Selasa, 6 Disember 2011

PMT Jamuan kesyukuran- Hanya kambing menyatukan PMT (kata-kata dari mantan Presiden PMT)


Selasa 6 December, 2011 Hari ini dalam sejarah. Dengan rasa syukur dan bangga, Alhamdulilah akhli-akhli PMT akhirnya dapat dikumpulkan. Majlis yang diadakan dengan bersederhana memandangkan perkumpulan PMT (Penunggang Motosikal Technip) masih baru dan kewujudan perkumpulan ini terujut atas desakkan memperolehi kawasan parking motosikal yang praktikal, berdekatan dengan Wisma Technip dan kekal.

Sekalong penghargaan ditujukan kepada orang kuat PMT ( Encik. Azman Matnoh-Mantan Presiden PMT Lantikan sendiri,  En. Affandi Ahmad-Advisor kiri, En. Zulkefly Kamaruddin-Advisor kanan). Sekalong penghargaan juga ditujukan kepada mereka En. Raja Muhazim Faiz- Selaku pengantara PMT ke DBKL. Akhir sekali sekalong penghargaan kepada akhli-akhli PMT yang berdiri dibelakang bagi memberi sokongan, dan tulang belakang kepada PMT sendiri, dengan berkat usaha mereka sekalian alhamdulilah maka dapat lah kami penunggang-penunggang motosikal Technip parking berdekatan dengan Wisma Technip (opis kamilah).

Sebelum kita menyaksikan detik-detik keshukuran di hari Jamuan kesyukuran PMT kita lihat dan saksikan kembali kronologi penubuhan PMT dan kejayaanya.

Kronologi:- Parking Motosikal Praktikal dan Kekal.

12.9.2011 – Staff Technip menerima e-mail daripada pihak admin berkenaan parking bay yang terletak bersebelahn Wisma Technip akan di pindahkan ke lokasi baru. (Tamat tempoh)

3.10.2011- Admin menerima e-mail pertama dari staff berkaitan lokasi parking yang baru tidak praktikal dan terlalu jauh dari wisma Technip. Diangarkan sejauh 2.5km.

3.10.2011- Cadangan pertama dari Pak Chu bagi menubuhkan satu group bagi berbincang masalah parking.

4.10.2011- E-mail pertama di hantar melalui saudara Meor (selaku pemegang khazanah e-mail-e-mail address warga muslim Technip) e-mail pertama ini adalah bertujuan bagi mengumpulkan tandatangan penunggang2 motosikal yang bersetuju untuk mengerakkan PMT. (Presiden PMT outomatik lantikan sendiri- saudara En. Azman madnoh).
 
7.10.2011- Penyertaan ditutup dengan disertakan seraman 72 orang akhli. Forum dimulakan, cadangan, rasa sedih, kesusahan dan macam-macam rungutan ketidak puas hati ditimbulkan.

14.10.2011- Forum berlalutan sehinggalah Forum ditutup dengan rasminya. Didalam tempoh ini kebanyakkan staf-staf parking motosikal mereka di sebelah Wisma Technip dan dibelah bahu penjalan kaki sehingga lah pihak HSE mengeluarkan e-mail complaint tentang sitiwasi berikut.

18.10.2011- Pak Chu dikejar anjing kerana perking motor baru itu berdekatan dengan rumah anjing tersebut, jadi anjing itu tidak berapa suka dengan kehadiran orang luar dikawansan nya.

PMT- menghantar e-mail kepada HSE dan cc kepada Hj. Shamsul. Menerima riply dari Hj. Samsul mengenai pekara ini akan di rujuk kepada HR manager. HSE reply e-mail mengatakan masalah anjing telah diselesaikan. Keahlian PMT dibuka semula (tarikh tutup 21.10.2011).

19.10.2011- Pwerbincangan PMT bersama VP (Tuan Hj. Suhaimi dan Tuan Hj. Faridon).

24.10.2011- Perbincangan diteruskan lagi. Presiden bersama advisor kanan dan kiri berjumpa Hj. Faridon juga disertai oleh Saudara En. Raja Muhazim.

PMT presiden bersama-sama adviser mengambil gambar plan lokasi dari bangunan berdekatan (Forum condo) bertujuan sebagai cadangan kepada pihak DBKL nanti. Appointment bersama pihak DBKL di atur oleh adviser kanan dan kiri.

27.10.2011- Appointment yang dibuat oleh adviser 2 untuk bertemu pihak DBKL berjaya. PMT menghantar En. Raja Muhazim, En. Shahrul Dan beberapa org lagi utusan PMT ke pejabat DBKL untuk berbincang dengan lebih lanjut. (perutusan ini di hantar oleh Saudara En. Hairi).

Pihak DBKL meminta jumlah sebenar akhli PMT . Rombongan PMT bergegas pulang dan melancarkan e-mail ekspress senggugut bertujuan mengumpul sebanyak mungkin akhli-akhli baru. Setelah ugutan dan hasutan dibuat PMT berjaya mengumpul seramai 210orang ahkli baru dalam masa singkat. Keahlian di tutup secara rasmi sekali lagi.

28.10.2011- Surat dihantar ke DBKL oleh En. Raja Muhazim, Malangnya surat tidak sampai ke pegawai yang terlibat......aduhai kacau.

2.11.2011- En. Raja Muhazim membuat appoinment untuk berjumpa sekali lagi pengarah
DBKL pada 3.11.2011.

3.11.2011- pengarah DBKL bersetuju dengan appoinment maka pihak PMT (konco-konco tuan presiden) bersama En.Raja Muhazim di bawa oleh driver baru 2 hari masuk kerja menuju ke opis DBKL. Pihak DBKL bersetuju untuk memberikan approve InsyaAllah.

Perutusan PMT (konco-konco tuan presiden) serta En.Raja Muhazim pekena roti canai di Restoren Yusuf Haslam sebelum pulang ke opis.

PMT (Konco-konco tuan presiden) bersetuju tidak dimaklumkan dahulu kepada akhli-akhli PMT sehingalah hitam-putih dari pihak DBKL dikeluarkan.Bloger sehastamungkin.blogspot.com menungkilkan kisah ini di laman blogs nya (terus menjadi ofisel media altenatif PMT- lantikan sendiri juga)

PMT- dibubarkan (presiden lucut kan jawatannaya yang dilantik sendiri) Cadangan jamaun keshukuran bagi meraikan kejayaan.

Stiker PMT mula dirangka cetakkan nya.

9.11.2011- Surat kelulusan dari DBKL diterima.
Kejayaan diwar-warkan (media e-mail dan media blogs altenatif -sehastamungkin.blogsport.com) cadangan jamaun kesyukuran dirangka.
  

11.11.2011- Admin manager bengang......(tak tahu kenapa) saudara en. Raja muhazim kena bantai ngan boss beliau...!!!

12.11.2011- Sticker PMT ditempah.


14.11.2011- Petak Motosikal (piano) mula terbentuk. PMT mula parking motosikal.


16.11.2011- Pihak DBKL mula menyambung piono dan kerja-kerja memasang papan tanda (hanya Motosikal sahaja). kereta yang pekak dan buta mula di samana oleh pihak DBKL.


30.11.2011- Gerakkan mengutip wang (untuk Jamuan) secara paksaan dan keikhlasan mula dikutip.

6.12.2011- jamuan makan-makan PMT serta serahan sticker PMT.

Kehadiran memuaskan, walaupun ada akhli-akhli yang berpuasa sunah.
Jamuan cukup hebat 

Manu: Nasi Baryani
Lauk Pauk: Gulai kambing, Ayam masak merah, apalagi aku lupa dah...dan manu utama kambing golek.

Loksi : Condominium forum(betula ke aku eja ni) -bersebelahan Wisma Technip.

VIP jemputan : Tuan Hj. Suhaimi dan lain-lain.


Kutipa derma kilat juga dilakukan bagi membantu adik ? (bagi tujuan kesihatan-nak kena bedah)


Masa: jam 12:00 pm sehingga jam 1:00pm
Begitulah kronologi PMT ini berlangsung demi mendapat Parking motosikal praktikal dan kekal...huh penat menaip.

Jom layan gambar-gambar :-

Kambing goleh menu utama

VIP dan bukan VIP duduk semeja

Sama lah macam diatas to...

Mantan president sibok melayan tetamu

Gambar 3 keping diatas ini ...lantak la ko makan sampai kenyang.

 ~sekian~


 





1 ulasan:

  1. sokongan dari blogger sehasta mungkin amat dihargai...terima kasih admin...

    BalasPadam