Sabtu, 5 November 2011

Salam AidilAdaha

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat...

Balik dari solat Isyak di masjit. Melangkah sedih, bukan kerana tak dapat pulang kekampug dan sebagai nya. Tetapi sedih bermuhasabah diri yang sehari demi sehari di badai dunia yang penuh fana, sedangkan dunia ini sementara sahaja.....Akhirat ah tempat kekal abadi. Biasa tak lah rasa sedih macam ni mungkin sebab tok imam yang bertahmit semperna Hari raya AidilAdaha yang bermula dari terbenamnya matahari hingga 4 hari berikutnya....

Sambil borak dengan jiran belakang umah aku terus kekereta nah ko anak-anak aku dah main hujan ari kesana kemari macam orang baru dapat jejak tanah, maklumlah wife aku bukan suka anak nya lepas begitu sahaja main sana-sini tampa pengawasan, oleh itu duduk rumah je lah budak-budak itu. Sampai rumah lupa lak nak wish salam Hari Raya AidilAdaha..lalu start la duduk depan laptop ni.

Ni ada info sikit nak kongsi, aku ada mendengar sorang ustas memberi ceramah. Antara kandungan ceramah beliau mengenai bulan haji sekarang ini. Nak diperjelaskan lagi beliau berkata yang ibadat haji telah menjadi budaya kepada kita kat Malaysia tapi tak tahu lah tempat lain. Ia lah musim haji je... berdurun-duyun pergi haji bagi yang berkemampuan sampa naik pening pihak pengurusan tabunghaji sampai bergaduh lah.. tetapi kenapa dan sebab apa tak tahu....yang pasti ibadat haji ini kata beliau adalah latihan bagi kita yang hidup untuk bertemu dengan Allah(mati) ianya diperkuatkan dengan alunan tahmit iaitu:-.

Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. Innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak. (aku datang kepada MU ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala ni'mat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau)

i) Segala pujian mesti ditujukan KEPADA Allah dan tidak kepada mana2 makhluq
ii) Segala ni'mat mesti datang DARI Allah dan bukan dari mana2 makhluq
iii) Kerajaan/Pemerintahan mesti dikembalikan kepada Allah

Ketiga-tiga unsur penting yg dilafazkan dlm Talbiah ini dilaungkan dalam suasana "kembali" atau datang(labaik) kepada Allah. Ini sebenarnya simbolik kepada pertemuan dengan Allah atau apabila kita menghadapi maut nanti. Bahkan beberapa perbuatan dan sunat dalam mengerjakann haji itu sendiri melambangkan suasana maut dan menghadapi kematian seperti berihram(kain kapan), ukuf di Arafah (Padang Mahsyar) dan lain-lain.

Ujar beliau. Bersama lah kita bermuhasabah diri.


Saja guna yang 2010 punya, Ini je yang mengikut citarasa aku...

K akhir sekali aku nak ucapkan selamat Hari Raya AidilAdaha

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan