".
~sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan