Memaparkan catatan dengan label terkini semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terkini semasa. Papar semua catatan

Rabu, 10 Jun 2015

SJCAM SJ4000

Pengalaman bercuti memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, kini ramai diantara kita memilih untuk merakam kan pengalamn bercuti dalam bentuk gambar, vedio dan menaik turun di Facebook, Blogs dan Instagram. Antara pranti yang populer digunakan mengikut budjet adalah smart phone, camera digitel, DSLR dan vedio cam. Bagi aku aku lebih suka mengunakan smart fon dan DSLR, qualiti gambar yang lebih baik dan mudah dibawa kesana kemari.




Kali ini aku menambah koleksi pengalaman bercuti dengan mengunakan SJ4000 camera, camera ala-ala Gopro. Harga yang tidak mahal dan qualiti 90% seperti Gopro. Gejet type ini sudah lama bertapak di Malaysia Cuma akhir-akhir ini ia lebih populer. Dengan uplikasi Underwater, WIFI dan sebagainya.

SJCAM SJ4000 WiFi 1080P Full HD Action Camera Sport DVR



Adalah sebuah pranti camera type action camera yang didesign untuk bersesuian dengan keadaan yang lasak seperti underwater berhabuk dan sebagainya. Antara ciri peranti camera SJ400o ini adalah.

  • NTK96655 + AR0330 solutio
  • Wi-Fi Function, the user can operation or review via Android or for iOS Device
  • Mini appearance, diversified colors available
  • A water-resistant casing that allows you to film fascinating water sports
  • Multiple photo shooting modes: Single shot, Snapper
  • Multiple video recording formats: 1080P 720P WVGA
  • Water-resistant up to 30 meters under waterHigh definition screen that displays and replays fascinating videos recorded
  • Support HDMI HD output function
  • Support web camera function
  • Detachable battery that is easy to replace and prolongs your cameras service life
  • Support storage cards up to 32GB maximum(Micro SD Card Class6 Above,Not included in packag.




Pengalaman Pulau Tioman.










Selasa, 14 Ogos 2012

Kempen Internet Blackout rakyat Malaysia


Ahad, 5 Ogos 2012

Sebangsa, Senegara, Sejiwa


Jumaat, 29 Jun 2012

Tabung Warisan Anak Selangor- Dan aku

T.A.W.A.S Tabung warisan anak Selangor, idea yang dicetuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat setelah mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008. Kemenangan yang berpihak kan majoriti 17 kerusi dari 22 kerusi yang dipertandingkan, membawa lebaran baru kepada corak pemerintahan kerajaan raja berpelembagaan Negeri Selangor.

Hari ini aku bukan hendak mengulas tentang keputusan pilihan raya umum 12 lalu, tetapi ingin berkongsi bersama dengan kengkawan aku kat blogs ni tentang product-product yang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan ianya tiada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Salah satu product itu adalah TAWAS Tabung warisan anak Selangor. Salah satu product dibawah program "Merakyatkan Ekonomi Selangor Hasil Negeri Untuk Rakyat". Bukan aku nak puji kerajaan Pakatan Rakyat tapi ini lah hakikatnya jika dibawah kerajaan yang telus dan jujur.

Ok kita kembali kepada TAWAS tadi....

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. 


Lihat lampiran





Selain dari program TAWAS kerajaan Pakatan Rakyat selangor juga menawarkan beberapa lagi product dan kesemua product ini adalah percuma. Dibawah ini statistik program MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor Hasil Negeri Untuk Rakyat).


Ha aku bukan cakap kosong saja ..hari ini aku mengambil kesempatan cuti tahun aku untuk mendaftarkan dua orang anak aku yang lahir di negeri Selangor ini....k layan gambar.


Kesimpulan disini bagi kengkawan yang belum mendaftar sebagai pengundi berdaftar maka daftarlah sekarang di mana pejabat pos yang dilantik dan juga di cawangan atau pusat SPR berdekatan.... Masadepan anak anda ditangan anda.

he.......he.... 

Rabu, 2 Mei 2012

Akhirnya ...........................

Alhamdulilah hajat DGFE aku tercapai jugak...akhirnya...


Ahad, 29 April 2012

Tahniah Perserta Bersih 3.0, 28.4.2012


Ehsan gambar dari malaysiakini



Jumaat, 24 Februari 2012

Mangapa kita sentiasa berpaling?

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Alhamdulilah hari ini aku bersembahyang jumaat di surau Tabung Haji. selain dengan bersolat jumaat aku berkesempatan untuk mengikuti demonstrasi yang di ketuai oleh Ustaz Nasrudin Hassan. Demonstrasi kali ini bertujuan untuk mengutuk keras dan menyerahkan tindakan jahat dan cuai tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, kelmarin. Hari ini juga bertepatan dengan hutbah yang disampaikan oleh hatib bertugas iaitu " Musuh Islam yang nyata yahudi dan mereka yang membenci islam".

Afghan men shout anti-U.S slogans during a protest in Kabul [Reuters]
People display burned copies of religious books and Qurans, by the al-Hijaz Mosquehttp


Malaysian protesters marched towards the US embassy in the capital
 Mendengar hutbah ini sudah menaikan semangat yang kuat aku dan jemaah yang hadir, betapa keji dan rakus nya puak-puak yahudi dan sekutunya untuk menghancurkan umat islam. Ini lah sikap yahudi yang telah dirakam kan oleh Allah s.w.t didalam al-quran dan benarlah betapa sombongnya mereka (yahudi).
Kecuali bagi mereka yang kemudian masuk Islam dan memegang janji.

“…kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia…” (QS. Ali Imran 112).

Sebagai bukti dengan kesombongan kaum-kaum yahudi dan sekutunya Allah s.w.t berfirman:

Sesungguhnya kamu (Bani Israil) akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan kamu pasti akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. Maka apabila datang saat hukuman kejahatan yang pertama dari kejahatan itu, Kami mendatangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan besar, lalu mereka mencarimu keluar masuk kampung ke seluruh negeri. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana” (QS. Al Israa’ 4-5).

 Sehingakan mereka (yahudi) dilaknat oleh Allah s.w.t.

“…lalu ditimpakanlah kepada mereka (kaum Yahudi) nista dan kehinaan, serta mereka mendapatkan kemurkaan dari Allah. Hal itu terjadi karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar…” (QS. Al Baqarah 61).

“Maka, Kami lakukan terhadap mereka beberapa tindakan (melaknat dan mengutuk mereka) disebabkan mereka melanggar perjanjian itu dan karena kekafiran mereka terhadap keterangan-keterangan Allah, serta mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar” (QS.An Nisaa’ 155)

“…yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka ada yang dijadikan kera dan babi…” (QS. Al Maidah 60, lihat pula QS. Al Baqarah 65). 


Kekejaman Israel Terhadap Umat Islam Di Gaza, Palestin

Ini lah musuh kita, umat islam, Lihatlah didada akhbar betapa rakusnya puak ini untuk menghancurkan islam, pembunuhan, penindasan dan persendaan dilakukan. Tahun demi tahun rundingan demi rundingan telah dilakukan untuk menyekat perbuatan kaum dan sekutu yahudi ini tetapi hanya membuang masa. Persoalanya bagai mana kita hendak melawan kaum yang dilaknat Allah s.w.t ini, sedangkan kita masih leka dan alpa dengan kemewahan harta dan sebagainya. 

Untuk menentang dengan cara memboikot product yahudi dan sekutunya pun kita masih tidak mampu. Apa taknya, dengan kempandayan dan kecerdikan puak-puak yahudi yang dikurniakan Allah s.w.t ini menjadikan mereka sombong menghasilkan product-product yang changih ...lihat lah disekitar kita..wadah untuk berhujah ini pun kita mengunakan platform yang mereka (yahudi) cipta. Cuba kita sama-sama fikirkan bagaimana dan macam mana untuk mengalahkan puak-puak yang dilaknat ini?. Bagi aku jawapan nya sudah nyatakan didalam Al-quran. 

Allah s.w.t berfirman:

Dan apabila tiba saatnya hukuman bagi (kejahatan) yang kedua. (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-mukamu (Bani Israil), dan untuk memasuki masjid sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali yang pertama, dan untuk membinasakan habis-habisan apa saja yang mereka kuasai.” (QS. Al Israa’ 7).

Dan Kami berfirman sesudah itu kepada Bani Israil: ‘Diamlah kamu di negeri ini’. Maka apabila telah datang janji terakhir, niscaya Kami datangkan kamu dalam keadaan bercampur baur.” (QS. Al Israa’ 104).

Sabda Rasulullah SAW perlu kita renungkan:

Belum akan tiba kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi. Kemudian mereka akan diperangi oleh kaum muslimin sehingga batu dan pohon sampai berkata: ‘Hai kaum muslimin, wahai hamba Allah, inilah seorang Yahudi tersembunyi di belakangku, datangilah dan bunuhlah”. (Seluruh alam akan berkata begitu), kecuali pohon Al Gharghad. Sebab, sesungguhnya ia (pohon itu) tergolong pohon (simpatisan) kaum Yahudi” (HR. Bukhari & Muslim).

Mengapa kita berpaling dari apa yang telah diajarkan?.
Megapa kita tidak mengamalkan Al-quran dan sunah nabi S.A.W sebagai panduan cara hidup?.
Adakah kita juga adalah termasuk dari golongan-golongan yang sombong? (mintak dijauhkan Allah).

Bagi menjawab semua persoalan dan tindakkan yang perlu diambil sudah tentu kita kena berpatah balik melihat sirah perjalanan junjungan kekasih Allah (Nabi Muhammad S.A.W) dan menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai pegangan kita tidak kira dari faktor ibadah mahupun kehidupan harian kita. 

Aku disini ingin mengigatkan diri aku, kelurga aku dan sahabat aku semua marilah kita kembali kepada Al-Quran dan hadis dan memperlengkapkan diri kita dan keluarga kita untuk terus meletakkan Al-Quran dan hadis R.A.W sebagai cara hidup harian kita sehingga sampai janji Allah nanti: Allah hualam.

.Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya. amin


~sekian~












Rujukan:

Isnin, 5 Disember 2011

1st December World Aids Day 2011 atau ?

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.

Hari Aids sedunia 1 December setiap tahun bagaikan pesta yang diraikan selurh dunia, penuh warna warni dan disertai pelbagai lapisan masyarakat. Sehingga kan mendapat liputan di media-media electronic yang meluas. Di sana sini seluruh dunia penganjur membuka but-but bagi memberi penerangan kepada orang ramai mengenai apa itu HIV/Aids, bahaya dan cara mengatasinya.

Persoalan nya adakah hari Aids/HIV yang disambut 1 December setiap tahun ini dapat membendung gejala tidak sihat dikalangan masyarakat di dunia dan di Malaysia?. Secara peribadinya aku akan mengatakan "Tentu tidak" Perhatikan gambar-gambar yang aku attach ini langsung tidak mengambarkan bahawa penyakit Aids/HIV ini boleh di hentikan ata di kurangkan. Tentu apabila kita lihat gambar-gambar ini tampa tajuk, kita akan berangapan mereka sedang menyambut hari condom atau sex sedunia.





A man walks past near the AIDS letters, made by condoms, during an AIDS awareness campaign to increase awareness of the sexually-transmitted fatal disease in Seoul, South Korea, Thursday, Dec. 1, 2011. (AP Photo/Lee Jin-man) 

  
A man displays condoms marking the International AIDS day in capital Pristina, Kosovo on Thursday, Dec. 1, 2011. According to a U.N. report released on the eve of World AIDS Day, funding for HIV programs dropped from $15.9 billion in 2009 to $15 billion in 2010, well below the estimated $22 billion to $24 billion the U.N. says is needed in 2015 for a comprehensive global response. ( AP Photo / Visar Kryeziu )

Romanian medical students dance during a flash mob event to raise awareness to the risk of being infected with the HIV virus, at the main railway station in Bucharest, Romania, Wednesday, Nov. 30, 2011, one day ahead of World AIDS Day on Dec. 1. AP / Vadim Ghirda

Inilah hakikat yang berlaku, adakah keadaan ini juga berlaku dinegara kita Malaysia ini?. Jawapan nya tepuk dada tanya iman. Lihat lah saban hari, saban tahun statistik pembuangan dan kelahiran bayi siluar nikah semangkin meningkat. Ini jumlah yang dapat dikesan yang tidak dapat dikesan....bagai mana?. Aku rasa itu yang opis aku bagi satu poskat spacel kot...........

 


Poskad World Aids Day 2010

Mari kita celik kan mata hati kita bersama mengambil tanggungjawab dari kelalayan kita mengejar dunia, pangkat, kuasa dan lain-lain. Yang semua ini akhirnya mengheret dan menjerat kita dengan pelbagai musibah dan masalah sosial. Kembalilah kepada hukum Allah segalanya telah ditetapkan agar kita hidup dengan lebih aman dan tenteram disamping dapat menegakkan kehendak Allah di muka bumi ini.

Mengapa masih sombong, masih lagi mendabik dada bahawa kita lah yang mentadbir dunia ini, sedangkan bukti dan kesan salah laku kita saban hari di zahirkan Allah di hadapan kita.

Aku meulis ni bukan hendak berpolitik tetapi belajar ingat mengingati sesama kita, agar tidak kita tersesat jalan. Mudah-mudahan Allah memberi pertolongan kepada kita dari terus tengelam didalam lumpur nafsu dan syaitan. Tidak kesah lah dari aliran mana asalkan Al-Quran dan Hadis menjadi rujukan penting dalam kehidupan.

Marilah kita bersatu dibawah satu kalimah, dimana kalimah ini lebih berat timbangannya disisi Allah, bukan kalimah yang hanya masyur disisi manusia. Dan akhir sekali diharapkan kita tidak mudah terikut-ikut dengan perangai orang-orang bukan islam yang melampaui batas. Allahualam


~sekian~

 

Rabu, 23 November 2011

Cap ayam

Kementerian Kesihatan arah sos tiram 1M'sia ditarik

“Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen.




Kalau ia pun hendak tolong rakyat.

~sekian~

 

Selasa, 22 November 2011

Dari lensa photographer- Final Sea Games di Stadium Gelora Bung Karno 2011

Gambar dan video detik-detik Final sea game 2011. Tak  banyak aku selitkan dalam blog aku ni...sekadar sebagai simpanan untuk barang sejarah.

Foto by: AFP PHOTO / HOANG DINH NAM || Para pemain timnas sepakbola Malaysia merayakan kemenangan setelah menyamakan kedudukan dari Indonesia 1-1- dalam final Sea Games di Stadion Gelora Bung Karno, Senin (21/11/2011).

Foto by: TRIBUNNEWS/HERUDIN || Pemain Malaysia memberikan semangat kepada pemain U23 Indonesia usai pertandingan final SEA Games XXVI di Stadion Gelora Bung Karno, Jakarta Pusat, Senin (21/11/2011). Malaysia mengalahkan Indonesia lewat adu penalti dengan skor 5-4, setelah bermain imbang 1-1 selama dua babak waktu normal.

Foto by: TRIBUNNEWS/HERUDIN || Pemain U23, Egi Melgiansyah (kanan), dijatuhkan pemain Malaysia, Mohd Shas Mohamad Fadhli, pada pertandingan final SEA Games XXVI di Stadion Gelora Bung Karno, Jakarta Pusat, Senin (21/11/2011).




Final Indonesia vs Malaysia PENALTY SEA GAMES 2011



Info berita asal dari: bola.kompas.com

~sekian~

 

Isnin, 21 November 2011

26th final sea games football - Harimau mengaum.....



Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia (Harimau Muda) aum...aum...aum......., pingat emas untuk anda. Aduh lenguh lutut aku, bukan aku yang sepak tapi lutut aku yang longlai. Tahniah captain ........ Buat pasukan Indonesia, tahniah juga untuk pasukan anda kerana pingat Perak untuk pasukan anda.

Apa-apa pun aku tak suka camera dia orang, aku beli TV HD tapi gambar siaran langsung macam hampeh, sakit kepala aku bukan tengok bola tapi tengok camera yang frame tak cukup....





~Sekian~

Khamis, 17 November 2011

RM100

Wang perlu disalur kepada pelajar atau ibu bapa dalam jumlah penuh: TPM - Berita Harian
 
Terima kasih kepada pembayar-pembayar cukai. 
Tampa cukai kerajaan tidak akan ada modal untuk menguruskan negara, tidak kira lah cukai apa pun sekali pun.





~sekian~


Rabu, 12 Oktober 2011

Bajet 2012- apa pandangan anda?

Bajet 1012 yang telah dibentang pada minggu yang lepas mungkin telah ramai yang mengulas, dan aku adalah antara bloger yang malas mengulas cukup lah mereka2 yang pakar dalam bidang ni saja. Tapi yang aku cukup faham dan terkilan iaitu belanjawan 2012 ni langsung tak banyak memberi manfaat kepada golongan pekerja swasta seperti aku ni......Oleh itu untuk mengulas blanjawan 2012 ni aku guna saja dari mereka yang arif, mintak kongsi ya http://zaharuddin.net

Pandangan Ilmuan & Pendakwah Islam Terhadap Bajet 2012

Oleh: Peserta Liqa Ilmuan Islam

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.

Kami sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair dengan ini sukacita untuk berkongsi sedikit respon kami terhadap bajet 2012 yang baru dibentangkan Jumaat. Dengan status sebahagian besar kami yang kerap diajukan soalan berkaitan kehidupan dari pelbagai aspek khususnya menurut perspektif agama, kami merasa tanggungjawab untuk menyumbang sedikit idea dan ilmu, oleh itu kami duduk mengadakan pertemuan di antara ilmuan dan beberapa pendakwah yang berkesempatan bagi membincangkan BAJET 2012 walau mengakui kami tidak mempunyai angka-angka lengkap dan terperinci berkait pembangunan ekonomi negara. Pun begitu, itu tidaklah menghalang kami dari memberikan respon dari angka-angka dan cadangan yang termaktub di dalam buku bajet 2012 beserta lampirannya.

Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.

Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.

Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.

Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Juga sabda baginda:-

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )

Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut Bajet Negara 2012 dengan perasaan bercampur-campur.

Secara ringkas dan mudah, berikut adalah respons kami terhadap beberapa isi penting terpilih dari Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Oktober 2011:-

A) Sokongan sepenuhnya

Kami memberikan sokongan sepenuhnya terhadap item-item berikut:-

  1. Kewujudan Dana Perusahaan Kecil Sederhana secara Patuh Shariah bernilai RM2 billion yang akan diagihkan melalui institusi kewangan Islam yang terpilih.
  2. Potongan cukai kepada sukuk terbitan wakalah, sebelum ini telah diberikan kepada sukuk mudarabah, BBA, Istisna’, murabahah, ijarah.
  3. Pengecualian cukai bagi urusniaga sukuk bukan ringgit sebagai galakan perkembangan industri kewangan Islam.
  4. Skim pembelian kereta baru jenama tempatan bagi pemilik teksi individu dengan beberapa tawaran nilai lupusan bagi jangka hayat kereta yang berbeza. Ini juga baik, bagi menggalakkan kualiti teksi sedia ada, sekaligus mengurangkan risiko pengguna dan menaikkan imej negara.
  5. Potongan dua kali belanja syarikat bagi yang menyediakan latihan internship. Langkah ini juga disokong khususnya latihan teori dan peperiksaan di universiti semata sememangnya tidak mampu menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan mahir, justeru tawaran ini dikira mampu meningkatkan kecekapan tenaga kerja muda di Malaysia disamping menaikkan produktiviti syarikat terbabit dengan tenaga kerja yang lebih menjimatkan.
  6. Mana-mana pemberi biasiswa dari kalangan syarikat swasta akan memperolehi pengecualian cukai.
  7. Pertukaran gaji kepada sistem satu lapis dan kenaikan gaji, iaitu pada kadar RM80 – RM320 atau opsyen skim SBPA dengan faedah kenaikan gaji pada kadar 7-13 peratus.
  8. Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan RM500 kepada pesara.
  9. Dana Pengkomersialan Inovasi bagi PKS sebanyak RM 500 juta melalui pembiayaan patuh Shariah.
  10. Yuran sekolah rendah & menengah dimansukhkan.
  11. Sumbangan orang ramai kepada rumah ibadah dan sekolah swasta akan mendapat potongan cukai.
  12. Pelbagai program membangun hal asasi di luar Bandar melalui dana bernilai RM5 bilion untuk jalanraya, air bersih, elektrik, tangki air, felda diperbaiki sistem pengairan dengan bajet RM400 juta lagi.
  13. Umur bersara lanjut ke 60 tahun.
  14. Jadual dan jumlah jam kerja pegawai perubatan di ubah kepada purata hanya 60 jam seminggu sahaja, ditambah dengan sistem elaun oncall pada kadar RM30 ke RM 80 semalaman.
  15. Bajet biasiswa bagi galakan penjawat awam menyambung pelajaran di peringkat BA, MA dan PhD
  16. Naik pencen 2 peratus setahun.
  17. Baiki rumah nelayan dari dana sumbangan bernilai RM 300 juta.
  18. Bantuan guaman bagi yang tertuduh tidak mampu, untuk itu bajet sebanyak RM 15 juta diperuntukan.
  19. Hospital kanak-kanak dan wanita RM 700 juta.
  20. Warga emas berumur 60 ke atas dikecualikan dari caj hospital kerajaan sebagai pesakit luar. Selain itu juga diberikan 50% diskaun tambang LRT dan Monorel
  21. Orang ramai boleh menggunakan RM 1300 dari wang KWSP mereka untuk mendapatkan kuota haji melalui kaedah ring-fencing.
  22. Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion.
  23. Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam.
  24. Galakan sistem bina kemudian jual, diperuntukan melalui perbankan Islam bagi rumah bernilai RM 600,000 ke bawah. Ertinya, hanya apabila rumah siap, barulah pelanggan diperlukan untuk membuat bayaran bulanan.
B) Sokongan dan nota perhatian

Berikut pula adalah item yang disokong, namun dengan dengan sedikit nota:-

  1. Pengecualian cukai duti import dan duti eksais untuk kereta elektrik dan hibrid. Namun pihak kami merasakan pihak kerajaan sewajarnya meluaskan lagi galakan ini dan bukan sekadar terhad kepada dalam industri automatif, malah juga wajar diberikan potongan cukai atau insentif yang sesuai kepada mana-mana perusahaan dan perkilangan yang mampu beroperasi secara bersih dan kurang pencemaran melalui sistem ‘tekonologi hijau’, selain itu kami juga ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji bagi mengenakan cukai penalti atau khas kepada mana-mana kenderaan dan kilang yang mengakibatkan sebaran ‘carbon emission’ berlebihan kepada persekitaran.
  2. Pengecualian cukai bagi francais tempatan bagi mengalakkan perkembangannya. Dengan kelebihan ini, pihak kami menyeru agar harga khidmat, servis dan makanan yang disediakan oleh francais terlibat tidak dinaikkan bagi mengelakkan tambahan beban bagi rakyat, juga diharapkan pihak kerajaan mampu mengambil inisiatif menasihatkan pihak francias untuk menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.
  3. Skim rumah pertama bagi kakitangan berpendapatan di bawah RM 3000, dibenarkan untuk membeli rumah pada harga maksimum RM 400 ribu berbanding RM220 ribu sebelum ini, dengan kebenaran menggabung nama suami isteri. Kami berpendapat kenyataan ini hanya merawat sebahagian masalah pemilik rumah pertama sedang ia tidak mampu menyelesaikan masalah harga rumah yang tinggi kepada golongan ini. Selain itu, pengumuman ini dijangka boleh mengakibatkan galakan tidak langsung penjual untuk menaikkan harga rumah lalu menambahkan risiko kemampuan peluang golongan ini memperolehi rumah, hal ini memerlukan pantaun sewajarnya.
  4. Amanah ikhtiyar – 2.1 billion bagi tujuan ‘micro credit’, namun diharapkan agar ia mampu disalur juga melalui dana patuh Shariah.
  5. Sistem bas di luar Bandar RM 150 juta. Namun begitu, bajet kali ini mengalpakan peruntukan dan tumpuan untuk pengemaskinian dan sistem transportasi dalam bandar yang masih belum berkesan..
  6. Menggalakkan Doktor, akauntan, guaman dan lain-lain professional buka perkhdimatan di luar Bandar dengan dana RM100 juta bagi pinjaman riba 4 peratus. Ia disokong namun mengapa tiada pilihan dana patuh Shariah? Juga disarankan agar kerajaan bukan hanya mengehadkan kepada badan professional tetapi juga badan-badan kebajikan dan sukarela yang ingin mengadakan khidmat sepertinya.
  7. SME ‘revitalization fund’ untuk SME bermasalah. Pinjaman mudah 1 juta boleh diberikand dari dana bernilai RM 100 juta yang disediakan. Walau bersetuju namun pihak kami merasakan keperluan kerajaan memberi pilihan perkhidmatan Patuh Shariah melalui perbankan Islam.
  8. Bantuan RM500 kepada isu rumah berpendapatan bulan RM3000 dan ke bawah dalam usaha meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak mereka. Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar
  9. inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerajaan mengkaji dan merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada kakitangan awam. Selain itu, pihak kami juga menegaskan bahawa agak ramai keluarga berpendapatan kurang dari RM 3000 yang tidak akan mendapat bantuan ini lantaran mereka tidak berdaftar dengan LHDN, hal ini tidak jelas sama ada individu yang tidak pernah membayar cukai LHDN boleh berdaftar tahun ini lalu terus mendapat kemudahan ini.
  10. Pemilik teksi individu dan kereta sewa dikecualikan dari duti eksais dan cukai jalan sebanyak 100 %. Ini adalah baik bagi menggalakan lagi tekanan syarikat konsortium ke atas pemandu teksi. Pun begitu, kami juga merasakan adalah bertambah baik jika kerajaan dapat juga mempertimbangkan pemberian permit-permit teksi kepada individu dengan lebih banyak.
  11. KARISMA: Untuk warga emas miskin RM 300 sebulan, kanak-kanak miskin RM 100 sebulan, kurang upaya RM 150-350 sebulan. Kami bersetuju cuma melihat agar perlu ada peruntukan bagi OKU untuk mendapatkan peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam, menaikan fasiliti asasi mereka di tempat awam selaras dengan dasar OKU, selain itu sewajarnya kerajaan memberikan pengecualian cukai kepada syarikat swasta yang mengambil OKU bekerja (jika belum ada)
C) Komentar umum

Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-

  1. Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang ‘outstanding’ pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
  2. Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama rasmi melalui agensi-agensi kerajaan. Ini patut dikaji segera oleh kerajaan kerana bajet ini sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada resolusi yang dicapai dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia bagi membangunkan pengurusan hal ehwal Islam.
  3. Memberikan galakan kepada industri Kewangan Islam agar melalui pengecualian cukai bagi pemberian pembiayaan melalui konsep mudarabah dan musharakah ( equity financing) agar ia mula bertapak dengan lebih pantas berbanding lambakan 'debt financing' hari ini. Kita mengharapkan perbankan Islam ini mampu mencapai paling kurang kadar 5 peratus pembiayaan melalui sistem 'profit and loss sharing' ini.
  4. Peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat (bukan kerajaan) tiada disebut dan kelihatan terabai.
  5. Peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing juga tiada diberikan perhatian sama sekali. Peruntukan patut disediakan sama ada melalui sekolah, agensi kerajaan terbabit, NGO dan yang layak.
  6. Pemberian konsesi dan kontrak kepada beberapa pengendali lebuh raya yang akan dibuat sebagaimana diumum di dalam bajet mestilah diurus dengan penuh integriti agar tidak lagi klausa perjanjian yang merugikan rakyat akibat menjamin kenaikan wajib setiap tahun.
  7. Di dalam keadaan defisit dan pemotongan pelbagai cukai terhadap pelbagai perkara, kerajaan sangat wajar mengenakan kembali ‘import tax’ untuk barang mewah yang pernah dihapuskan sebelum ini.
  8. Terlalu banyak agihan perlu sampai segera kepada masyarakat yang mengharap dari bajet ini, tanpa sikap efisyen tinggi dan tiada badan khas yang dipertanggungjawab, ia mungkin hanya tinggal pengumuman sahaja. Justeru, kami mencadangkan bagi membuktikan ketelusan dan keikhlasan bukan sekadar pilihanraya, kerajaan mewujudkan badan pemantau khas dianggotai wakil kementerian, NGO & ahli politik untuk mencatat setiap agihan yang diumumkan di dalam bajet, lalu melaporkannya secara suku tahunan (quarterly) kepada parlimen bagi pengetahuan rakyat.
  9. Pengecualian cukai bagi projek dan syarikat-syarikat KLIFD yang diberikan sehingga 10 tahun adalah terlalu panjang yang merugikan negara sedang Negara di dalam kedaaan defisit, kami mencadangkan ia dikaji semula dan diubah kepada lima tahun sahaja.
  10. Sekuriti dan isu keselamatan rakyat tidak diperuntukan dengan peruntukan yang mencukupi, walaupun ada bajet untuk polis namun kita perlukan peruntukan khusus untuk sistem tekonologi sekuriti lebih baik seperti CCTV dan lain-lain sistem bagi memudahkan polis membantu keselamatan rakyat jelata.
  11. ‘Green tax’ sekali lagi ingin kami highlightkan, pengecualian cukai bagi syarikat mampu mengurangkan pencemaran dan kenakan cukai bagi yang membuat pencemaran diperlukan.
  12. Bagi mengelak spekulasi di dalam pemilikan perumahan, kami berharap kerajaan mampu mengkaji lagi sistem yang telah diperkenalan sebelum ini iaitu pembelian rumah ketiga dan seterusnya, institusi kewangan diminta untuk memberi pinjman sehingga 70 % sahaja, namun bagi merendahkan terus peluang spekulasi yang menyebabkan harga rumah meningkat sehingga menyukarkan pembeli rumah pertama dan pembeli untuk tujuan penginapan (bukan pelaburan), kami meminta agar kerajaan mengkaji untuk mengehadkan pinjaman untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas dihadkan kepada 50 % sahaja berbanding 70 % sebelum ini.
  13. Peruntukan bagi mengemaskan dan menaiktaraf sistem pengangkutan dalam bandar tidak disebut di dalam bajet kali ini.
  14. Selain memberikan tumpuan kepada hospital baru, naik taraf hospital swasta dan klinik, perlu juga perlu juga mengkaji khidmat di hospital swasta yang kian meningkat kos khidmat mereka.
  15. Transformasi sepatutnya tidak hanya terhad kepada plan agihan yang baik tetapi plan kerajaan untuk tingkatkan integriti, kesungguhan dan keazaman mengelak ketirisan yang mengakibatkan perbelanjaan mengembang.
  16. Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan ‘dosa’ ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.
  17. Kedai 1Malaysia (KRIM) adalah baik namun perlu disedari peruncit kecil terpaksa bersaing dengan harga barangan jualan KRIM yang 40% lebih rendah dari harga pasaran, jika tidak dikawal lokasinya boleh ‘membunuh’ kedai-kedai runcit milik peniaga kecil dan sederhana, justeru kami mencadangkan agar kedai ini benar-benar ditempatkan lebih banyak di kawasan luar bandar atau di kawasan yang dikenalpasti didiami kumpulan pendapatan rendah seperti PPRT di kawasan bandar atau universiti.
  18. Kadar keuntungan cukai harta tanah, di dalam lampiran bajet 2012 disebutkan niat kerajaan adalah untuk mengekang spekulator hartanah dari berleluasa lalu cukai ke atas keuntungan jualan harta tanah dinaikkan dari 5 % ke 10 % bagi pelupusan dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikannya kepda jadual cukai asal iaitu 30% secara berperingkat dwi tahunan agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih efektif. Selain itu, jualan harta tanah setelah 5-10 tahun pula dicadangkan agar tidak dihapuskan terus, maka boleh diletakkan cukai minima sekitar 1 peratus, ia dijangka penting untuk menjana pendapatan kerajaan.
Akhirnya, kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam fasa penyampaian dan perlaksanaan segala inisiatif yang telah dimaktubkan dalam belanjawan yang diumumkan agar bersifat amanah dan menzahirkan accountability yang tinggi agar setiap inisiatif yang dijanjikan benar-benar dirasai manfaatnya oleh para kumpulan sasaran. Kami mengingatkan seluruh stakeholders yang terbabit dengan Firman Allah SWT:

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (An Nisa:58)

Firman Allah juga :

إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

Ertinya : sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya. ( Al-Qasas : 26)

Sabda Rasulullah SAW:

“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)


Dari kami untuk khidmat masyarakat,

Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid)

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)

Ustaz Dr. Maszlee Malik

Ustaz Dr Zahazan Muhammad,

Ustaz Syed Mohd Norhisyam

Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,

Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,

Ustaz Hj Aizam Mas’ud,

Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,

Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,

Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan,

Ustaz Ramadhan Fitri Elias,

Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,

Ustaz Zamri Zainuldin 'Mantop'

Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz

Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman

Ustaz Shauqi Othman

Ustaz Mohd Izhar Ariff

Ustaz Dr Firdaus Mohd Hatta

Dr. Mohd Nizam Barom

----------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah ulasan dari perbincangan2 ulamak dan pakar ekonomi, jadi tungu dan nantikan lah masa2 perlaksanaan nya nanti .....

Khamis, 15 September 2011

DEFERRED

6% SERVICE TAX ON PREPAID DEFERRED

Valued customers, we wish to inform that the implementation of the 6% service tax on purchases of prepaid reloads and starter packs has been deferred. For your information, levying service tax is in accordance to the service tax laws. For further information please refer to FAQs.

6% PERKHIDMATAN CUKAI KE ATAS TERTUNDA PRABAYAR
Pelanggan yang dihargai, kami ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan cukai perkhidmatan 6% untuk pembelian tambah nilai prabayar dan pek pemula telah ditangguhkan. Untuk maklumat anda, mengenakan cukai perkhidmatan adalah mengikut undang-undang cukai perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada Soalan Lazim.

http://www.celcom.com.my/important_announcement_12.html

Harap2.....la terus dimansohkan...bukan saja tax tapi undang2 nya sekali.

Ahad, 11 September 2011

6%

"Valued customers, effective 15/9/2011 applicable 6% service tax will be charged on purchases of prepaid reloads & starter packs. Info : www.celcom.com.my"

....ini lah sms yang pertama aku dapat pada hari ini.. Compem dah ..tapi yang aku heran kenapa berita yang aku dengar kat radio pagi ni, dia pemberita tu bagi tahu yang benda ni akan dibincang kan sama ada syarikat telecommunication atau pelangan yang akan dikenakan tex maksudnya belom compem la...tapi lain pulak SMS yang aku terima pada 11:22:04 am 11/09/2011. Apa maksud semua ini sapa yang betuil sbenarnya....alahai negaraku.

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS 1. What is service tax?
  • Service tax is a consumption tax and chargeable to the customer, as provided for in the service tax laws.
  • The service tax laws require the telecommunication companies to levy service tax at the prevailing rate on telecommunication services, including prepaid reload and starter packs.
  • However, the telcos have been absorbing the service tax since the introduction of the prepaid services in 1998.
  • Effective 15 September 2011, the telcos will be charging customers service tax for purchases of prepaid reloads and starter packs.
  • With effect from 1January 2011, service tax rate is 6%. Prior to 1 January 2011, service tax rate was 5%.

2. Why are you charging this tax now after absorbing it all these years?
  • In accordance to the service tax laws, prepaid reloads and starter packs will be charged with applicable service tax. This is similar to the service tax levied on food and beverage purchases from restaurants and hotels, for example.
  • Prepaid service is the only service whereby the service tax has been absorbed by the telcos, not by the customer.
  • Prepaid call and SMS charges were more expensive then and have progressively dropped over the years. For example, customers used to pay RM0.60 per minute when the service was first introduced but today it is as low as RM0.12 per minute. As for SMS, it has dropped from RM0.20 to as low as RM0.01 and MMS was previously RM0.50 and now it is as low as RM0.10.
  • In addition, customers now enjoy various promotions such as free airtime and bonus credits amongst others as part of the benefit of being a prepaid customer.

3. How much will I pay now with the service tax?
The 6% service tax will be charged on top of the prepaid reload and starter pack at point of sale for every purchase.

For example, when you purchase RM10 prepaid reload, you need to pay RM10.60 and will get prepaid credit of RM10. The 60sen is the service tax.

The service tax will be remitted to the Government.


4. Will service tax be charged on starter packs and every mobile prepaid reload channels; i.e. epay, etc?
Yes, starter packs and reloads will be charged the 6% service tax effective 15 September 2011 regardless of channels.


5.Will I still be able to reload at all the mobile prepaid reload channels?
Yes, exept for any reloads via:
  • ATMs
  • Online/Internet banking
  • Cash deposit machines
  • Electronic payment kiosks
until further notice.


6.Does this charge apply to prepaid broadband?
Current service tax laws require telcos to levy service tax on prepaid upon sale. As actual utilization of reload cannot be ascertained at the point of sale, total reload / starter pack price will be subject to service tax.

Nevertheless, customers now enjoy various promotions such as free airtime and bonus credits amongst others as part of the benefit for being a prepaid customer.

http://www.celcom.com.my/important_announcement_12.html


Sabtu, 10 September 2011

Aku pengguna...... ke ....atau dijajah.

Aduh...aduh......setiap hari aku dan mereka2 yang senasip dengan aku atau yang macam aku akan berharap agar hari esok tidak menjadi kenyataan kepada mimpi ngeri. Hari demi hari bulan demi bulan dan hingalah ketahun demi tahun....mimpi ngeri ini sering menjadi kenyataan. Aku bukan maksudkan mimpi ngeri tersermpak hantu ke. Tetapi mimpi ngeri yang aku dan kebanyakkan orang takutkan adalah kenaikan harga barang.

Aku ni ketua keluarga dan aku dan istri aku ingin mencorak keluarga aku dengan bercorakkan keluarga yang bersederhana. Tetapi hari2 mendatang ini amatlah sukar bagi keluarga macam aku ni nak meletakkan keluarga ditempat pertama amat lah sukar. Ialah dengan kenaikan harga barang yang sesuka2 hati ......masing2 menuduh dan menuding kearah masing... Beberapa hari lepas rakyat Malaysia dikejutkanlagi dengan cukai perhidmatan prabaya talifon mudah alih...aduh...Bagi aku lah yang mengunakan perhidmatan ini amatlah terasa dihina. Rasanya dah macam tingal dinegara orang pulak rasanya macam ini kot kehidupan semasa negara kita dijajah dulu.

Takkan lah pengguna perhidmatan ini pun nk dikenakan cukai 6% perhidmatan. Talifon sekarang ini dah menjadi satu keperluan kepada semua orang dari yang bapok kaya sampai lah yang miskin. Mana nilai rakyat didahulukan pencapayan diutamakan, kalau asal je boleh kaut untung je......kita cukai. alahai....negaraku bagai kan dijajah bangsa sendiri.
Yang kaya terus kaya yang baru nak merasa hidup jatuh miskin......