Isnin, 23 Januari 2012

Lagi Kuala Selangor & Sedap sunguh si dara ni...

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Berkemas-kemas sikit buang sawang-sawang diruang blog aku ini. Em..rasanya tak berhantu lagi ni, jadi senanglah membersihkan sesawang ni. 

Ok...minggu ini cuti agak panjang, sempena tahu baru cina 2012. Aku bercadang tak balik kampung, memandangkan jalan-jalan raya akan dibanjiri kenderaan yang balik ke kampung sama ada untuk merayakan tahun baru cina atau balik kampung cuti panjang dan mungkin juga kenduri orang kawin, maklumlah kat Malaysia ni pantang ada cuti panjang maka ramailah melangsungkan perkahwinan..bukan apa senang kaum keluarga dan sanak-saudara untuk datang tak perlulah mereka ambil cuti..sayang cuti tahun...ye tak.

Jadi cuti-cuti panjang ni apa yang aku buat..bawak family aku bercuti-cuti Malaysia, tak jauh pun Kuala Selangor je....tiga hari sebelum bercuti wife aku dah membuat tempahan dengan mengunakan ejen cuti.com.my. Bukan apa bila aku telifon pihak hotel je..manjang cakap dah penuh, biasalah keadaan macam ni bila ada cuti panjang. Pihak ejen-ejen percutian ni dah booking awal ...nak dapat komisyen lebih la tu...jadi aku dan wife aku malas nak fikir panjang terus ambil saja dari ejen online ni...asalkan harganya dibawah budjet aku.....he..he...biar murah tapi service baik...ha..ha...adil tak gitu, tak kesah lah aku pengguna. Hari terakhir kompem hotel De Palma Kuala Selangor, sebuah rumah chalet 1 katil besar dan 2 katil bujang. Ok la tu anak-anak 3 orang bujang tu boleh kongsi 2 katil. Tips yang aku saran kan kepada wife aku bila mencari hotel adalah, yang paling penting cukup katil, ada sarapan pagi dan yang paling dan sangat-sangat penting ada swimming pool (biar puas anak-anak aku main air, jadi tak de alasan dia orang nak main air kat bilik air dalam rumah lama-lama).

Perjalanan aku bermula pada pagi sabtu 21.01.2012 jam 10 pagi, laluan lebuh raya Latar ...cepat sikit sampai ke lokasi, ialah highway tak banyak traffic light. Tiba di Kuala Selangor mengambil masa 25 minit, santai je bawak kereta tak mahu la gopoh-gapah sangat, bercuti kan. Sesampai sahaja di Kuala Selangor terus aku menuju ke arah Tanjung Karang, hu.....pada trip Kuala Selangor sebelun ini kami terlepas makan di Warung Ibu nasi ambang kerana tiba lewat dah habis tinggal pinggan mangkuk untuk di basuh sahaje. Jadi kali ini kena tiba awal sedikit...jam 11.30 kami sampai, order nasi ambang satu talam...makan sekeluarga. Hu..lama tak makan nasi ambang ni teringat kampung ..pulak...kenduri makan nasi ambang..memang best lauk pauknya ..ada serunding, mee goreng, ayam, dan yang paling aku kena makan begedel(diperbuat dari kentag yang dilenyek bersama daging ayam atau lembu dan digaul bersama dau sup, rempah bebagai kemudian di salut dengan telur sebelum digoreng). Habis je menyantap nasi ambang aku pi lah nak baya...makcik cashier tu tanya pandai ke makan nasi ambang, makcik tu tanya mungkin pada hari itu aku sorang je kot mintak nasi ambang guna talam. Apa yang ditanya, Ha mak cik tu tanya pandai ke makan nasi ambang? aku pun jawab pandai mak cik..dah biasa. Dia tanya lagi orang jawa ke? he..he....aku jawab la ..ha..a  Jawa, Jawa Johor. he..he...muka jawa tak dapat nak elak...ha...ha..ha..

Lepas semua selesai...makan terus berangkat ke hotel ....hu..perut dah kenyang kena tido ni..ha..buat badan. Sampai hotel De Palma Kuala Selangor (berada tidak jauh dari rumah api Bukit Malawati) ambil check in terus lepak ....anak-anak aku tak de lain sebok nak berenang kat swimming pool, bukan pandai berenang pon...biasa la budak-budak tahu nak main je...tak tahu bapak dia ni dah kekenyangan...melantak nasi ambang..setalam. Layan je lah budak-budak ni...main air, lepas solat zuhur terus tukar baju renang ...nak kejebur......berenang. Aku dan wife aku kena lah bergilir-gilir mendukong si Muaz ...yang abang-abangnya dah mengalahkan memerang dapat air....dah tak kenal darat dah.....


Aku benarkan anak-anak aku berendam dalam pool tak lama 2~3 jam pas tu naik...masuk bilik dan rehatkan badan (tido) maklom lah aku ada rancangan lain untuk petang dan makan malam, aku bukak laptop online tengok blog dan google map, lokasi muara-muara ikan bakar. Dengar cerita Kuala Selangor ni cukup indah dengan muara-muara ikan bakar, jadi kena lah cuba. Petang agak lewat selepas  solat asar terus aku paksa anak-anak aku masuk kereta, terus menuju ke Muara Jeram. Samai agak awal jam 6:30 petang. Lokasi muara ikan bakar jeram yang menghadap laut selat Melaka...memang indah pada waktu senja...sambil melihat pemandangan sunset ciptaan Allah.


Hu ...sampai saja aku menyuruh wife aku tengok-tengok persekitaran dan aku pergi tengok apa-apa yang boleh di order. Hu..memang beranika jenis seafood, aku terus mengambil udang (goreng mentega), sotong (goreng tepung), ikan pari (bakar) dan ikan siakap (kukus).....hu......sambil menunggu semua pilihan seafood aku tu dimasak dan dihidang aku pun tidak melepaskan peluang mengambil gambar sunset, memandang kan mata hari dah mula tengelam....he..he....Makan sampai...makan-makan-makan-sampai licin..... Lepas makan cantik waktu maghrib pun dah masuk...terus sembahyang maghrib di surau yang di sediakan ok surau besar muat lebih kurang 10 orang dewasa....sambil menungu giliran terpandang aku di jeti satu papan tanda. Terus aku teringatkan platspender, ia lah papan tanda untuk menempah sewaan bot kepulau-pulau berhampiran untuk memancing, aku terus ambil dan SMS kan ke platspender. Habis makan terus naik keta balik...hujan pun turun..alhamdulilah perut dah kenyang nak singgah Kampung Kuantan tengok kelip-kelip (satu lagi kawasan yang perlu lawat di Kuala Selangor) em....terlepas simpang, tak pa lah gi lain kali...tunggu Muaz besar sikit..maklumlah kena naik bot tengok Kelip-kelip jadi biar la Muaz besar..senang sikit.


Sampai hotel aku sekeluarga layan tengok TV je lah sambil makan kerepek beli masa makan kat muara ikan bakar tadi. Layan sampai lewat malam terus tidur rehat kan badan untuk aktiviti esok hari. Menjelang pagi terus bersiap untuk sarapan pagi(sarapan pagi telah termasuk dalam pakej hotel, tetapi untuk dewasa 2 orang. memandangkan aku ada 2 orang anak dah melebihi 6 tahun jadi kena tambah sikit lah) Lepas bersarapan sambung layan swimming pool 1 jam sebelum kena check-out, hu bersungguh anak-anak aku mengunakan masa 1 jam ini untuk bermain air tak kesah lah...dalam hujan-hujan tu dia berendam.  Selepas sejam berlalu masing-masing balik ke bilik untuk bersiap, dah bersiap ambil gambar satu keluarga buat kenangan dan check-out dan terus menghala ke pantai Remis, Kuala Selangor.


Tak jauh pun lebih kurang 19km dari hotel tempat aku menginap.Sesampainya di Pantai Remis terus membuang masa berjalan-jalan melihat gerai-gerai jualan...hu terkejut anak-anak aku melihat kerang berbulu dan yang lagi terkejut aku melihat satu longokkan kekapis ...bukan terkejut apa, nama kekapis tu pelik, aku cuba tanya tauke peniaga tersebut apa kata dia "ini namanya anak dara bang" ha...bermain dalam kepala hotak aku mungkin kekapis ni gemar memancutkan air, itu sebab di pangil anak dara tak kesah lah. Selesai saja mencuci mata aku dan family aku gi menuju gerai makan yang berdekatan ...order nasi goreng kerang berserta kerang bakar..hemmmm..sedap kerang fresh...dari laut manis rasanya. Lepas makan aku bawak anak-anak aku main layang-layang ia lah masa zaman aku sebaya anak-anak aku sekarang aku dah pun pandai menerbangkan layang-layang dan layang-layang itu hasil dari tangan aku sendiri. Tapi untuk anak-anak aku, aku beli je lah.(1 keping Rm5 beli tiga RM15 kalu buat sendiri modal surat kabar dan gam saja)..tak da masa lagi nak mengajar mereka membuat layang-layang. Main punya main dah lewat tengah hari...aku suruh anak-anak aku gulung tali layang-layang dan tunaikan solat zuhor. Lepas solat singah gerai yang aku tanya kekapis anak dara tadi ...beli la kekapis anak dara sekilo RM3, Kerang bulu sekilo RM5 dan yang lagi satu aku tak pula apa nama dia main beli je RM7 ringgit sekilo. hem......sebelum balik petik sikit camera aku ni memandangkan air sudah pasang penuh nampa cantik sikit pantai ni bila air pasang.....k dah siap balik ke rumah sampai dirumah jam 4 petang lebih kurang, lenakan mata sampai jam 6 bangun solat asar dan terus menuju ke dapur masak kekapis anak dara yang aku beli di Pantai Remis, kali ni biar aku masak memandang kan wife aku dah nak rebeh bahu mendokong Muaz.....bila sudah masak terkejut sekali lagi aku hu.....SEDAP SUNGUH SI DARA NI rupanya.......


~sekian~



5 ulasan:

  1. panjang nya cerita....bersih terus sawang...2x dah trip kuala selangor....

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. kalau gi gerai 9-13, hancurlah... ada satu lagi, medan ikan bakar pantai jeram. aku baru balik dari aroma ikan bakar...fuyooo, ramainya orang

    BalasPadam
  4. layan...su...dan yang lain..sekali2 kita ramai2 layan ikan bakar kat sini .....

    BalasPadam
  5. Teringin nak pergi kuala selangor ni...ntah bila nak sampai

    BalasPadam