Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. DGFE...susah nak diterang kan apa itu DGFE tetapi yang penting DGFE ini dah menjadi bulan dan borakkan aku di opis dan di rumah. Tahun ini DGFE aku alhamdulilah dapat dilaksanakan, si pembuat kek pisang DGFE nya pun aku rasa dah ditunaikan.
HA ...tahun hadapan 2012 apa puak DGFE aku ...aku rasa aku hendak memiliki desktop atau iMac, maklom lah laptop aku ni dah hampir sepuluh tahun aku gunakan dah terkedek-kedek dibuatnya, sungguh bermunafaat acer aspire 5040 ni, Jadi aku nak belilah yang baru, ini bukan untuk aku sahaja kerana memandangkan anak-anak aku yang bersekolah pun dah masuk 2 orang jadi sudah masa nya lah aku mendedah kan mereka dengan IT .....kena ajar benda ini supaya tak ketingalan menongkah arus pemodenan. anak-anak aku lain tak bukan nak main game sampaikan DGFE mereka yang aku tak pernah pikir nak meemiliki nya hu........xbox la....apa lagi, tapi aku diam kan aje tengok lak tahun hadapan macam mana.....itu punkalau markah pereksa 90% ke atas.
Aku baru sebentar menyelak-nyelak 2 brend komputer ini yang satu dari Dell dan yang satu dari iMac. Alang-alang nak pakai lama DGFE lah yang grend sikit, yang pastinya kena lah yang boleh tahan sekurang-kurang nya 10 tahun....mahal beb benda alah ini walau pun boleh beli yang murah tetapi sekejap je punah sama gak ceritanya.
Bab si pembuat kek pisang pulak DGFE nya pelik sikit kalau kebanyak kan bini-bini orang nak gelang kaki macam gelang kaki gajah tetapi lain pulak si dia. Apa yang di DGFE kan hu.........Mesin jahit tepi bertek nologi tinggi. Aku tak faham sangat benda ini jadi aku serahkan pada si dia je lah nak memilih apa kebendanya. Janji aku ada budjet......ye lah benda ini bermunafaat tak salah aku belikan, kalau di minta pingan mangkok color-color ada aku fikir 2, 3 bulan.....nak simpan mana rumah kecik dan bila nya nak guna mangkok-mangko to semua....masa buat kenduri guna polistrin jugak.he..he.....he.....
InsyaAllah semoga DGFE aku dan si pembuat kek pisang aku ni selari dengan kehendak Allah.
~sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan