Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Hari ini sempena cuti ganti bagi perayaan Hari Natal (bagi penganut Kristian) aku turut mengambil peluang untuk membawa ahli keluarga aku mencuci mata dan bertukar selera (makanlah tu). Kali ini kami berkunjung ke Kuala Selangor hu......rasanya aku pernah pergi kuala selangor tapi sekali sahaja. Memandangkan Latar (konsesi lebuh raya) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Kuala selangor telah siap dan hanya mengambil 15 min dari rumah aku jadi ok...lah tak lah jauh sangat. Trip Kuala Selangor ini memang tak dirancang, kerana pada awalnya aku merancang untuk ke Shah Alam dan Klang (sambil-sambil tu nak singgah ke rumah platspender.blogsport) malangnya terpaksa mengubah rancangan kerana tujuan sebenar untuk ke Shah Alam dan Klang tidak dapat dilaksana kerana Cik Ajit dan Mak ngah aku berjalan ke Melaka, itu pun aku dapat khabaran dari facebook mereka pagi ini. tak pa lain kali.....nanti sampai.
Selewat pagi sebelum rancangan diubah aku dan family aku layan roti canai kat Bandar Rawang, Restoran Ali Maju. Di Rawang aku rasalah restoran mamak ni yang agak terbaik...berbandingkan yang lain, bagi aku ok lah untuk nak layan dan teringin nasi kandaq, kalau nak yang lagi best nanti buat trip Penang (InsyaAllah). Meh layan gambar :........
Layan Ali Maju Mamak
Selepas layan Restoran Ali Maju ini aku dan family aku pun naik kereta....ha...baru lah aku dan pembuat kek pisang berbincang nak gi mana, hendak teruskan plan atau nak ubah plan.....sambil memandu menghala ke Kula Lumpur aku terserempak papan tanda Lebuh Raya Latar (Rawang - Kulala Selangor) jadi terus aku membelokkan kereta aku ke arah highway Latar ...hu bedebar jugak hati aku.....ye la ini kali pertama aku layan highway Latar ni....dengan selambanya aku memandu.....Di highway Latar ni permandangan cukup la lawa, hijau....mata memandang, tak tahu la 3 ke 5 tahun akan datang tentu penuh pembangunan kawasan perumahan tak kesah lah nak buat macam mana arus pemodenan. Aku cerita sikit pasal highway ni...kalau nak tahu highway Latar ini dari plaza tol Rawang semua sekali ada 3 plaza setiap plaza akan dikenakan RM2 bagi pengguna kenderaan jenis persendirian paling senang nak cerita jenis kereta lah....hu..hu.... jadi dari Rawang ke Kuala Selangor kita akan dikenakan tol sebanyak RM6 (buat masa sekarang ni lah) pergi balik RM12 lah...he..he...ok stop pasal highway Latar ni bukan aku dapat duit pun nak ceta panjang-panjang nak buat apa.
OK sesampai ke Kuala Selagor tempat mula-mula kami kunjungi adalah Bukit Malawati, tempat terletak nya Rumah Api Bukit Malawati. Semasa dalam perjalanan terpandanglah di sebelah kanan bahu jalan satu gerai cendol, tetapi agak unik cendol ini kerana ia cendol bakar emmm....aku bercadang nak singgah waktu balik nanti memandangkan ini jalan yang aku akan gunakan untuk balik..lagi pun aku dah terlepas nak u-turn hu...banyak kereta...jadi terus menuju ke Bukit Malawati.... Sesampai sahaja ke Bukit Malawati terus aku menyuruh si pembuat kek pisang untuk membeli tiket, dewasa RM3 seorang kanak-kanak RM1 seorang . Ini bukan tiket masuk tetapi tiket naik traktor ala-ala kereta api ...nak panjat pakai kaki mahu..terburai isi perut aku nanti......nak cerita panjang tak yah la e....kita layan gambar je lah.....
Rumah Api Bukit Malawati
Aku dan family aku berada di atas Bukit Malawati ni tak lah lama memandangkan matahari panas terik kesian si Muaz ni...merah padam muka macam udang kena salai jadi lepas sesi ambil gambar dan kasi beruk makan kami pun turun....Sebelum operasi jalan-jalan cari makan kami singah sembahyang di masjid Malawati..dekat je sebelah pintu masuk Bukit Malawati.
Setelah selesai kami terus menuju ke arah Tanjung Karang, si pembuat kek pisang memberi cadangan, balik nanti singgah jeti turun ikan untuk membeli ikan. Aku terfikir ada ke bot nelayan petang-petang buta ni menurunkan hasil tangkapan...aku diam je......He.....kami pun start la memandang kanan dan kiri mana-mana ternampak lokasi makan-makan sedap....hu..pertama-tama kali aku terpandang Gerai Cendol Durian Borhan...he..aku pas away cari lagi ha....terpandang pula Warung Ibu (nasi nasi ambeng dan soto) ha.....lapak..lapak.....depan lagi sikit terpandang pula....Gerai Keropok Losong terus aku membelokkan kereta ....capai 2 bungkus, setiap satu bungkus berharga RM5......sempat jugak aku bertanya adik yang menjual keropok ni lokasi sawah padi....tempat biasa orang berlakun drama...nak layan gak berphoto kat kawasan sawah padi......hu....tapi apakan daya padi dah menguning dan di potong jadi tak leh singgahlah... ok terus layan jalan lagi singgah la pulak ke Gerai Warung Ibu...(gerai ni setahu aku dimiliki oleh kawan satu opis aku) punya la glamer gerai ni jam 3 petang sudah habis...em..lain kali saje lah....layan....ha kali ni tak terlepas ....Cendol Durian Borhan...em aku order 5 mangkok cendol durian dan 4 mangkuk mee kari...pada aku cendol to ok lain dari yang lain dan mee kari hu...rasa dah ok....cuma ramai sampai bersesak-sesak menunggu meja....ok lah dapat layan cendol durian Borhan.....kami terus kan perjalanan lagi...ha...dalam jarak lebih kurang 100 m aku terpandang gerai Soto aduh...lupa ambil gambar pemandangan keliling kedai.....cuma yang aku dapat shot semangkuk Soto dan nasi ayam goreng. Kat sini hu...soto nya rasa macam Mak aku buat..dengan bergedel nya cukup sedap.....yam..yam..rasa rugi tak tapau..balik rawang. Jam dah kul 5 anak-anak dah tak larat si kecik pun dah mula buat perangai aku pun menuju pulang........jalan nya jalan perut dah kenyang ada yang dah tidor ...sesampai nya di gerai Cendol Bakar nak singgah tetapi memandang kan budak-budak dah bersidai...kepenatan aku terpaksa lupakan....mungkin akan datang mintak-mintak gerai cendol bakar tu tak tutup....ok lah jom layan gambar.
Makan-makan sekitar Kuala Selangor, Tanjung Karang
Ha...insyaAllah aku dan family aku akan layan Kuala Selangor ni lagi....jalan-jalan cari makan....
~sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan