Jumaat, 30 Disember 2011

Sendiri

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.




Jamal Abdillah
Sendiri

Sendiri
Manempu hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan

( korus )

Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara

Sendiri

Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara




Hanya lirik je....ha....ha....nostalgia Jamal
 

~sekian~



Selasa, 27 Disember 2011

Ini berok ....


Isnin, 26 Disember 2011

Trip Kuala Selangor

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Hari ini sempena cuti ganti bagi perayaan Hari Natal (bagi penganut Kristian) aku turut mengambil peluang untuk membawa ahli keluarga aku mencuci mata dan bertukar selera (makanlah tu). Kali ini kami berkunjung ke Kuala Selangor hu......rasanya aku pernah pergi kuala selangor tapi sekali sahaja. Memandangkan Latar (konsesi lebuh raya) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Kuala selangor telah siap dan hanya mengambil 15 min dari rumah aku jadi ok...lah tak lah jauh sangat. Trip Kuala Selangor ini memang tak dirancang, kerana pada awalnya aku merancang untuk ke Shah Alam dan Klang (sambil-sambil tu nak singgah ke rumah platspender.blogsport) malangnya terpaksa mengubah rancangan kerana tujuan sebenar untuk ke Shah Alam dan Klang tidak dapat dilaksana kerana Cik Ajit dan Mak ngah aku berjalan ke Melaka, itu pun aku dapat khabaran dari facebook mereka pagi ini. tak pa lain kali.....nanti sampai.


Rumah Api Bukit Malawati

Selewat pagi sebelum rancangan diubah aku dan family aku layan roti canai kat Bandar Rawang, Restoran Ali Maju. Di Rawang aku rasalah restoran mamak ni yang agak terbaik...berbandingkan yang lain, bagi aku ok lah untuk nak layan dan teringin nasi kandaq, kalau nak yang lagi best nanti buat trip Penang (InsyaAllah). Meh layan gambar :........

Layan Ali Maju Mamak

Selepas layan Restoran Ali Maju ini aku dan family aku pun naik kereta....ha...baru lah aku dan pembuat kek pisang berbincang nak gi mana, hendak teruskan plan atau nak ubah plan.....sambil memandu menghala ke Kula Lumpur aku terserempak papan tanda Lebuh Raya Latar (Rawang - Kulala Selangor) jadi terus aku membelokkan kereta aku ke arah highway Latar ...hu bedebar jugak hati aku.....ye la ini kali pertama aku layan highway Latar ni....dengan selambanya aku memandu.....Di highway Latar ni permandangan cukup la lawa, hijau....mata memandang, tak tahu la 3 ke 5 tahun akan datang tentu penuh pembangunan kawasan perumahan tak kesah lah nak buat macam mana arus pemodenan. Aku cerita sikit pasal highway ni...kalau nak tahu highway Latar ini dari plaza tol Rawang semua sekali ada 3 plaza setiap plaza akan dikenakan RM2 bagi pengguna kenderaan jenis persendirian paling senang nak cerita jenis kereta lah....hu..hu.... jadi dari Rawang ke Kuala Selangor kita akan dikenakan tol sebanyak RM6 (buat masa sekarang ni lah) pergi balik RM12 lah...he..he...ok stop pasal highway Latar ni bukan aku dapat duit pun nak ceta panjang-panjang nak buat apa.

OK sesampai ke Kuala Selagor tempat mula-mula kami kunjungi adalah Bukit Malawati, tempat terletak nya Rumah Api Bukit Malawati. Semasa dalam perjalanan terpandanglah di sebelah kanan bahu jalan satu gerai cendol, tetapi agak unik cendol ini kerana ia cendol bakar emmm....aku bercadang nak singgah waktu balik nanti memandangkan ini jalan yang aku akan gunakan untuk balik..lagi pun aku dah terlepas nak u-turn hu...banyak kereta...jadi terus menuju ke Bukit Malawati.... Sesampai sahaja ke Bukit Malawati terus aku menyuruh si pembuat kek pisang untuk membeli tiket, dewasa RM3 seorang kanak-kanak RM1 seorang . Ini bukan tiket masuk tetapi tiket naik traktor ala-ala kereta api ...nak panjat pakai kaki mahu..terburai isi perut aku nanti......nak cerita panjang tak yah la e....kita layan gambar je lah.....

Rumah Api Bukit Malawati

Aku dan family aku berada di atas Bukit Malawati ni tak lah lama memandangkan matahari panas terik kesian si Muaz ni...merah padam muka macam udang kena salai jadi lepas sesi ambil gambar dan kasi beruk makan kami pun turun....Sebelum operasi jalan-jalan cari makan kami singah sembahyang di masjid Malawati..dekat je sebelah pintu masuk Bukit Malawati.

Setelah selesai kami terus menuju ke arah Tanjung Karang, si pembuat kek pisang memberi cadangan, balik nanti singgah jeti turun ikan untuk membeli ikan. Aku terfikir ada ke bot nelayan petang-petang buta ni menurunkan hasil tangkapan...aku diam je......He.....kami pun start la memandang kanan dan kiri mana-mana ternampak lokasi makan-makan sedap....hu..pertama-tama kali aku terpandang Gerai Cendol Durian Borhan...he..aku pas away cari lagi ha....terpandang pula Warung Ibu (nasi nasi ambeng dan soto) ha.....lapak..lapak.....depan lagi sikit terpandang pula....Gerai Keropok Losong terus aku membelokkan kereta ....capai 2 bungkus, setiap satu bungkus berharga RM5......sempat jugak aku bertanya adik yang menjual keropok ni lokasi sawah padi....tempat biasa orang berlakun drama...nak layan gak berphoto kat kawasan sawah padi......hu....tapi apakan daya padi dah menguning dan di potong jadi tak leh singgahlah...  ok terus layan jalan lagi singgah la pulak ke Gerai Warung Ibu...(gerai ni setahu aku dimiliki oleh kawan satu opis aku) punya la glamer gerai ni jam 3 petang sudah habis...em..lain kali saje lah....layan....ha kali ni tak terlepas ....Cendol Durian Borhan...em  aku order 5 mangkok cendol durian dan 4 mangkuk mee kari...pada aku cendol to ok lain dari yang lain dan mee kari hu...rasa dah ok....cuma ramai sampai bersesak-sesak menunggu meja....ok lah dapat layan cendol durian Borhan.....kami terus kan perjalanan lagi...ha...dalam jarak lebih kurang 100 m aku terpandang gerai Soto aduh...lupa ambil gambar pemandangan keliling kedai.....cuma yang aku dapat shot semangkuk Soto dan nasi ayam goreng. Kat sini hu...soto nya rasa macam Mak aku buat..dengan bergedel nya cukup sedap.....yam..yam..rasa rugi tak tapau..balik rawang. Jam dah kul 5 anak-anak dah tak larat si kecik pun dah mula buat perangai aku pun menuju pulang........jalan nya jalan perut dah kenyang ada yang dah tidor ...sesampai nya di gerai Cendol Bakar nak singgah tetapi memandang kan budak-budak dah bersidai...kepenatan aku terpaksa lupakan....mungkin akan datang mintak-mintak gerai cendol bakar tu tak tutup....ok lah jom layan gambar.

Makan-makan sekitar Kuala Selangor, Tanjung Karang

Ha...insyaAllah aku dan family aku akan layan Kuala Selangor ni lagi....jalan-jalan cari makan....

~sekian~



Ahad, 25 Disember 2011

DGFE year 2011 - The End

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.  he...he... alhamdulilah dah nak masuk tahun baru 2012, akhirnya dapat jugak komplot-komplot DGFE Camera semi-DSLR mengakhiri DGFE nya, Terakhir pencetus DGFE Su (pleatspender) mengakhiri DGFE nya pada hari Jumaat bersama wife nya, aku cukup terharu kerana, diakhir-akhir pencapayan DGFE beliau mendapat kemalangan ketika bersukan...jadi bertongkat lah ke kedai tony...tak dapat lah merakam komplot-komplot DGFE camera G12 ni berkumpul. Walau bagai mana pun aku sebagai tukang racun mengucap kan taniah kepada komplot DGFE G12. Buat Su....kami tunggu kehadiran anda di opis bersama gambar-gambar menarik..ha....ha....

Dan pesan aku buar beberapa komplot DGFE G12- Bersabar lah untuk menghasik kan gambar yang menarik.

Cerita pasal DGFE member-member, aku pun baru mendapat kan DGFE aku hari ini. Ah biasa je...tak lah sehebat komplot DGFE G12. Tapi bermakna jugak lah bagi aku setelah bertahun aku idamkan, Alhamdulilah rezeki nya hari ini. Lihat lah gambar dibawah ni DGFE aku...ade sale beli lah kalau tak..lalu depan kedai je lah.......



~sekian~




Sabtu, 24 Disember 2011

Kruk!..kruk!..kruk!...

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Hujung tahun kebiasaannya banyak syarikat-syarikat yang memberi bonus kepada pekerja-pekerjanya, jadi ringanlah sikit beban pekerja-pekerja yang mendapat bonus dan memiliki ahli keluarga yang ramai, mau taknya akhir tahu dah nak habis masuk pula tahun bahru. Tahun baru ini pula adalah hari pertama sesi persekolahan jadi banyak duit nak di laburkan, beli pakaian sekolah, buku-buku kerja, yuran bas sekolah dan gamaknya banyak lah yuran-yuran yang tak disangka tiba-tiba muncul pada awal sesi persekolahan.



Aku biasalah seperti post aku sebelum ini bertajuk "persekolahan" ha..itu baru sikit je ......ni dah dapat bonus ni nak kira pulak fee bas sekolah dan yuran lain-lain lagi. ha.....tujuan asal aku tulis post malam ni bukan nak cerita pasal sesi awal penggal persekolahan tetapi pasal kruk!.....kruk!......kepala tengok dalam ATM mesin alamak banyaknya kena potong duit gaji aku ni......ha...nak tahu kenapa. Ni semua gara-gara potongan cukai berjadual. Aku tak kisahlah pasal membayar cukai ni tapi yang aku kisah ....nya teruk-teruk bayar cukai....tapi...."Lembu punya susu Sapi dapat nama" ........(PROJEK KERAJAAN _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _)  em.......jalan raya, sekolah dan lain-lain agaknya duit-duit cukai rakyat Malaysia ni gi mana ek.....?

~sekian~

Rabu, 21 Disember 2011

Akhirnya G12

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Besok adalah hari yang dinanti-nanti oleh beberapa orang member opis aku dan beberapa geng komplot bloger opis aku, hari dimana DGFE camera semi-DSLR yang di idam-idam kan insyaAllah akan diperolehi. Dah ber koyan-koyan membahaskan kebaikan keburukan tentang camera G12. 

Sebelum G12 ini di idamkan ramai yang mengharapkan camera lens boleh tukar, antaranya model lumix GF2. Tetapi aku yang meracun agar G12 di review jugak. Dan setelah komplot-komplot DGFE camera ini tengok dan rasakan sendiri reka bentuk G12 baru lah mereka bersetuju untuk memilikinya. Lagi pun Canon G12 ini telah terbukti dapat menghasilkan quality gambar mirip DSLR malaupun G12 ini adalah diketagorikan sebagai compak, tetapi compak yang mempunyai ciri-ciri semi-DSLR.

Nak kenal komplot DGFE boleh melawat blog di list link member-member.

Tahniah komplot DGFE camera semi-DSLR aku ucapkan dan aku harap selepas ini mereka dapat lah mempamirkan hasil-hasil shot yang menarik, jangan beli pas tu simpan.


~sekian~


Ahad, 18 Disember 2011

Persekolahan

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Penggal sekolah 2012 hampir tiba, bagi org seperti aku tentu banyak kemetut dipoket yang harus dikira, baju sekolah, buku-buku latihan dan yuran-yuran sampingan (bas sekolah dan sebagainya). Pada awal cuti persekolah penggal terakhir 2011 sememangnya negara Malaysia kita ini di kejutkan dengan perbelanjaan sekolah percuma yang disalurkan kepada semua pelajar-pelajar sekolah sebanyak RM100, alhamdulilah lah semenjak aku buka mata dan hingga hari ini baru sekarang aku dapat kenal apa itu duit percuma mega...ha..ha. tak yah nak ulas panjang nanti orang kata aku berpolitik pulak. 

Yang aku nak kongsi bersama ni ha.....mengenai perbelanjaan asas dihari-hari pembukaan sekolah penggal baru setiap tahun...hu...mengalah kan orang nak menyambut hari perayaan gamak nya ramai dan sibok di semua gedung-gedung pakaian dan shopping komplek ...begitu juga kedai-kedai kecil disekitar rumah aku ni..tak kesah lah bagi aku. Jadi minggu ini memandang kan persekolah hampir tiba jadi aku dan keluarga aku bershopping sakan membeli persiapan-persiapan persekolahan untuk 2 orang anak bujang aku.

Tahun hadapan anak aku dua orag akan bersekolah kebangsaan hu si abang darjah 2 dan adik darjah 1, si abang tahu hadapan boleh lah pakai pakaian yang mana masih utuh dan baik, dan adik hemmmm semuanya baru. Si adik kali ini aku dah mudah sikit kerana pengalaman si abang semasa awal-awal persekolahan darjah 1, banyak jugak aku membazirkan duit...maklmlah anak pertama bersekolah kebangsaan. 

Bagi aku beli baju sekolah atau baju pakaian lain-lain, aku lebih senang beli yang berqualiti dan tahan lasak, memang yang sebegini harganya mahal sedikit maklumlah aku ni bukan jenis ayah yang rajin nak membeli baju untuk anak-anak , cukup lah setahun 2 kali (hari raya dan buka sekolah), tetapi ketahanan nya bagi aku yang menjadi ukuran, pernah sekali aku beli kasut sekolah dengan harga yang murah hu..tak sampai 3 bulan dah tercabut tapak, berbanding yag aku beli mahal sedikit...memang rosak tapi tak lah sampai tercabut tapak adat la dengan koyak-koyak . Anak-anak aku sememagnya lasak.....kalau disebelah laluan pejalan kaki ada bukit, bukan laluan pejalan kaki itu di gunakan tetapi bukit itu yang di daki...em....anak lelak agaknya perangai aku masa kecil dlu macam gitu kot ....tak tahu lah aku dah lupa.

Buat anak-anak aku selamat menjalanai penggal persekolahan 2012 dengan bersemangat, ayah bukan nak anak-anak ayah dapat nombor 1 atau 2 tetapi cukuplah markah yang baik dan ilmu yang dituntut diamalkan.
~sekian~



Khamis, 15 Disember 2011

Next Year DGFE

 Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. DGFE...susah nak diterang kan apa itu DGFE tetapi yang penting DGFE ini dah menjadi bulan dan borakkan aku di opis dan di rumah. Tahun ini DGFE aku alhamdulilah dapat dilaksanakan, si pembuat kek pisang DGFE nya pun aku rasa dah ditunaikan.




HA ...tahun hadapan 2012 apa puak DGFE aku ...aku rasa aku hendak memiliki desktop atau iMac, maklom lah laptop aku ni dah hampir sepuluh tahun aku gunakan dah terkedek-kedek dibuatnya, sungguh bermunafaat acer aspire 5040 ni, Jadi aku nak belilah yang baru, ini bukan untuk aku sahaja kerana memandangkan anak-anak aku yang bersekolah pun dah masuk 2 orang jadi sudah masa nya lah aku mendedah kan mereka dengan IT .....kena ajar benda ini supaya tak ketingalan menongkah arus pemodenan. anak-anak aku lain tak bukan nak main game sampaikan DGFE mereka yang aku tak pernah pikir nak meemiliki nya hu........xbox la....apa lagi, tapi aku diam kan aje tengok lak tahun hadapan macam mana.....itu punkalau markah pereksa 90% ke atas.



Aku baru sebentar menyelak-nyelak 2 brend komputer ini yang satu dari Dell dan yang satu dari iMac. Alang-alang nak pakai lama DGFE lah yang grend sikit, yang pastinya kena lah yang boleh tahan sekurang-kurang nya 10 tahun....mahal beb benda alah ini walau pun boleh beli yang murah tetapi sekejap je punah sama gak ceritanya. 



Bab si pembuat kek pisang pulak DGFE nya pelik sikit kalau kebanyak kan bini-bini orang nak gelang kaki macam gelang kaki gajah tetapi lain pulak si dia. Apa yang di DGFE kan hu.........Mesin jahit tepi bertek nologi tinggi. Aku tak faham sangat benda ini jadi aku serahkan pada si dia je lah nak memilih apa kebendanya. Janji aku ada budjet......ye lah benda ini bermunafaat tak salah aku belikan, kalau di minta pingan mangkok color-color ada aku fikir 2, 3 bulan.....nak simpan mana rumah kecik dan bila nya nak guna mangkok-mangko to semua....masa buat kenduri guna polistrin jugak.he..he.....he.....




InsyaAllah semoga DGFE aku dan si pembuat kek pisang aku ni selari dengan kehendak Allah.

~sekian~




Pecah rumah bersiri

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Apa lah ...aku baru je dapat mood yang agak selesa malam ini, lepak-lepak dengan kontrektor rumah aku sambil minum nes-o kat keda mamak, balik je kerumah borak dengan jiran depan rumah aku terus aku dikejutkan dengan news yang perkabaran macam hampeh....ye la jiran depan rumah aku atas bawah rumah mereka di pecah masuk siap kena potong grill lagi....aduh apa punya melaon la...siang-siang hari dok memecah rumah orang, bukan nya dapat sampai beribu-ribu ringit pun. Aku difaham kan barang yang sempat di tibai adalah koman-koman laptop, barangan kemas 2-3 biji cincin dan camera. Alhamdulilah ikan kelisa dia tak ambil aku rasa perompak to bodoh agak nya yang mahal tu ikan kelisa bukan lapto dan lain-lain, aku pun tak mampu nak beli ikan kelisa sebesar 3 inci.......tak kesah lah.

Yang aku kesah sekang ni....dan meremang bulu roma aku tak tahulah rumah siapa pulak, memang di kawasan perumahan aku ni sebelum kejadian ni dah berdesis-desis orang nak ambil pak gat tapi mahal beb sebulan kena topap ...lagi pun tak ramai yang menyokong. 

Berbalik kesah perompak macam haram ni aku nasihatkan kembalilah kepada tuhan...kalau ko orang islam buat-buat la bertaubat dan kalau bukan hentikan lah buat cara agama ko lah.......nak salah kan orang itu orang ini pun tak boleh, ia la rambut sama hitam hati lain-lain.

~sekian~

Selasa, 13 Disember 2011

Selamat Pengantin Baru

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.


Selamat Pengantin Baru...buat adik aku Nur Amirah dan suami nya Ahmadan. Alhamdulilah acara penikahan berlangsung pada malam ahad 10/12/2011 waktu gerhana bulan. Tak banyak aku nak mengulas pasal majlis pernikahan dan kenduri kendara hari ini...tak tahu lah, mungkin dalam kepala aku ni sedang memikirkan kenapalah lembab sangat 3G brod-bended ni " Macam haram" kata liputan meluas..... tengok lah nanti cukup setahun aku campak Celcom brod-banded ni kat semak tepi rumah aku yang dah terang dibelasah geng veteran menanam jagung.  Hai aku duduk terang benderang ni dah macam superman dah...ha...ha....

~selesai~

Isnin, 12 Disember 2011

Meletop keba.....bom.....(siapa sangka)

  Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.

 Lega rasanya cik puan Norliza dah tamat kan zaman DGFE nya. Mana tak naya bila puan ni balaik bercuti dengan family beliau mesti kita orang yang baik hati ini dok complane gambar-gambar yang diambil... Tetapi pada hari khamis 8 dec 2011 adalah...hari yang ditunggu-tunggu...tup..tup meletup ........apa tidaknya cik puan ni .....beli camera baru model canan DSLR 1100D. Tahniah lepas ni gambar kalau tak cantik gak...boleh jual degan member-member harga murah-muarah...he..he....jangan marah. 

 Aku lah jandi mangsa puan kita ni...diheret nya aku gi BB plaza .....hu tak pa ....aku dah berjaya meracun sorang lagi member yang suka tengok gambar cantik-cantik...nasihat aku pada puan liza n ..belajar lah tengok gambar orang lain...yang supeb bio gambar kita pun supeb.

~sekian~



Selasa, 6 Disember 2011

PMT Jamuan kesyukuran- Hanya kambing menyatukan PMT (kata-kata dari mantan Presiden PMT)


Selasa 6 December, 2011 Hari ini dalam sejarah. Dengan rasa syukur dan bangga, Alhamdulilah akhli-akhli PMT akhirnya dapat dikumpulkan. Majlis yang diadakan dengan bersederhana memandangkan perkumpulan PMT (Penunggang Motosikal Technip) masih baru dan kewujudan perkumpulan ini terujut atas desakkan memperolehi kawasan parking motosikal yang praktikal, berdekatan dengan Wisma Technip dan kekal.

Sekalong penghargaan ditujukan kepada orang kuat PMT ( Encik. Azman Matnoh-Mantan Presiden PMT Lantikan sendiri,  En. Affandi Ahmad-Advisor kiri, En. Zulkefly Kamaruddin-Advisor kanan). Sekalong penghargaan juga ditujukan kepada mereka En. Raja Muhazim Faiz- Selaku pengantara PMT ke DBKL. Akhir sekali sekalong penghargaan kepada akhli-akhli PMT yang berdiri dibelakang bagi memberi sokongan, dan tulang belakang kepada PMT sendiri, dengan berkat usaha mereka sekalian alhamdulilah maka dapat lah kami penunggang-penunggang motosikal Technip parking berdekatan dengan Wisma Technip (opis kamilah).

Sebelum kita menyaksikan detik-detik keshukuran di hari Jamuan kesyukuran PMT kita lihat dan saksikan kembali kronologi penubuhan PMT dan kejayaanya.

Kronologi:- Parking Motosikal Praktikal dan Kekal.

12.9.2011 – Staff Technip menerima e-mail daripada pihak admin berkenaan parking bay yang terletak bersebelahn Wisma Technip akan di pindahkan ke lokasi baru. (Tamat tempoh)

3.10.2011- Admin menerima e-mail pertama dari staff berkaitan lokasi parking yang baru tidak praktikal dan terlalu jauh dari wisma Technip. Diangarkan sejauh 2.5km.

3.10.2011- Cadangan pertama dari Pak Chu bagi menubuhkan satu group bagi berbincang masalah parking.

4.10.2011- E-mail pertama di hantar melalui saudara Meor (selaku pemegang khazanah e-mail-e-mail address warga muslim Technip) e-mail pertama ini adalah bertujuan bagi mengumpulkan tandatangan penunggang2 motosikal yang bersetuju untuk mengerakkan PMT. (Presiden PMT outomatik lantikan sendiri- saudara En. Azman madnoh).
 
7.10.2011- Penyertaan ditutup dengan disertakan seraman 72 orang akhli. Forum dimulakan, cadangan, rasa sedih, kesusahan dan macam-macam rungutan ketidak puas hati ditimbulkan.

14.10.2011- Forum berlalutan sehinggalah Forum ditutup dengan rasminya. Didalam tempoh ini kebanyakkan staf-staf parking motosikal mereka di sebelah Wisma Technip dan dibelah bahu penjalan kaki sehingga lah pihak HSE mengeluarkan e-mail complaint tentang sitiwasi berikut.

18.10.2011- Pak Chu dikejar anjing kerana perking motor baru itu berdekatan dengan rumah anjing tersebut, jadi anjing itu tidak berapa suka dengan kehadiran orang luar dikawansan nya.

PMT- menghantar e-mail kepada HSE dan cc kepada Hj. Shamsul. Menerima riply dari Hj. Samsul mengenai pekara ini akan di rujuk kepada HR manager. HSE reply e-mail mengatakan masalah anjing telah diselesaikan. Keahlian PMT dibuka semula (tarikh tutup 21.10.2011).

19.10.2011- Pwerbincangan PMT bersama VP (Tuan Hj. Suhaimi dan Tuan Hj. Faridon).

24.10.2011- Perbincangan diteruskan lagi. Presiden bersama advisor kanan dan kiri berjumpa Hj. Faridon juga disertai oleh Saudara En. Raja Muhazim.

PMT presiden bersama-sama adviser mengambil gambar plan lokasi dari bangunan berdekatan (Forum condo) bertujuan sebagai cadangan kepada pihak DBKL nanti. Appointment bersama pihak DBKL di atur oleh adviser kanan dan kiri.

27.10.2011- Appointment yang dibuat oleh adviser 2 untuk bertemu pihak DBKL berjaya. PMT menghantar En. Raja Muhazim, En. Shahrul Dan beberapa org lagi utusan PMT ke pejabat DBKL untuk berbincang dengan lebih lanjut. (perutusan ini di hantar oleh Saudara En. Hairi).

Pihak DBKL meminta jumlah sebenar akhli PMT . Rombongan PMT bergegas pulang dan melancarkan e-mail ekspress senggugut bertujuan mengumpul sebanyak mungkin akhli-akhli baru. Setelah ugutan dan hasutan dibuat PMT berjaya mengumpul seramai 210orang ahkli baru dalam masa singkat. Keahlian di tutup secara rasmi sekali lagi.

28.10.2011- Surat dihantar ke DBKL oleh En. Raja Muhazim, Malangnya surat tidak sampai ke pegawai yang terlibat......aduhai kacau.

2.11.2011- En. Raja Muhazim membuat appoinment untuk berjumpa sekali lagi pengarah
DBKL pada 3.11.2011.

3.11.2011- pengarah DBKL bersetuju dengan appoinment maka pihak PMT (konco-konco tuan presiden) bersama En.Raja Muhazim di bawa oleh driver baru 2 hari masuk kerja menuju ke opis DBKL. Pihak DBKL bersetuju untuk memberikan approve InsyaAllah.

Perutusan PMT (konco-konco tuan presiden) serta En.Raja Muhazim pekena roti canai di Restoren Yusuf Haslam sebelum pulang ke opis.

PMT (Konco-konco tuan presiden) bersetuju tidak dimaklumkan dahulu kepada akhli-akhli PMT sehingalah hitam-putih dari pihak DBKL dikeluarkan.Bloger sehastamungkin.blogspot.com menungkilkan kisah ini di laman blogs nya (terus menjadi ofisel media altenatif PMT- lantikan sendiri juga)

PMT- dibubarkan (presiden lucut kan jawatannaya yang dilantik sendiri) Cadangan jamaun keshukuran bagi meraikan kejayaan.

Stiker PMT mula dirangka cetakkan nya.

9.11.2011- Surat kelulusan dari DBKL diterima.
Kejayaan diwar-warkan (media e-mail dan media blogs altenatif -sehastamungkin.blogsport.com) cadangan jamaun kesyukuran dirangka.
  

11.11.2011- Admin manager bengang......(tak tahu kenapa) saudara en. Raja muhazim kena bantai ngan boss beliau...!!!

12.11.2011- Sticker PMT ditempah.


14.11.2011- Petak Motosikal (piano) mula terbentuk. PMT mula parking motosikal.


16.11.2011- Pihak DBKL mula menyambung piono dan kerja-kerja memasang papan tanda (hanya Motosikal sahaja). kereta yang pekak dan buta mula di samana oleh pihak DBKL.


30.11.2011- Gerakkan mengutip wang (untuk Jamuan) secara paksaan dan keikhlasan mula dikutip.

6.12.2011- jamuan makan-makan PMT serta serahan sticker PMT.

Kehadiran memuaskan, walaupun ada akhli-akhli yang berpuasa sunah.
Jamuan cukup hebat 

Manu: Nasi Baryani
Lauk Pauk: Gulai kambing, Ayam masak merah, apalagi aku lupa dah...dan manu utama kambing golek.

Loksi : Condominium forum(betula ke aku eja ni) -bersebelahan Wisma Technip.

VIP jemputan : Tuan Hj. Suhaimi dan lain-lain.


Kutipa derma kilat juga dilakukan bagi membantu adik ? (bagi tujuan kesihatan-nak kena bedah)


Masa: jam 12:00 pm sehingga jam 1:00pm
Begitulah kronologi PMT ini berlangsung demi mendapat Parking motosikal praktikal dan kekal...huh penat menaip.

Jom layan gambar-gambar :-

Kambing goleh menu utama

VIP dan bukan VIP duduk semeja

Sama lah macam diatas to...

Mantan president sibok melayan tetamu

Gambar 3 keping diatas ini ...lantak la ko makan sampai kenyang.

 ~sekian~


 





Isnin, 5 Disember 2011

1st December World Aids Day 2011 atau ?

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.

Hari Aids sedunia 1 December setiap tahun bagaikan pesta yang diraikan selurh dunia, penuh warna warni dan disertai pelbagai lapisan masyarakat. Sehingga kan mendapat liputan di media-media electronic yang meluas. Di sana sini seluruh dunia penganjur membuka but-but bagi memberi penerangan kepada orang ramai mengenai apa itu HIV/Aids, bahaya dan cara mengatasinya.

Persoalan nya adakah hari Aids/HIV yang disambut 1 December setiap tahun ini dapat membendung gejala tidak sihat dikalangan masyarakat di dunia dan di Malaysia?. Secara peribadinya aku akan mengatakan "Tentu tidak" Perhatikan gambar-gambar yang aku attach ini langsung tidak mengambarkan bahawa penyakit Aids/HIV ini boleh di hentikan ata di kurangkan. Tentu apabila kita lihat gambar-gambar ini tampa tajuk, kita akan berangapan mereka sedang menyambut hari condom atau sex sedunia.





A man walks past near the AIDS letters, made by condoms, during an AIDS awareness campaign to increase awareness of the sexually-transmitted fatal disease in Seoul, South Korea, Thursday, Dec. 1, 2011. (AP Photo/Lee Jin-man) 

  
A man displays condoms marking the International AIDS day in capital Pristina, Kosovo on Thursday, Dec. 1, 2011. According to a U.N. report released on the eve of World AIDS Day, funding for HIV programs dropped from $15.9 billion in 2009 to $15 billion in 2010, well below the estimated $22 billion to $24 billion the U.N. says is needed in 2015 for a comprehensive global response. ( AP Photo / Visar Kryeziu )

Romanian medical students dance during a flash mob event to raise awareness to the risk of being infected with the HIV virus, at the main railway station in Bucharest, Romania, Wednesday, Nov. 30, 2011, one day ahead of World AIDS Day on Dec. 1. AP / Vadim Ghirda

Inilah hakikat yang berlaku, adakah keadaan ini juga berlaku dinegara kita Malaysia ini?. Jawapan nya tepuk dada tanya iman. Lihat lah saban hari, saban tahun statistik pembuangan dan kelahiran bayi siluar nikah semangkin meningkat. Ini jumlah yang dapat dikesan yang tidak dapat dikesan....bagai mana?. Aku rasa itu yang opis aku bagi satu poskat spacel kot...........

 


Poskad World Aids Day 2010

Mari kita celik kan mata hati kita bersama mengambil tanggungjawab dari kelalayan kita mengejar dunia, pangkat, kuasa dan lain-lain. Yang semua ini akhirnya mengheret dan menjerat kita dengan pelbagai musibah dan masalah sosial. Kembalilah kepada hukum Allah segalanya telah ditetapkan agar kita hidup dengan lebih aman dan tenteram disamping dapat menegakkan kehendak Allah di muka bumi ini.

Mengapa masih sombong, masih lagi mendabik dada bahawa kita lah yang mentadbir dunia ini, sedangkan bukti dan kesan salah laku kita saban hari di zahirkan Allah di hadapan kita.

Aku meulis ni bukan hendak berpolitik tetapi belajar ingat mengingati sesama kita, agar tidak kita tersesat jalan. Mudah-mudahan Allah memberi pertolongan kepada kita dari terus tengelam didalam lumpur nafsu dan syaitan. Tidak kesah lah dari aliran mana asalkan Al-Quran dan Hadis menjadi rujukan penting dalam kehidupan.

Marilah kita bersatu dibawah satu kalimah, dimana kalimah ini lebih berat timbangannya disisi Allah, bukan kalimah yang hanya masyur disisi manusia. Dan akhir sekali diharapkan kita tidak mudah terikut-ikut dengan perangai orang-orang bukan islam yang melampaui batas. Allahualam


~sekian~