Ahad, 18 Disember 2011

Persekolahan

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Penggal sekolah 2012 hampir tiba, bagi org seperti aku tentu banyak kemetut dipoket yang harus dikira, baju sekolah, buku-buku latihan dan yuran-yuran sampingan (bas sekolah dan sebagainya). Pada awal cuti persekolah penggal terakhir 2011 sememangnya negara Malaysia kita ini di kejutkan dengan perbelanjaan sekolah percuma yang disalurkan kepada semua pelajar-pelajar sekolah sebanyak RM100, alhamdulilah lah semenjak aku buka mata dan hingga hari ini baru sekarang aku dapat kenal apa itu duit percuma mega...ha..ha. tak yah nak ulas panjang nanti orang kata aku berpolitik pulak. 

Yang aku nak kongsi bersama ni ha.....mengenai perbelanjaan asas dihari-hari pembukaan sekolah penggal baru setiap tahun...hu...mengalah kan orang nak menyambut hari perayaan gamak nya ramai dan sibok di semua gedung-gedung pakaian dan shopping komplek ...begitu juga kedai-kedai kecil disekitar rumah aku ni..tak kesah lah bagi aku. Jadi minggu ini memandang kan persekolah hampir tiba jadi aku dan keluarga aku bershopping sakan membeli persiapan-persiapan persekolahan untuk 2 orang anak bujang aku.

Tahun hadapan anak aku dua orag akan bersekolah kebangsaan hu si abang darjah 2 dan adik darjah 1, si abang tahu hadapan boleh lah pakai pakaian yang mana masih utuh dan baik, dan adik hemmmm semuanya baru. Si adik kali ini aku dah mudah sikit kerana pengalaman si abang semasa awal-awal persekolahan darjah 1, banyak jugak aku membazirkan duit...maklmlah anak pertama bersekolah kebangsaan. 

Bagi aku beli baju sekolah atau baju pakaian lain-lain, aku lebih senang beli yang berqualiti dan tahan lasak, memang yang sebegini harganya mahal sedikit maklumlah aku ni bukan jenis ayah yang rajin nak membeli baju untuk anak-anak , cukup lah setahun 2 kali (hari raya dan buka sekolah), tetapi ketahanan nya bagi aku yang menjadi ukuran, pernah sekali aku beli kasut sekolah dengan harga yang murah hu..tak sampai 3 bulan dah tercabut tapak, berbanding yag aku beli mahal sedikit...memang rosak tapi tak lah sampai tercabut tapak adat la dengan koyak-koyak . Anak-anak aku sememagnya lasak.....kalau disebelah laluan pejalan kaki ada bukit, bukan laluan pejalan kaki itu di gunakan tetapi bukit itu yang di daki...em....anak lelak agaknya perangai aku masa kecil dlu macam gitu kot ....tak tahu lah aku dah lupa.

Buat anak-anak aku selamat menjalanai penggal persekolahan 2012 dengan bersemangat, ayah bukan nak anak-anak ayah dapat nombor 1 atau 2 tetapi cukuplah markah yang baik dan ilmu yang dituntut diamalkan.
~sekian~



2 ulasan:

  1. salam....

    persiapan untuk sesi persekolahan 2012 sangat rancak berjalan..bagi yg ada anak ramai pasati terasa...

    (folo ur blog..nice blog*

    BalasPadam