Jumaat, 28 Mac 2014

Jigging

video

Pengenalan teknik-teknik memancing yang kerap di praktik kan oleh pemancing-pemancing di Malaysia. Antara teknik-teknik memancing adalah Jigging. Apa itu teknik jigging?.

Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.



Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam. Info tecknik jigging



Gambar diatas menunjukkan teknik-teknik jigging, para pemancing boleh mempraktikkan teknik jigging ini dengan berberapa cara mengarau jig. Lihat gambarajah dibawah bagi melihat tiga cara mengarau.


 Pemilihan joran.

Joran jigging memerlukan kekuatan yang besar karena beban umpan yang bisa mencapai lebih dari 500gm, semua joran jigging mempunyai fast action tapper. Panjang joran jigging bervariasi mulai dari 5 kaki hingga 7 kaki. Joran jigging mempunyai 2 model iaitu overhead dan spinning, beberapa jenama terkenal mengeluarkan 1 jenis joran yang sama dengan model overhead dan spinning. Walaupun joran jigging mempunyai rating sampai dengan 100lbs, joran model overhead tetap menggunakan line guide berupa ring, bukan roller seperti pada joran trolling. Ring guide menggunakan bahan dasar metal alloy atau silicon carbide untuk menahan gesekan kenur braided.


 

Skitter Pop - Rapala

Cuti sekolah seperti biasa, balik kampung melawat keluarga di kampung. Trip pertama balik ke rumah pak mentua, kali ni aku nak test casting depan rumah pak mentua , sungai Muar.

Kemarau panjang membuatkan tanak yang subur menjadi kering, cacing pon tak hidup. Ingat nak campak umpan cacing layan udang. Pusing-punya pusing, garu kepala sana garu kepala sini..em layan casting lah jawab nya..


Ok layan casting, gewang yg terpilih adalah hasil shoping di Jalan Pudu kedai depan pejabat pos. 


Gewang dari jenama Rapala, model Skitter Pop. Besabar sikit air sungai Muar ni agak keruh dan aku tak tahu lah ada apa jenis penghuni ikan-ikan dalam sungai ni. Campak dan tarik - campak dan tarik....


Mengenai Skitter Pop keluaran Rapala ni agak terkenal. Dengan r&d yanag telah dibuat, review dan tecknik yang di tunjukkan didalam youtube aku mengkaji serba sedikit cara-cara pengunaan Skitter Pop.

Ok mai kita lihat spack Skitter Pop

InsyaAllah ada rezeki dapat lah ikan nanti, rezeki ni dari Allah ada rezeki Allah bagi alhamdulilah kita merasa lah hasil casting.......

Serba sedikit mengenai type gewang ni.

Copy dari blogs platspender


Sabtu, 22 Mac 2014

Test casting

Assalamualaikum. Apa khabar semua, nak cerita pasal testing casting baru beli 2 minggu lepas. Gara-gara mencari hobi baru buat melapangkan fikiran dari 5 hari berkerja keras...ha..ha..satu set casting murah-murah aku beli di kedai pancing Jln Pudu bersama geng kaki pancing opis aku..siapa lagi geng platspender lah..

Minggu lepas nak try di tasik biru Kundang tidak berkesempatan baru je ikat tali dah hujan turun dgn lebatnya...jadi minggu ini aku menjengok-jengok port lain pulak. Kali ni jalan cari port baru di Kuala Kubu Baru.
Terkejut aku sesampainya di empangan KKB apa taknya empangan surut..akibat kemarau..ini kali pertama aku dapat lihat berapa dalam empangan KKB ni semenjak 10 tahun aku menetap di Rawang ni. Port sebarau pon dah kering..hu..hu..kemana agak nya ikan2 tu lari agak nya...kan.
Habis je pusing kkb aku terus menuju ke bekas2 lombong jalan menuju ke Bukit Sentosa melalui pekan Rasa. Tu dia port pancing aku dulu..ramai lagi yang dok memancing port ni....persoalan nya ada ke ikan..hu..hu..itu rezeki Allah punya kuasa lah..kita mahluk ni usaha je ...

Lepas parking keta ..ikat gewang dan cuba melontar...hu..hu.menajubkan syok jugak layan casting ni..setengah jam mengetes casting..jam dah lewat petang..masuk keta terus..pulang..
InsyaAllah ada masa mau cuba serius sikit ...cari rezeki ikan tangkap sendiri..