Selamat tahun baru Hijrah, aku ucapkan kepada diri aku sendiri dan serata sahabat Bloger serta pengunjung blog aku ini. Selamat tahun bahru Hijrah 1433-Semoga membawa ke tahap iman yang lebih baik.
He....he... Papa (yang paling gembira & tenang, Umair si abang taku-takut)
Tahun baru hijrah 1433 ini juga membuka lebaran baru buat anak-anak bujang aku, Umair dan Papa, he...he...he...anak-anak ayah dah berkhatan, dah besar anak ayah. Pengalaman bagi aku juga, buat pertama kalinya aku mengatankan anak-anak aku. Diwajah aku memang nampak selamba tetapi pada hakikatnya bergoyang kepala lutut aku. Ye.....la nampak comel je budak dua ni ketika bermain tiba-tiba terpaksa berbaring sahaja. Aku hanya boleh berkata "ini lah nak....permulaan kamu menjadi dewasa". Si abang puas aku memujuk, alhamdulilah si adik berani, jadi si abang terpaksa akur. Ia la malu dengan adik.
Dah selesai dah.....tak sakit pun
Smoga sembuh cepat......ala berkhatan je.....
~sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan