Rabu, 9 November 2011

Approved - Parking Lot Motorsikal Prakitkal dan Kekal

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat..

Nak cerita lagi mengenai masalah parking motosikal kat opis aku. Alhamdulilah dengan berkat doa ahli PMT dan usaha majlis tertinggi PMT (penungang Motosikal Technip) pemohonan PMT berjaya walau pun tidak lah keseluruhan kawasan parking awam tak berbayar DBKL dapat di convert menjadi kawasan parking morosikal. Hu …dahshat betul majlis tertinggi PMT dan pengerusi (lantikan sendiri) ini. Aku sebagai ahli berdaftar PMT cukup banga dan beterima kasih kepada beliau kerana dengan usaha beliau walau pun terpaksa mengorbankan masa dan menebalkan muka untuk berurusan dengan pihak HR company dan pihak DBKL. Dibawah ini aku lampirkan kata-kata beliau dan surat pengesahan dari pihak DBKL tentang kejayaan pihak PMT untuk mendapatkan kawasan parking motosikal kekal dekal lagi mudah.

Salam PMT,

Dengan lafaz Bismilah , saya selaku Presiden PMT (lantikan sendiri ) dengan perkenan Penasihat 1 dan 2 serta DBKL ingin mengistiharkan bahawa Parking Lot Motorsikal Prakitkal dan Kekal telah berjaya kita perolehi dihadapan bangunan Technip kesayangan kita.

Sempena Hari Raya Aidil Adha, perkhabaran ini ingin dipermaklumkan kepada semua PMT. Dengan izin ALLAH disertai dengan doa, usaha dan sokongan padu dari ahli PMT, kita telah menerima menerima berita gembira itu melalui fax dari DBKL pada pukul 10.27a.m tadi berkenaan dengan kelulusan permohonan kita.
Walaupun tak mungkin dapat sumbat semua motorsikal, tapi sekurang2nya sebahagian besar boleh parking kat depan ofis. Dah banyak syukur dah tu..

Dibawah adalah surat dari DBKL...jeng..jeng..jeng..


Surat dari DBKL


Kawasan yang dipersetujui

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang terlibat secara langsung iaitu Tuan Haji Faridon ,En Ly Tai Fong,Tuan Haji Suhaimi, Tuan Haji Shamsul Bahri Penasihat 2, En. Affandi, Penasihat 1, En. Zulkefly, En Raja Muhazim Faiz, Abg Hairi, pemandu Technip yang baru..nama ape saya tak tahu, Cik Mariati, Cik Cynthia dan kepada PMT sekalian.

Cik Cynthia,
PMT mohon pihak Technip dapat menyegerakan "piano" kat depan ofis kita. Kita mengharapkan 1 Disember 2011, PMT akan boleh memakirkan motorsikal di parking lot yang baru.Saya rasa dua minggu setengah sudah memadai untuk mendapatkan kontraktor untuk tujuan itu. Kita tahu keupayaan beliau, yang boleh menyelesaikannya dalam tempoh tersebut.

Dengan kejayaan ini, saya dengan rendah hati ingin memaklumkan yang PMT dibubarkan. Sehubungan dengan pengumuman ini, saya dengan rasminya melucutkan jawatan saya yang saya lantikkan sendiri sebagai Presiden PMT berkuatkuasa serta merta. Secara automatik Advisor 1 dan 2 kena turun jugaklah. Bukan ada elaun pun..
Walaubagaimanapun, kami akan terus membuat follow-up dengan pihak syarikat agar "piano" tu dibuat segera...kalau tak..mungkin PMT versi Ops Piano pulak akan diwujudkan.

Errr..
ade cadangan...sebilangan ahli PMT nak buat makan2...kambing golek..amacam? semua ahli setuju tak? ala...bukan banyak pun, sorang 20 ke 30 hinggit jea...Sila maklumkan kepada saya dan Affandi dan saya akan collect maklumat then kita buat keputusan..kalau majoriti setuju..kita "ON"...amacam? Cepat skit..sebelum hari Jumaat nie.

pstt..
PMT sekalian,
ni amaran....kalau nak reply email nie..jangan cc kat semua aaa...

Azman MatNoh
(Bekas Presiden PMT lantikan sendiri..)











Buat information para pengunjung blog aku ni ahli-ahli PMT yang telah berdaftar dan telah di approve adalah seramai 210 orang ahli. Dan segala cadangan dan nasihat dari pada ahli-ahli yang berpengalaman telah dimusyarahkan pada tarih 27/10/2011 hingga lah pemohonan Parking Lot Motorsikal Prakitkal dan Kekal ini berjaya.

Walau pun terdapat suara-suara sumbang dibelakang yang tidak bersetuju dengan inkuiz ini, pihak majlis tetinggi PMT tetap juga meneruskan usaha untuk mendapatkan Parking Lot Motorsikal Prakitkal dan Kekal hinga lah mencapai kejayaan.

Dari pihak sehastamungkin ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak majlis tertinggi PMT serta akhli-akhlinya.

~Sekian~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan