Ahad, 6 November 2011

Kru-Korban Masjid cahaya Iaman.

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat...

Alhamdullah hari ini aku berkesempatan menyertai gotong royong program korban di masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes. Pada awal nya segan silu jugak maklumlah aku ni boleh dikirakan ahli baru dalam kariah masjid badar CH ni..maklum lah baru nak genap setahun aku menetap kat bandar kecil ini.

Program korban bermula dari jam 9:30 pagi hingga lewat tenggah hari. Sesampai je aku di masjit terus aku meluru ke arah brother yang mengedarkan t-shirt Kor-Korban Masjid Cahaya Iman....hu..hu..rupa-rupanya brother tu ketua kumpulan bagi salah se ekor lembu korban (bagi setiap se ekor 8 orang pertugas). Aku tidak difahamkan pulak ada berapa ekor jumlah keseluruhan ekor lembu tetapi yang aku nampak lebih kurang 13~14 ekor lembu dan 1 ekor kambing...mekkkk. Dapat je unifor pertugas aku terus bagai kan hero di padang ragut (perasan aku lah-cuma pegang tali je), aku berada dalam kumpulan 7 iaitu lembu korban no 7, semangat jugak lembu ini tapi melemah lembut ...sekejap sahaje kami tombangkan.

Setelah lembu dah di korbankan(sembelih) start la operasi buang kulit, hu aku terharu dalam kumpulan kami ada mat Kedah tera no....sekejap saja dia lapah kita orang dapat pegang kaki je..sap...sup....sap...sup dah ready.....bila disoal siasat oooo mat ni penjual daging lembu segar dipasar...hu patut la handal....Kebiasaan aku ketika menjadi kru korban aku amat gemar bahagian kapak-mengapak tapi tahun ini aku jadi kru timbang dan bungkus naik pangkat sikit..keh..keh (lantikan sendiri).

Gedebak gedebuk.....selesai setiap perserta korban 2 kilo daging, 2 kilo tulag dan bahagian organ, bagi pertugas daging dan tulang sorang sekilo dan ambil lah yang tak di timbang seperti tulang kaki geabox kepala dan sebagainya. Dapat la bahagian pertugas masing-masing, aku dibagi nya tulag paha 2`3 ketul aku ambil dah dikerat 3 ketu saja, sapa nak makan kat umah aku tu..aku sorang je la......pening semingu aku dibuat nya. semua selesai cerita tak best pulak ......Parang aku hilang aduh....ni la selesa sangat bagi parang terbang merata ...tak kesah lah kata hati aku (nak sedap kan hati) terus gi makan gulai kawah daging fresh pas tu balik.

Parang tinggal kenangan....nanti beli lagi... Sorry la post ini tak da gambar nanti tunggu seminggu InsyaAllah mungkin ada gambar dari kru-kru yang bawak camera, aku tak bawak camera susah parang je boleh hilang ni kan camera.

~Salam~

1 ulasan: