Rabu, 30 November 2011

Eh mak cik ni,beli sepaket kecik gula2 harga 60sen pun mintak plastik,handbag lagi besar drp guni beras,x muat beg ke

 Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.

"Eh makcik ni,beli sepaket kecik gula2 harga 60sen pun mintak plastik,handbag lagi besar drp guni beras,x muat beg ke"

Ayat ini aku petik dari seorang friend aku di FB, aku tertarik dengan post status member aku ini bukan nya apa saja nak lepaskan geram aku semata-mata. Tapi jangan salah sangka, aku bukannya geram dengan member aku. Tetapi aku geram dengan sesetengah masyarakat Malayisa yang berpendidikan dari sekolah menengah hingga ke university. Tak kahu la pulak kalau-kalau belajar tak habis....... 


Ni nak ceta pasal geram aku, semua bersangkut paut dengan beg plastik atau bekas-bekas makanan dan minuman pakai buang. Memang tidak dinafikan bekas-bekas makana pakai buang ini amat murah kalau dibandingkan dengan bekas-bekas kaca, seramik atau logam. Dan lagi kita nak ke beli karipap tiga biji Mak Cik gerai tu bagi piring atau mangkok. NI bukan beli ubat gigi dapat free magkok.

Jadi yang aku marah sangat ini dah pakai tu reti-reti la buang kat tongsampah, ini ko sepah-sepah kat tepi-tepi jalan sampai kat depan rumah aku pun ko libat kan. Ada sekali depan mata aku sebuah kereta agak mewah buatan Jepun ......sedar-sedar aku nampak melayang 2-3 bungkus bekas makanan polistrin. Aduh komon la.. tak kan semak sangat kot kereta korang .....sampai korang main lempar je bekas makanan yang ko dah gunakan.... tak boleh ke simpan sekejap jumpa patrol pump ko singah dan buang la sampah tu, susah ke.....OOOOOOOOOOOOOOO kalau nak kencing ke berak ke pandai pulak ko cari petrol pump, kenapa tak ko keluarkan je nozzle ko tu kat tingkap, kan lagi senang.

Apa-apa pun sedarlah diri, Malaysia ni bukan nya kecil, kalau ko buang sampah macam tu tentu anak beranak cucu cicit akan follow,  jadi sebelum bumi Malaysia ni ko tengelamkan dengan sampah baik kita sama-sama menjaganya. Tak susah kan.

~sekian~

Isnin, 28 November 2011

Berikan aku nasihat - Aku si pengembara


Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.
Sebagai seorang insan berpangkat ayah, sudah tentu jadual harian dan kesibukan akan menyebabkan aku terlalai dan terlepas pandang akan pekara-pekara yang telah aku kotakan janji. Terpangil hati aku seketika apabila membaca post dari sahabat (hidupmausedap.blogspot.com) blogger aku bertajuk  "Kelalaian dalam mendidik anak". Dan aku cuba mencari sumbernya dari original post Jom Berdakwah Di FBAku copy paste kat blog aku ini bagi menjadi peringatan kepada aku agar tidak lalai dalam mendidik anak diwaktu aku senang atau sibuk.


Kelalaian Dalam Mendidik Anak.

Ahmad Faiq Gazi ketika berumur 2 tahun - cerita-ummchak.blogspot.com

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar."
(QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?"

Berkata para sahabat :
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.

Kelalaian pertama : Kurang berdoa
A. Kurang berdoa semasa mengandung.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)

B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti :
- menakutkan anak-anak dengan sekolah.
- menakutkan dengan tempat gelap.
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak...
(terutama sewaktu marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.

Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.
Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak. Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.

Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Semoga apa yang baik Allah zahirkan keatas aku sekeluarga, ~Amin~

~sekian~

Sabtu, 26 November 2011

Salam tahun baru Hijrah 1433 dan selamat berkhatan

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.

Selamat tahun baru Hijrah, aku ucapkan kepada diri aku sendiri dan serata sahabat Bloger serta pengunjung blog aku ini. Selamat tahun bahru Hijrah 1433-Semoga membawa ke tahap iman yang lebih baik.

 He....he... Papa (yang paling gembira & tenang, Umair si abang taku-takut)

Tahun baru hijrah 1433 ini juga membuka lebaran baru buat anak-anak bujang aku, Umair dan Papa, he...he...he...anak-anak ayah dah berkhatan, dah besar anak ayah. Pengalaman bagi aku juga, buat pertama kalinya aku mengatankan anak-anak aku. Diwajah aku memang nampak selamba tetapi pada hakikatnya bergoyang kepala lutut aku. Ye.....la nampak comel je budak dua ni ketika bermain tiba-tiba terpaksa berbaring sahaja. Aku hanya boleh berkata "ini lah nak....permulaan kamu menjadi dewasa". Si abang puas aku memujuk, alhamdulilah si adik berani, jadi si abang terpaksa akur. Ia la malu dengan adik.

Dah selesai dah.....tak sakit pun

Smoga sembuh cepat......ala berkhatan je.....

~sekian~





Jumaat, 25 November 2011

Lagi lama lagi best

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. 

(foto mamat ni. tak de kait-megait pun dengan tajuk aku ini)

Ha...ha....ha......apa punya tajuk la posting aku hari ini. Ini semua berkisarkan perbulan lidah bertekak lidah sampai tegang urat leher. Yang aku pelik nya tajuk yang jadi berbalah air liur ini bukan lah yang berkaitan dengan politik atau hal-hal kerja yang biasa. em..lantak lah....aku tak dapat nak huraikan dalam bentuk perkataan, kerana tak tahu nak mula macam mana.

"Lagi lama lagi best"


~sekian~

Rabu, 23 November 2011

Cap ayam

Kementerian Kesihatan arah sos tiram 1M'sia ditarik

“Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen.




Kalau ia pun hendak tolong rakyat.

~sekian~

 

Selasa, 22 November 2011

Dari lensa photographer- Final Sea Games di Stadium Gelora Bung Karno 2011

Gambar dan video detik-detik Final sea game 2011. Tak  banyak aku selitkan dalam blog aku ni...sekadar sebagai simpanan untuk barang sejarah.

Foto by: AFP PHOTO / HOANG DINH NAM || Para pemain timnas sepakbola Malaysia merayakan kemenangan setelah menyamakan kedudukan dari Indonesia 1-1- dalam final Sea Games di Stadion Gelora Bung Karno, Senin (21/11/2011).

Foto by: TRIBUNNEWS/HERUDIN || Pemain Malaysia memberikan semangat kepada pemain U23 Indonesia usai pertandingan final SEA Games XXVI di Stadion Gelora Bung Karno, Jakarta Pusat, Senin (21/11/2011). Malaysia mengalahkan Indonesia lewat adu penalti dengan skor 5-4, setelah bermain imbang 1-1 selama dua babak waktu normal.

Foto by: TRIBUNNEWS/HERUDIN || Pemain U23, Egi Melgiansyah (kanan), dijatuhkan pemain Malaysia, Mohd Shas Mohamad Fadhli, pada pertandingan final SEA Games XXVI di Stadion Gelora Bung Karno, Jakarta Pusat, Senin (21/11/2011).




Final Indonesia vs Malaysia PENALTY SEA GAMES 2011



Info berita asal dari: bola.kompas.com

~sekian~

 

Isnin, 21 November 2011

26th final sea games football - Harimau mengaum.....



Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia (Harimau Muda) aum...aum...aum......., pingat emas untuk anda. Aduh lenguh lutut aku, bukan aku yang sepak tapi lutut aku yang longlai. Tahniah captain ........ Buat pasukan Indonesia, tahniah juga untuk pasukan anda kerana pingat Perak untuk pasukan anda.

Apa-apa pun aku tak suka camera dia orang, aku beli TV HD tapi gambar siaran langsung macam hampeh, sakit kepala aku bukan tengok bola tapi tengok camera yang frame tak cukup....





~Sekian~

Terngiang-ngiang

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.

Alhamdulilah dah besar rupanya anak-anak aku, rasanya baru semalam aku mengajar mereka belajar bertatih dan berlari. Rasa macam sentimental pulak aku malam ini, bukan apa sudah separuh hari telinga aku ini tak dengar jeritan wife aku(si pembuat kek pisang) memarahi anak-anak sulung dan kedua aku(umair & papa) sampaikan terngiag-ngiang kat kelopak cuping telinga aku ini. Mereka berdua bukan nya dah besar sangat, si abang (Umair) tahun hadapan masuk tahun 2 dan sia adik (Papa) masuk tahun 1, mereka berdua rapat, maklomlah jarak dekat. He...he... memang terasa bila budak bedua ini tiada dimata aku, ia lah aku tak pernah meletakkan mereka berdua tampa aku atau wife aku sendirian. Kemana sahaja dan dimana sahaja aku atau wife aku mesti ada disisi mereka, kecualilah waktu persekolahan itu pun sebab ibu bapa tidak dibenarkan berada disisi semasa sesi persekolahan jika tidak serupa lah macam cerita "Papadam".

Cuti sekolah pengal akhir ini aku nekat meletakkan anak-anak aku (umair & papa) dibawah jagaan atuk ayah mereka dikampung, belajarlah nak ada ilmu yang ayah belajar dari atok ayah ko, yang menjadikan ayah ini seorang yang faham erti berdikari, dan juga ayah nak ko berdua melihat suasana kehidupan di kampung walaupun kampung ayah sudah 70% tak macam kampung, sekurang-kurang nya adat dan budaya kampung masih ada. Berlajarlah berkawan dan bersosial cara kampung. Semoga kalian berdua faham erti hidup berdikari dan berkawan.

Kenapa ayah umi tak balik sekalai" ayah kerja umi kena teman ayah kat rumah ini. Abang ikut atuk balik kampung dengan Papa, ikut atuk pergi kenduri, ikut atuk pergi masjid.  Abang nak dengan umi" tak boleh abang dah 7 tahun,  tahun depan sudah 8 tahun abang kena belajar sesuatu tanpa umi ayah disisi abang.  Atuk ayah dan atuk mak kan ada mereka kan ayah dan umi ayah.

Buat umi, wife ayah(sipembuat kek pisang) jangan terlalu sedih mereka berdua sedang berlajar, biar kita didik mereka dari rebung. Aku tidak dapat menurunkan sepenuhnya apa yang aku pelajari tentang hidup bak kata M.Nasir "pangil...lah mereka pulang ayah nak ajar ...tentang kurang ajar jadi mereka tidak sendiri lagi" kerana seharian bergelombang dengan kerja, jadi biar lah ayah aku yang ajarkan mereka sepertimana ayah aku menganjar aku. (Selepas berhidmat sebaga ATM ayah aku berkerja sendiri, menjual ikan, berkebun dan sebagainya (kerja kampung) jadi aku ini anak sulung kena lah menolong ayah berniaga, kekebun jadi banyak la masa aku bersama ayah). Tidak macam aku membesarkan anak-anak aku, mereka hanya aku paksa belajar disekolah tiada ilmu berdikari dan mencari peluang. Tak kan lah aku nak bawak anak aku pergi opis hu..mau kena duduk luar aku jawabnya.

Pesan ayah buat Umair dan Papa belajarlah dan cari lah sesuatu yang baru dan bermunafaat, "Yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan tauladan".

~sekian~

Khamis, 17 November 2011

RM100

Wang perlu disalur kepada pelajar atau ibu bapa dalam jumlah penuh: TPM - Berita Harian
 
Terima kasih kepada pembayar-pembayar cukai. 
Tampa cukai kerajaan tidak akan ada modal untuk menguruskan negara, tidak kira lah cukai apa pun sekali pun.





~sekian~


Pemberitahuan PMT

Satu Majlis Silaturahim dan Jamuan Kesyukuran akan diadakan pada 6hb Disember 2011.

Agenda majlis itu adalah seperti berikut:

Tarikh: 6hb Disember 2011
Masa : 12.00 hingga 1.00 Tengahari (Makan Tengahari)
Tempat:Tapak parking motorsikal sebelah ofis. (akan dimaklumkan lagi)
Bayaran: RM25 /kepala.

Majlis ini terbuka kepada semua tak kiralah PMT ataupun pemandu kereta.
Sebilangan PMT sudah menyatakan persetujuan.

Minta yang berminat utk memaklumkan persetujuan bersama majlis tersebut dengan memberikan jawapan selewat2nya Jumaat minggu depan.
Kutipan duit akan dilakukan pada 30.11.2011 hingga 2.12.2011

~Sekian~

Selasa, 15 November 2011

Berpantun bersama al-lavendari

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.

Hari ini, aku layan baca blog dari follower-follower aku dan blogs link aku, selain dari membaca blog mereka aku singkap juga commenter mereka. Selak punya selak, aku selak blogs dari seorang otai ....blogs berpuisi dan pantun, sudah lama tak mendengar dan membaca pantun (kagum membaca). Syok juga layan pantun pagi-pagi, dalam baca punya baca tiba-tiba aku dapat idea berpantun terus la aku berpantun.











Ini Pantun nya-:
Tajuk pantun: Ombak Memukul Pantai
mengasah tombak sumbing sebelah,
tertusuk lantai kayu berlian;
tidakkah ombak merasa lelah,
memukul pantai zaman berzaman.
Pantun dari aku pulak 
Sumbing nya tombak diasah susah,
Susah lagi bila tombak berdiri,
Ibarat kasih ibu dan ayah,
Berkorban kasih tidak terperi.

Dari: al-lavendari (menjawab)
tanam selasih tepi perigi,
tumbuh melata usah ditebas,
berkorban kasih tidak terperi,
tidak pula minta dibalas.
Terimakasih buat abang al-lavendari kerana sudi berjual beli pantun dengan saya, Sebenarnya tak lah pandai sangat berpantun dan puisi, tengok jelah pantun saya tu tongang terbalik. 
Makan halwa buah rambutan,
 Halwa dimakan dan dibuat inti,
Terima kasih saya ucapkan,
Semoga dapat bersua nanti.

~Terima kasih sekali lagi~

Ahad, 13 November 2011

Umi dah....

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat..

Dimeja makan sebuah restoran, aku sekelurga makan makanan English, ala pastries je...bukan apa sangat pon...... sedang makan anak aku no 3 mengadu tak nak makan ....yang pertama dan kedua hu...tak pandang kanan kiri dah.

Dialog umi, ayah dan Ahmad (anak no3)

Umi(si pembuat kek pisang): Kenapa Ahmad tak nak makan, abang makan sedap...betul tak bang?

Abang-abang: Sedap....

Ahmad: Ahmad tak nak makan, nanti ahmad sakit perut nak berak.

Umi(si pembuat kek pisang): Tak pa la....Ahmad bukannya cebuk sendiri, umi ayah yang cebok nanti.

Ahmad: Nanati busuk macam mana?

Ayah (aku la tu): Tak kesah kalau busuk nanti ayah tutup hidung dengan mask.

Ahmad: ok...

Ahmad makan satu pingan dan kenyang.
-
-
-
-
-
2 jam berlalu sampailah kami dirumah.

Umi(si pembuat kek pisang) : Ahmad jom mandi ....bukak pampes (lampin pakai buang kami panggil pampes walau pun tak mengunakan jenama pampes ni)

Ahmad bukak seluar dan tiba-tiba.

Ahmad: Umi ...Ahamad nak pakai seluar balik!!

Umi (si pembuat kek pisang): kenapa?

Ahmad : Mamat nak berak.

dengan muka yang merungut....:-(

Umi(si pembuat kek pisang): kan boleh berak dalam pampes.

Ahmad: Tak nak, tak boleh berak, kena pakai seluar jugak........

Umi(si pembuat kek pisang), Ayah: ha...ha......apa la ahmad ni nak berak pun kena pakai seluar ke.

Ahmad menekan perut nya di hujung tilam sambil meneran....hu..hu..ek....

Umi (si pembuat kek pisang): Erk..erk..(mengajuk cara ahmad berak)

Ahmad : Umi janganlah ejek amad..ummi niiii... (sambil buat muka meneran lagi...tak habis proses buang air.. ;-[ )

Umi (si pembuat kek pisang): ....Yelah yelah...:-)

Ahmad: Kan mamat dah cakap nanti mamat sakit perut nak berak.....umi.....dah....jum cebok -muka lega ;-)

~sekian~.

Hampa, U-turn

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat..

Jalan-jalan KL bawak wife(sipembuat kek pisang) dan anak-anak, boring duduk rumah perut pun lapa wife (sipembuat kek pisang) malas nak masak, sama la dengan aku malas nak makan kat umah.... selepas solat zohor cepat-cepat siap, start kereta menuju ke KL. Dalam perjalanan baru decide nak makan kat mana. Aku bagi la cadangan sekitar Jalan Tun Razak (senang nak balik). Wife(sipembuat kek pisang) terus bagi cadangan makan kat Levain Boulangerie Patisserie restoran fresh breads, pastries dan makanan europe. Sambil makan-makan dan minum coffee latte dan cappuccino ambil la gambar. nak buat modal tulis blog (si pembuat kek pisang request) cklik .....clik....clik....... dah selesai balik.

Aku bukan nak cerita tentang layan makan kat Levain Boulangerie Patisserie yang aku nak cerita adalah kehampaan si pembuat kek pisang, salah aku jugak aku tak copy file gambar-gambar tu terus kat HD, aku review dan delete. Aduh......terlupa lah nak save habis gambar-gambar to, si pembuat kek pisang tak puas hati, dia nak gi lagi sebab dia suka coffee yang ada bentuk LOVE to cantik sangat.....emmm......(pada aku sama je....kat coffee shop lain). Tak kesah lah.......

Ni lah yang dapat simpan buat cerita ....receipt je...hu..hu...kesian Si Pembuat Kek Pisang

~sekian~


Sabtu, 12 November 2011

Selamat pengantin baru

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat..

Hari ini aku sibok sikit, bangun je dari tidur lepas solat subuh....baring-baring sekejap terus gi mandi...hu panjang nya...ok pendek kan cerita lepas je anak-anak aku siap di persiapkan dalam keadaan hujan yang sederhana lebat terus aku menuju ke Majlis Ihtifal pelajar-pelajar Pasti(penyampaian sijil tadika 6 tahun). Tahun ini anak aku yang nombor 2 tak dapat sebarang hadiah khas..maklumlah markah tak tinggi (emak bapak sibok dengan kelahiran cahaya mata yang ke 4). Jadi hanya penyampaian sijil tamat sekolah enam tahun sajelah, yang lain hadiah sukan nika akhir tahun Pusat Asuhan Pasti Al-Azhar. Lepas jamuan makan kami terus ke Rawang ambil barang dan balik. (PASTI cerita lagi)

Hari ini juga jiran sebelah menjalankan majlis Walimatulurus anak nya yang bungsu...mintak maaf lah Pakcik Sharin hari yang sibok minggu ini. Apa-apa pun tahniah kerana mendapat menantu. Doa kami semoga berkekalan hinga ke anak cucu...amin....

K badan dah penat, perut dah kenyang nak tido..kalau sempat malam ni boleh lah tulis lagi...

~sekian~




Jumaat, 11 November 2011

Telan hidup-hidup

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat..

Dua tiga hari ini aku kerap berborak dengan geng-geng jiran veteran kat depan umah aku ni..mana nya tidak salah sorang jiran sebelah rumah aku ni akan mengadakan kenduri walimatulurus anak perempuan bungsu nya, jadi persiapan tu awal lah maklumlah yang terakhir....(sempat jugak aku meracun otai-otai ni joint basikal dengan aku).

Biasa la aku berborak anak-anak aku mesti sebok punya, macam la aku ni selalu sangat melepak kat luar. Terpekik terlolong memangil aku masuk rumah, yang pasti tujuan mereka sebenarnya nak bermain kat luar rumah. Aku tak berapa gemar time aku sembang anak-anak aku bermain-main tampa pengawasa, maklomla zaman sekarang bukan macam zaman aku kecil-kecil dulu boleh main lepas saja.

Dalam terpekik-terlolog to terperasan au dengan jeritan anak ketiga aku, "kelip-kelip...abang kelip-kelip....tangkap...tangkapppppppppp". Dalam borak-borak boleh pulak aku terhayal sekejap, bukan apa teringat aku masa kecil-kecil ketika aku tinggal dirumah atuk ki dan atuk wan aku. he..he....nostalgia kelip-kelip.

Kelip-kelip/Kunang-kunang

Ni nak cerita ni dikampung aku kelip-keip ni juga dikenali dengan pangilan kunang-kunang, kalau borak-borak dengan member opis aku kekadang terkeluar gak aku perkataan "kunang-kunang" ha terngaga masing-masing kerana tak paham apa benda kunang-kunang tu. Sambung balik....ha..dulu kalau balik mengaji malam-malam takut betul dengan kelip-kelip ni, ye la makcik-makcik aku suka takutkan kami anak-anak buah nya ...ada ke dia kata yang kelip-kelip ni kuku cina mati dari kubur cina(hantu cina la kirakan) mau tak cabut lari. Bila sampai je rumah terus duduk diam, pada mulanya atuk ki dan atuk wan tak perasan tetapi bila satu hari ada sekor keip-kelip masuk rumah dan kami menjerit "kuku cina mati....kuku cina mati"barulah mereka perasan.

Untuk menghilangkan rasa takut kami mereka pun kat "ha mana ada kku cina mati kunang-kunang tu ubat biar terang hati" lagi la rasa ingin tahu tu menjadi soalan "macam mana tu atok?" dengan nada selamba atok aku menjawab "makan la kunang-kunang tu" hu dengan yakin aku tangkap kunag-kunang tu terus telan. "aduh tak boleh telan la atuk" tak leh telan sebab kunang-kunang tu bergerak-gerak dan tekak aku erasa geli lantas "kalau tak leh telan, ambil pisang kat dapur telan sekali dengan pisang-pisang" hu akhirnya berjaya aku telan kunang tu.

Ini lah pertama dan terakhir aku makan benda hidup hidup-hidup. Zaman tu kelip-kelip memang banyak disekitar rumah atukdan nenek, tetapi sekarang nak jumpa seekor pun susah...em..zaman kanak-kanank atuk ki pun dah takde (semoga arwah atok ki dicucuri rahmat). Aku belom pernah cerita kan pekara ini kepada anak-anak aku, nanti lah bila mereka baca post ni baru lah aku cerita tentang zaman kecil aku bersam kelip-kelip. Banyak kesah nya tu.......

Sambung borak......pet..pot..pet...pot..

~sekian~

Khamis, 10 November 2011

SMS

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat..

Hari ini aku menerima SMS dari seorang kawan (geng basikal), kandungan SMS amat menyedihkan. Iaitu seorang ahli geng basikal kami (Saudara Don sentul- geng basikal) mendapat musibah apabila rumah dan harta benda beliau sekeluarga hangus dijilat api pada tengah hari tadi.

Baru aku perasan kenapa ada dua biji jentera bomba bergegas ke arah sentul tengah hari tadi...kesian kawan aku ni......


Diharap Saudara Don sekeluarga dapat bersabar InsyaAllah, Allah akan gantikan yang lebih baik.-----Amin----

~sekian~

Rabu, 9 November 2011

Melompat

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat..

Hari ini jugak kawan satu opis aku letak surat resign, Hu dapat kerja kat komponi lain. Menjelang akhir tahun sahaja dah masuk 4 orang, itu belum masuk dari discipline lain, sampaikan geng basikal aku duduk seberang jalan pun dah letak surat resign. Aku jadi kalang kabut...(kenapa aku yang kalang kabut, organg lain yang berhenti aku yang kalang kabut) mana tak kalang kabut mas..huk.......

Sememang nya perkerja sektor swasta macam aku ni kalau nak tambah nilai pendapatan dan meng upgrade pegetahuan dalam kerja kena la melompat....Aku teringin jugak nak melompat bertambah sikit kocek aku ni tapi yang tak syok nya bila bertambah je dalam kocek maka kerap la dikejar orang aku tak berhutang dengan diaorang pun tapi diaorang tak malu nak mintak duit aku. Mintak la orang yang bissnes beso-beso untung gila-gila, ni tak aku yang kena menyara keluarga di kejar-kejar....faham kan siapa golongan orang tu...

~sekian~

Approved - Parking Lot Motorsikal Prakitkal dan Kekal

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat..

Nak cerita lagi mengenai masalah parking motosikal kat opis aku. Alhamdulilah dengan berkat doa ahli PMT dan usaha majlis tertinggi PMT (penungang Motosikal Technip) pemohonan PMT berjaya walau pun tidak lah keseluruhan kawasan parking awam tak berbayar DBKL dapat di convert menjadi kawasan parking morosikal. Hu …dahshat betul majlis tertinggi PMT dan pengerusi (lantikan sendiri) ini. Aku sebagai ahli berdaftar PMT cukup banga dan beterima kasih kepada beliau kerana dengan usaha beliau walau pun terpaksa mengorbankan masa dan menebalkan muka untuk berurusan dengan pihak HR company dan pihak DBKL. Dibawah ini aku lampirkan kata-kata beliau dan surat pengesahan dari pihak DBKL tentang kejayaan pihak PMT untuk mendapatkan kawasan parking motosikal kekal dekal lagi mudah.

Salam PMT,

Dengan lafaz Bismilah , saya selaku Presiden PMT (lantikan sendiri ) dengan perkenan Penasihat 1 dan 2 serta DBKL ingin mengistiharkan bahawa Parking Lot Motorsikal Prakitkal dan Kekal telah berjaya kita perolehi dihadapan bangunan Technip kesayangan kita.

Sempena Hari Raya Aidil Adha, perkhabaran ini ingin dipermaklumkan kepada semua PMT. Dengan izin ALLAH disertai dengan doa, usaha dan sokongan padu dari ahli PMT, kita telah menerima menerima berita gembira itu melalui fax dari DBKL pada pukul 10.27a.m tadi berkenaan dengan kelulusan permohonan kita.
Walaupun tak mungkin dapat sumbat semua motorsikal, tapi sekurang2nya sebahagian besar boleh parking kat depan ofis. Dah banyak syukur dah tu..

Dibawah adalah surat dari DBKL...jeng..jeng..jeng..


Surat dari DBKL


Kawasan yang dipersetujui

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang terlibat secara langsung iaitu Tuan Haji Faridon ,En Ly Tai Fong,Tuan Haji Suhaimi, Tuan Haji Shamsul Bahri Penasihat 2, En. Affandi, Penasihat 1, En. Zulkefly, En Raja Muhazim Faiz, Abg Hairi, pemandu Technip yang baru..nama ape saya tak tahu, Cik Mariati, Cik Cynthia dan kepada PMT sekalian.

Cik Cynthia,
PMT mohon pihak Technip dapat menyegerakan "piano" kat depan ofis kita. Kita mengharapkan 1 Disember 2011, PMT akan boleh memakirkan motorsikal di parking lot yang baru.Saya rasa dua minggu setengah sudah memadai untuk mendapatkan kontraktor untuk tujuan itu. Kita tahu keupayaan beliau, yang boleh menyelesaikannya dalam tempoh tersebut.

Dengan kejayaan ini, saya dengan rendah hati ingin memaklumkan yang PMT dibubarkan. Sehubungan dengan pengumuman ini, saya dengan rasminya melucutkan jawatan saya yang saya lantikkan sendiri sebagai Presiden PMT berkuatkuasa serta merta. Secara automatik Advisor 1 dan 2 kena turun jugaklah. Bukan ada elaun pun..
Walaubagaimanapun, kami akan terus membuat follow-up dengan pihak syarikat agar "piano" tu dibuat segera...kalau tak..mungkin PMT versi Ops Piano pulak akan diwujudkan.

Errr..
ade cadangan...sebilangan ahli PMT nak buat makan2...kambing golek..amacam? semua ahli setuju tak? ala...bukan banyak pun, sorang 20 ke 30 hinggit jea...Sila maklumkan kepada saya dan Affandi dan saya akan collect maklumat then kita buat keputusan..kalau majoriti setuju..kita "ON"...amacam? Cepat skit..sebelum hari Jumaat nie.

pstt..
PMT sekalian,
ni amaran....kalau nak reply email nie..jangan cc kat semua aaa...

Azman MatNoh
(Bekas Presiden PMT lantikan sendiri..)











Buat information para pengunjung blog aku ni ahli-ahli PMT yang telah berdaftar dan telah di approve adalah seramai 210 orang ahli. Dan segala cadangan dan nasihat dari pada ahli-ahli yang berpengalaman telah dimusyarahkan pada tarih 27/10/2011 hingga lah pemohonan Parking Lot Motorsikal Prakitkal dan Kekal ini berjaya.

Walau pun terdapat suara-suara sumbang dibelakang yang tidak bersetuju dengan inkuiz ini, pihak majlis tetinggi PMT tetap juga meneruskan usaha untuk mendapatkan Parking Lot Motorsikal Prakitkal dan Kekal hinga lah mencapai kejayaan.

Dari pihak sehastamungkin ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak majlis tertinggi PMT serta akhli-akhlinya.

~Sekian~

Selasa, 8 November 2011

Anak kepada anak eh....macam mana ek...

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat..

Anak oh anak, "aku kah benar ko kah yang benar". Nampak macam drama je, sebenarnya tak lah begitu. Aku hari ini tersentuh dengan satu ayat yang datang dari bualan orang di sekeliling aku...hi..bukan bergaduh atau kecil hati cuma aku tersentuh bila mereka beborak tentang anak-anak yang dijaga oleh ibu bapa atau mentua. Menjadi tanda tanya dalam hati aku "kenapa mereka yang berkerjaya, berpelajaran tinggi dan suami-istri berkerja sanggup menyerahkan anak-anak kepada kedua ibu bapa untuk dijaga, sedangkan mampu untuk menghantar anak-anak ke nesery atau mengupah pembantu rumah". Lain lah kalau pendapatan cecah hidung lain lah....cerita mungkin boleh di terima. Tapi aku berangapan mugkin orang tua dia orang ada pembantu rumah tu yang kongsi sekali to kalau aku aku pun nak joint sekali-bayar mahal beb.

Penat....hu....jaga budak ni oi.....aku yang category sebagai ayah muda dan ada dirumah pada waktu malam dan hujung minggu pun terasa penat nak melayan kerenah anak-anak (pembuat kek pisang aku lagi la, tu yang kalau aku balik dia membebel kat anak-anak, aku buat lek je...he..he... sayang dia, nak buat macam mana nak bekeluarga katakan), ni kan pula orang tua kita yang memang dah category warga emas.

Aku harap kita sebagai anak-anak yang ada anak faham-faham la....kesian orang tua kita bila la masanya dia orang bedua nak bermanja-maja kalau dok pikir jaga budak-budak je...aku tak sangup ...tua-tua besok kena jaga cucu. Aku kalau tua-tua besok nak abiskan duit KWSP aku gi round the wold kalau tak pun Round se Malaysia pun ok lah, itu pun kalau tak ada penyakit ..he..he...

Posting ini peringatan kepada aku, adik-beradik aku dan anak-anak aku ....ia lah walaupun ini hanya pandangan aku mengenai menghantar anak-anak ke rumah mak bapak kita.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan". H.R. Muslim

Keterangan:

Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.

Isnin, 7 November 2011

Pelangi pagi

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat...

Hari yang indah walau pun hujan renyai-renyai bagi aku tetap indah kerana aku tak kerja hari ini semperna mengantikan cuti hari raya korban kemarin, ye la kemarin kan hari ahad jadi isnin kena gantilah.

Dan lagi baik punya lepak aku dalam bilik sambil melayan sikecil ni merengek anak sulung aku terpekik terlolong " pelangi.....pelangi...pelangi....." ha.....indah la hari ini siap ada pelangi sakan walaupun hujan renyai-renyai. Hai aku dah lah rasa malas ni ..... kalau macam ni la gaya jadi beruang la nampak nya aku duduk bilik sampai ke tengah hari. (Beruang duduk bilik ke...) tak kesah lah.

Dialog waktu pelangi muncuk ...

Anak sulung: Umi pelangi...pelagi......ye..ye...ada pelangi..hu..cantik warna warni

Anak kedua: haa...la.....hei jangan tunjuk..jangan tunjuk.......

Aku: Saja bertanya " kenapa apa tak boleh tunjuk pelangi guna jari"

Anak kedua: Nanti jari kudong...........ha...papa tak tunjuk dengan jari umair tunjuk!!! ..ayo..tak tau...!!!!!!

Anak sulung: Abang tak tunjuk......abang tak tunjuk...papa yang tunjuk


Pelangi pagi

Wife (Pembuat kek pisang): Sapa yang bagi tau papa ...tunjuk pelangi dengan jari nanti jari kudong. Umi ayah tak pernah ajar papa pun tunjuk pelangi dengan jari boleh kudong.

Aak kedua: Atuk yang ajar....

Aku & Wife (pembuat kek pisang) : ? oh....................atok..he..he.......

he..he..semamang nya perkataan nanti kudong kalau tunjuk pelangi dengan jari sudah lama aku dengar...ha,,,seingat aku zama aku kecil-kecil dulu. Memang masih ada lagi orang-orang lama dalam masyarakat kita yang mengunakan "nanti kudong jari " ha..ha.. buka apa sebenarnya pendapat aku lah orang-orang dulu tak mahu pemandangan mereka digangu ketika pelangi muncul .. ..pelangi muncul akibat biasan cahaya antara waktu selepas atau sebelum hujan diwaktu siang (Bukaka buku balik - tak payah la nak cerita panjang lebar) dan kemunculan pelangi ini kebiasaan nya tak lama ...oleh itu mungkin antara sebab orang dulu-dulu tak mahu orang lain mengangu penglihatan mereka dengan jari....kalau aku pun marah tengak layan pelangi ko letak tangan ko depan aku pulak...hu..hu.......mau je aku kodong an jari ko...he..he......(agak nya kot)

~sekian~

Ahad, 6 November 2011

Kru-Korban Masjid cahaya Iaman.

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat...

Alhamdullah hari ini aku berkesempatan menyertai gotong royong program korban di masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes. Pada awal nya segan silu jugak maklumlah aku ni boleh dikirakan ahli baru dalam kariah masjid badar CH ni..maklum lah baru nak genap setahun aku menetap kat bandar kecil ini.

Program korban bermula dari jam 9:30 pagi hingga lewat tenggah hari. Sesampai je aku di masjit terus aku meluru ke arah brother yang mengedarkan t-shirt Kor-Korban Masjid Cahaya Iman....hu..hu..rupa-rupanya brother tu ketua kumpulan bagi salah se ekor lembu korban (bagi setiap se ekor 8 orang pertugas). Aku tidak difahamkan pulak ada berapa ekor jumlah keseluruhan ekor lembu tetapi yang aku nampak lebih kurang 13~14 ekor lembu dan 1 ekor kambing...mekkkk. Dapat je unifor pertugas aku terus bagai kan hero di padang ragut (perasan aku lah-cuma pegang tali je), aku berada dalam kumpulan 7 iaitu lembu korban no 7, semangat jugak lembu ini tapi melemah lembut ...sekejap sahaje kami tombangkan.

Setelah lembu dah di korbankan(sembelih) start la operasi buang kulit, hu aku terharu dalam kumpulan kami ada mat Kedah tera no....sekejap saja dia lapah kita orang dapat pegang kaki je..sap...sup....sap...sup dah ready.....bila disoal siasat oooo mat ni penjual daging lembu segar dipasar...hu patut la handal....Kebiasaan aku ketika menjadi kru korban aku amat gemar bahagian kapak-mengapak tapi tahun ini aku jadi kru timbang dan bungkus naik pangkat sikit..keh..keh (lantikan sendiri).

Gedebak gedebuk.....selesai setiap perserta korban 2 kilo daging, 2 kilo tulag dan bahagian organ, bagi pertugas daging dan tulang sorang sekilo dan ambil lah yang tak di timbang seperti tulang kaki geabox kepala dan sebagainya. Dapat la bahagian pertugas masing-masing, aku dibagi nya tulag paha 2`3 ketul aku ambil dah dikerat 3 ketu saja, sapa nak makan kat umah aku tu..aku sorang je la......pening semingu aku dibuat nya. semua selesai cerita tak best pulak ......Parang aku hilang aduh....ni la selesa sangat bagi parang terbang merata ...tak kesah lah kata hati aku (nak sedap kan hati) terus gi makan gulai kawah daging fresh pas tu balik.

Parang tinggal kenangan....nanti beli lagi... Sorry la post ini tak da gambar nanti tunggu seminggu InsyaAllah mungkin ada gambar dari kru-kru yang bawak camera, aku tak bawak camera susah parang je boleh hilang ni kan camera.

~Salam~

Sabtu, 5 November 2011

Salam AidilAdaha

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat...

Balik dari solat Isyak di masjit. Melangkah sedih, bukan kerana tak dapat pulang kekampug dan sebagai nya. Tetapi sedih bermuhasabah diri yang sehari demi sehari di badai dunia yang penuh fana, sedangkan dunia ini sementara sahaja.....Akhirat ah tempat kekal abadi. Biasa tak lah rasa sedih macam ni mungkin sebab tok imam yang bertahmit semperna Hari raya AidilAdaha yang bermula dari terbenamnya matahari hingga 4 hari berikutnya....

Sambil borak dengan jiran belakang umah aku terus kekereta nah ko anak-anak aku dah main hujan ari kesana kemari macam orang baru dapat jejak tanah, maklumlah wife aku bukan suka anak nya lepas begitu sahaja main sana-sini tampa pengawasan, oleh itu duduk rumah je lah budak-budak itu. Sampai rumah lupa lak nak wish salam Hari Raya AidilAdaha..lalu start la duduk depan laptop ni.

Ni ada info sikit nak kongsi, aku ada mendengar sorang ustas memberi ceramah. Antara kandungan ceramah beliau mengenai bulan haji sekarang ini. Nak diperjelaskan lagi beliau berkata yang ibadat haji telah menjadi budaya kepada kita kat Malaysia tapi tak tahu lah tempat lain. Ia lah musim haji je... berdurun-duyun pergi haji bagi yang berkemampuan sampa naik pening pihak pengurusan tabunghaji sampai bergaduh lah.. tetapi kenapa dan sebab apa tak tahu....yang pasti ibadat haji ini kata beliau adalah latihan bagi kita yang hidup untuk bertemu dengan Allah(mati) ianya diperkuatkan dengan alunan tahmit iaitu:-.

Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. Innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak. (aku datang kepada MU ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala ni'mat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau)

i) Segala pujian mesti ditujukan KEPADA Allah dan tidak kepada mana2 makhluq
ii) Segala ni'mat mesti datang DARI Allah dan bukan dari mana2 makhluq
iii) Kerajaan/Pemerintahan mesti dikembalikan kepada Allah

Ketiga-tiga unsur penting yg dilafazkan dlm Talbiah ini dilaungkan dalam suasana "kembali" atau datang(labaik) kepada Allah. Ini sebenarnya simbolik kepada pertemuan dengan Allah atau apabila kita menghadapi maut nanti. Bahkan beberapa perbuatan dan sunat dalam mengerjakann haji itu sendiri melambangkan suasana maut dan menghadapi kematian seperti berihram(kain kapan), ukuf di Arafah (Padang Mahsyar) dan lain-lain.

Ujar beliau. Bersama lah kita bermuhasabah diri.


Saja guna yang 2010 punya, Ini je yang mengikut citarasa aku...

K akhir sekali aku nak ucapkan selamat Hari Raya AidilAdaha

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Restoran teratak rezeki

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.....

Mesti ko orang boring layan blogs aku yang tak habis-habis layan masalah parking moto, k lah disebab kan waktu dah menjelang pagi sabtu aku teringgatkan sebuah restoren yang aku dan kengkawan opis aku singah lunch pada 3 nov lepas, dah jauh malam dan ke pagi pulak tu mesti perut pun jadi lapar....aku bukan lah lapar sangat cuma teringat kan kerabu mangga...restoren tu hu..macam nak buat je besok untuk hidangan lunch aku sekeluarga.

K berbalik cerita restoren ni, pada mulanya aku pun tak Hai....senang je nak cari restoran ni. Berdekatan dengan Petronas dan sejajar dengan kedai moto-moto beso. Terima kasih kepada saudara Azali kerana membawa kita orang kat restoran ini ..rantai putus punya pasal kengkawan dapat makan masakan melayu ok.

Restoran ini terletak di Jalan Kg Pandan, Taman Maluri KL, tengek sendiri lah alamat kat tisu ni. Nama restoran pon sempoi Teratak Rezeki, aku suka dengan color yang dipersembahkan dengan sedikit hiasan dinding color perabot yang matching dengan color dinding dan yang aku syok tengok meja cashier.

Aku bab lunch ni memang jaga sangat takut termakan lebih, alamat nya sesia je lah usaha mengurangkan berat badan aku ni....ha...ha.... Perihal makanan kat restoran ini semuanya sedap yang istimawa kerabu mangga dan ikan masin ikan terubuk(aku rasa lah). Dari info yang aku dapat dari toke restoran ini, restoran ni dah beroperasi dah lama, cuma baru-baru ini ada pengubahsuaian konsep sedikit. Restoran ini beoperasi setiap hari dari pagi hingga lah ke jam 7 petang InsyaAllah akan beroperasi ke malam hari apabila segala pengubahsuian siap dilakukan, begitulah infonya. Hah baba harga alhamdulilah berpatutan aku ambil nasi laus kerabu mangga dan ikan ai..tak sampai Rm6.....Insya Allah kalau aku bawak keluarga aku jalan sekitar KL ada lah tempat makan baru nanti.......jom tgk gambar...

Restoran teratak rezeki &ketering
no,5-G Jalan Kg Pandan, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur

Nak info lanjut jalan-jalan lah kat blog platspender.blogspot.com / melangkahalam.blogspot.com
bukan apa kami time ni makan semeja....tq juga kepada saudara Tobab ..ni gambar2 ni dari i-phon dia lah.