Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.
Hari Aids sedunia 1 December setiap tahun bagaikan pesta yang diraikan selurh dunia, penuh warna warni dan disertai pelbagai lapisan masyarakat. Sehingga kan mendapat liputan di media-media electronic yang meluas. Di sana sini seluruh dunia penganjur membuka but-but bagi memberi penerangan
kepada orang ramai mengenai apa itu HIV/Aids, bahaya dan cara mengatasinya.
Persoalan nya adakah hari Aids/HIV yang disambut 1 December setiap tahun ini dapat membendung gejala tidak sihat dikalangan masyarakat di dunia dan di Malaysia?. Secara peribadinya aku akan mengatakan "Tentu tidak" Perhatikan gambar-gambar yang aku attach ini langsung tidak mengambarkan bahawa penyakit Aids/HIV ini boleh di hentikan ata di kurangkan. Tentu apabila kita lihat gambar-gambar ini tampa tajuk, kita akan berangapan mereka sedang menyambut hari condom atau sex sedunia.
A man walks past near the AIDS letters, made by condoms, during an AIDS awareness campaign to increase awareness of the sexually-transmitted fatal disease in Seoul, South Korea, Thursday, Dec. 1, 2011. (AP Photo/Lee Jin-man)
Inilah hakikat yang berlaku, adakah keadaan ini juga berlaku dinegara kita Malaysia ini?. Jawapan nya tepuk dada tanya iman. Lihat lah saban hari, saban tahun statistik pembuangan dan kelahiran bayi siluar nikah semangkin meningkat. Ini jumlah yang dapat dikesan yang tidak dapat dikesan....bagai mana?. Aku rasa itu yang opis aku bagi satu
poskat spacel kot...........
Poskad World Aids Day 2010
Mari kita celik kan mata hati kita bersama mengambil tanggungjawab dari kelalayan kita mengejar dunia, pangkat, kuasa dan lain-lain. Yang semua ini akhirnya mengheret dan menjerat kita dengan pelbagai musibah dan masalah sosial. Kembalilah kepada hukum Allah segalanya telah ditetapkan agar kita hidup dengan lebih aman dan tenteram disamping dapat menegakkan kehendak Allah di muka bumi ini.
Mengapa masih sombong, masih lagi mendabik dada bahawa kita lah yang mentadbir dunia ini, sedangkan bukti dan kesan salah laku kita saban hari di zahirkan Allah di hadapan kita.
Aku meulis ni bukan hendak berpolitik tetapi belajar ingat mengingati sesama kita, agar tidak kita tersesat jalan. Mudah-mudahan Allah memberi pertolongan kepada kita dari terus tengelam didalam lumpur nafsu dan syaitan. Tidak kesah lah dari aliran mana asalkan Al-Quran dan Hadis menjadi rujukan penting dalam kehidupan.
Marilah kita bersatu dibawah satu kalimah, dimana kalimah ini lebih berat timbangannya disisi Allah, bukan kalimah yang hanya masyur disisi manusia. Dan akhir sekali diharapkan kita tidak mudah terikut-ikut dengan perangai orang-orang bukan islam yang melampaui batas. Allahualam
~sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan