Sabtu, 2 April 2011

Hujung Minggu - UK Resort, Ulu Kalong, Ulu Yam Baru

Hari ini badan masih terasa sakit2, lagi bahagian tangan dan lengan yang di suntik semasa menjalani ujian kesihatan dan jantung 4 hari 3 malam di hospital Pusrawi, Jalan Tun Razah KL.
Segalanya berjalan lancar. Doc mengesahkan aku tiada masalah jantung tetapi berkemungkinan akan menghidap nya jika aku tidak mengawal pemakan aku. Maksudnya terlalu mengambil makanan yang ber kalori tinggi seinggakan kolestrol LDL dan HDL tidak seimbang.



Hem....banyak perubahan aku kena lakukan demi kesihatan yang baik, mati bagi aku itu semua kerja tuhan yang esa Allah S.W.T. Tetapi bab kesihatan sikit sebanyak dapak mengangu kehidupan aku baik dalam ibadan dan fitrah. Pertama2 sekali aku kena berhenti merokok (huh..bahaya kerja nak berhenti ni). Kedua kerap kan bersenam....aku hanya boleh berbasikal nak belari lutut aku sakit . Dan mungkin yang ketiga mengawal atau menukar tabiat makanan seimbang.

Oleh itu memandangkan aku dan keluarga sudah lama tak beriadah dan membuang masa bersama, jadi pagi2 lagi aku menyediakan 2 jenis sandwich (telor dan sadin) dan terus menuju ke tempas biasa kami sekeluarga beriadah dan menghilangkan tension dalam kepala. Mana lagi teratak UK Resort . UK resort ini tak jauh dari rumah aku lebih kurang 25km dari rumah dan lagi aku sudah rapat dan dengan pengusaha Uk resort ni..mak lom lah sebelum kami berpindah ke rumah baru memang ini lah tempat kami menghabiskan hujung minggu.

Ini lah dia salah satu resort yang baru siap .....lebih cantik. Dan dengan color coklat putih dan juga didalam nya dilengkapi kipas siling, katil buatan tangan dan berdekatan dengan sungai yang deras hu...memang selesa. Sesiapa yang teringin boleh lah cari di alamat ini

KG Ulu Kalong, Ulu Yam Bahru,
44300 Batang Kali,
Selangor D.E

Em.....pada aku, aku lebih suka berkemah disekeliling resort ini.....seronok lihat anak berlari, melompat dan bermain. Lagi si Moustofa anak keua aku tu...hu pantang jumpa air dia lah yang terjun dulu kedalam sungai, setiap kali aku dan keluarga ke Uk resort ni.

Kalau si Umair em....masih lagi penakut memang betul2 budak banda......macam mana la aku nak mengajar dia menjadi seorang yang lasak lagi berdaya tahan.

Ahmad Faiq Gazi, pada mulanya seronok tapi Apa buat hal di tarik nya adik nya ke tengah hem...apa lagi tercungap la si adik alhamdulilah acik Nadia nya ada bersama hari ini sambil bercuti dapat jugak dia tolong tengokkan budak2 ini. Tapi al kesah nak jadi cerita (sambung cerita si adik tadi) acik nadia nya nampak lalu diterkam nya si Ahmad Alhamdullah tak ada apa berlaku, tapi kesian acik Nadia nya Hand phone basah lencung. Terpak sa lah di jemur ...Mintak2 la tak rosak, kalau tak kopak lagi la duit aku nak mengantinya.


















Acik Nadiah.

Ni lah dia cerita hari ini buat aku sekeluarga. Yang penting hari ini aku dapa menghabiskan sedikit masa yang berqualiti bersama keluarga aku.......
Umair | 2 apr 2011

Moustofa| 2 apr 2011

Ahmad Faiq Gazi | 2 apr 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan