Jumaat, 30 September 2011

Prihal opis aku........KLOC FLNG Project

Dijaya Office, floor 16||20 Sept 2011

Khamis, 29 September 2011

Cerita masa dulu..ha..ha....masa dah berlalu (sambungan)

Berjumpa lagi dalam tajuk ....(Cerita masa dulu..ha..ha....masa dah berlalu) ini. Ada 2 3 lagi game yang aku layan gila masa bujang dulu ..tapi tak ingat. yang aku ingat aku dah pun jumpa dia nya print scrn2 dia diantaranya Swat, Deadly dozen, dan ada satu ada persamaan dengan saving private ryan ....nama game dia aku lupa. ha yang paling aku gila WW2 Combat flight simulator....hu yang ni sampai berjam2 aku layan depan pc...

Masa zaman tu ada sebuah bilik stor kecik je lebih kurang 2m/2 macam tu besar nya muat lah sebuah meja komputer dan kerusi dan sebuah kipas dinding penyejuk badan aku ....ha..ha..... Lepas je balik kerja kalau tak de cklas lah aku duduk dalam bilik tu sampai la pakcik aku pangil gi makan. He...kekadang pakcik aku leka gak sampai dah nak tengah malam baru kami gi makan, apa tak nya dalam bilik pakcik aku ada gak sebuah pc dia punya lah.....dan sebuah lagi milik house mat aku....ajip ha..ha.... kami kalau ada serumah jawabnya memang tak gi makan lah. Nak tahu kenapa he..he.. aku rasa lah zaman aku ni kat taman aku ...rumah kami je lah yang ala siber cafe siap dengan home networking lagi.....cuma internet je tak de...ha..ha...zaman dial-up. Lagi pun kami dah apply tapi TM kata interface kad tak cukup...... Pernah sekali aku tak ingat jam berapa, rasanya dalam jam 12.45 malam tengah shok2 main jiran sebelah ketuk pintu, pada mulanya kami semua tak perasan ...pakcik aku yang perasan semasa dia nak gi minum air kat dapur....hu..hu.... Apalagi jiran sebelah komplane dia tak leh tido sebab bunyi dentuman kuat sangat.. alahai pak cik mintak maaf lah kami tak perasan yang spiker komputer kami ni kuat ia lah tak sedap main game dengan spiker kecik .....kena lah guna spiker yang siap dengan sapwofer.... alhamdulilah pak cik tak call polis kalau tak tido balai lah kami.heee........

Ni lah dia cerita zaman bujang2 aku sebab tu lah aku cakap buka best sangat pun tapi bermakna sikit lah buat aku. Bila dah berkahwin kadang2 je layan pc game lagi pun sekarang ni susah nak cari game pc kat pasar malam...... dulu boleh lah 3 Rm10.


Macam tu lah ceritanya aku dengan aplikasi vedio game ni........sekarang ni kalau anak2 aku nak main game PC he..he....kekadang malu gak aku nak larang ialah bapak dia hu...hantu game...... apa2 pun solat dan pastikan home work siap dulu baru main game ..k anak2.

Rabu, 28 September 2011

Cerita masa dulu..ha..ha....masa dah berlalu

Cerita aku dulu2 memang tak berapa best, tapi bagi aku ianya sangat menarik dan kelakar kalau di ingat2 kan kembali. Masa itu aku baru saja berkerja disebuah syarikat industri pembuatan suasta Onkyo (shah Alam) nama com ni sebelum diambil alih oleh Onkyo ni au dah lupa dah...tapi yang menarik com ni masa aku baru berkerja .. semua stafnya pakai baju uniform warna putih siap dengan hood kat bahu berwarna warni tanda pangkat. Aku masa itu pakai hood warna coklat ... sebagai Technician di jabatan R&D. Dengar macam grand ha...ha.. tapi gaji cukup lah aku sorang.

Masih ingat lagi aku ...sambil bekerja aku sambung belajar part-time kat PTPL shah alam. Diploma Tec-Computer. Kat sini lah aku kenal komputer seadanya sampai ke dos system aku boleh bukak dan run virus. Itu belum lagi dengan pengatucaraan C dan lain2. Tapi semua aku dah lupa sekarang ni.....

Aku buka nak cerita apa yang aku type kat atas sebenarnya, tapi aku nak cerita hobi aku masa zaman itu. Ha dengan beberlanjakan tak silap aku RM1700 aku miliki computer yang paling murah aku dan member aku clon sendiri..he...he.. org IT namanaya. Ha dengan computer yang tak berkulit ni lah aku membuat kerja..kuliaha kau dan yang paling best masa free time..ha..ha.. apa ko rang nak tahu ....apalagi GAME la..... first game aku Transport tycoon. Hu.. memang best game ni walau pun nampak bodoh je...tapi aku suka game yang memerlukan perancagan dan staratiji jadi tak lah bodoh sangat bagi aku ..dan game yang kedua ala....apa nama dia ..aku lupa yang aku ingat game ni aku dapat game percubaan dalam majalah PC pas tu tak puas hati cari kat pasar malam full version dia...hu lagi tak tidur malam aku dibuatnya.

Transport tycoon

Bersambung nanti malas pulak aku nak menaip....sabar ya....

Rabu, 21 September 2011

Rumah Kontena......|V

LinkApa itu kontena
Kontena atau peti pengangkutan ialah unit simpanan boleh guna semula yang digunakan untuk mengangkut barangan dan bahan mentah antara kawasan atau negara. Kontena yang dibuat mengikut spesifikasi ISO dirujuk sebagai "kontena ISO" manakala "kontena kiub tinggi" merujuk kepada kontena yang lebih tinggi dari saiz normal. Terdapat lebih kurang 17 juta kontena di dunia dan sebahagian besar perdagangan antarabangsa adalah melalui pengangkutan jarak jauh yang menggunakan kontena.


Sistem pengkontenaan dibangunkan dari reka bentuk satu kiub 8 kaki (2.44 m×2.44 m×2.44 m) yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat yang kemudiannya dipiawaikan kepada panjang 10 kaki (3.05 m), 20 kaki (6.10 m), dan 40 kaki (12.19 m). Terdapat juga reka bentuk yang lebih panjang, tinggi dan lebar yang banyak digunakan di seluruh dunia.
Pelbagai variasi kontena wujud untuk jenis kargo yang berbeza. Kaedah pengangkutan yang tidak menggunakan kontena termasuklah kargo pukal, kargo pukal cerai, dan tangki yang digunakan untuk cecair. Untuk penghantaran udara, ULD (Unit Load Device) yang lebih ringan yang ditetapkan oleh IATA akan digunakan

Perihal

Sebuah kontena biasa mempunyai pintu di belakangnya dan dibuat dari keluli luluhawa yang dibentuk menjadi permukaan yang berombak,. Saiz piawai asalnya ialah 8 kaki (2,438 mm) lebar, 8 kaki (2,438 mm) tinggi dan 20 kaki (6,096 mm) atau 40 kaki (12,192 mm) panjang dan boleh ditindan sehingga tujuh unit dalam satu tindanan.

Unit yang lebih tinggi telah diperkenalkan termasuk unit "kiub tinggi" yang tingginya 9 kaki 6 inci.

Amerika Syarikat sering menggunakan unit yang lebih panjang seperti 48 kaki (14.63) dan 53 kaki (16.15 m). Beberapa negara Eropah kadang-kadang menggunakan unit yang 2 inci lebih lebar pada 8 kaki 2.4 inci (2.5 m) untuk disesuaikan dengan palet piawai Eropah.[3] Kontena buatan Australia iaitu RACE juga lebih lebar untuk disesuaikan dengan palet piawai Australia.

Unit jenis tukar badan (Swap body) yang lebih ringan memiliki lubang kunci seperti kontena biasa, tetapi terdapat kaki boleh lipat di bawahnya untuk memudahkannya dialihkan antara trak tanpa menggunakan kren.

Setiap kontena ditandakan dengan tanda piawai ISO 6346 (kod pemilikan) 4 susunan huruf yang diakhiri dengan huruf U, diikuti dengan 6 nombor dan satu digit semak.

Kapasiti kontena sering dinyatakan dalam "unit bersamaan dua puluh kaki" ("TEU" atau teu), yang bersamaan dengan saiz piawai sebuah kontena 20 kaki (panjang) × 8 kaki (lebar). Sebagai satu unit anggaran, ketinggian kontena tidak diambil kira, contohnya sebuah kontena 20 kaki kiub tinggi yang tingginya 9 kaki 6 inci (2.90 m) dan kontena separuh tinggi yang tingginya 4 kaki 3 inci (1.30 m) juga dikira sebagai satu TEU. Begitu juga dengan kontena 45 kaki panjang yang dikira sebagai 2 TEU walaupun saiznya lebih besar dari 2 TEU. Dua TEU bersamaan dengan "unit bersamaan empat puluh kaki" (FEU)

Kontena juga digunakan untuk membina bangunan dan untuk menyimpan pusat data komputer yang besar.

Jenis

Terdapat beberapa variasi kontena untuk jenis kargo yang berlainan seperti kontena pendingin untuk kargo mudah rosak, tangki untuk cecair, unit buka atas untuk muatan tinggi, dan kontena boleh lipat. Terdapat juga kontena pembawa arang batu, dan "gerabak sampah" (bin-liners) (kontena yang direka untuk mengangkut sampah melalui jalan/landasan keretapi dari bandar ke pusat kitar semula atau tapak buangan dengan efisyen) yang digunakan di Eropah.

Jenis kontena:

  • ISO boleh lipat (Collapsible ISO)
  • Kontena rak rata boleh lipat (flushfolding flat-rack containers) untuk barangan berat, barangan pukal separa siap, dan kargo luar saiz (out of gauge) (lebih besar, lebih lebar, lebih panjang).
  • Kontena tangki gas
  • Kontena penjana
  • Kontena van kering (dry van) kegunaan umum untuk kotak, karton, bekas, guni, bandela, palet dan tong.
  • Kontena palet lebar kiub tinggi (high cube palletwide) untuk palet EURO.
  • Kontena penebat
  • Kontena pendingin untuk barangan mudah rosak
  • Kontena pukal (bulktainers) buka atas untuk mineral pukal dan mesin berat.
  • Kontena buka tepi untuk palet luar saiz.
  • Pelantar atau bantalan untuk tong, dram kabel, kargo luar saiz, mesin, dan balak
  • Kontena lantai beroleng (rolling floor) untuk kargo yang sukar dikendalikan seperti telur, barangan kaca.
  • Kontena tukar badan (swapbody)
  • Kontena tangki untuk cecair pukal dan barangan berbahaya
  • Kontena berudara untuk produk organik yang memerlukan pengudaraan.
Spesifikasi

Jadual di bawah menunjukkan berat dan dimensi empat jenis kontena yang paling banyak digunakan di dunia. Berikut adalah purata berat dan dimensi, terdapat siri pembuatan yang berbeza untuk setiap jenis kontena yang mungkin berbeza dengan saiz dan berat yang sebenar.



Sejarah

Pada tahun 1950 an, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mengeluarkan spesifikasi kontena piawai untuk kegunaan tentera dengan ukuran keratan rentas 8 kaki (2.44 m) × 8 kaki (2.44 m) dan panjang 10 kaki (3.05 m). Antara tahun 1968 dan 1970, Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) menentukan piawai kontena berdasarkan piawai yang digunakan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bagi memastikan kesalingbolehtukaran antara mod pengangkutan yang berbeza di seluruh dunia. Kontena juga dikenali sebagai "Kontena ISO" atas sebab ini.

Sistem global untuk pengangkutan antara mod telah dibangunkan berdasarkan piawai kontena ini dan saiz baru kontena juga direka untuk kegunaan berbeza. Sejak bulan November 2007, kontena 48 kaki (14.63 m) dan 53 kaki (16.15 m) juga digunakan dalam industri pengangkutan antarabangsa. Sehingga April 2008, cuma syarikat perkapalan APL yang mengeluarkan kontena saiz ini.[5] Bagaimanapun, kontena APL mempunyai saiz dan berat yang sedikit berbeza dari piawai biasa kontena 48 kaki (14.63 m) dan 53 kaki (16.15 m) (yang digunakan perkhidmatan keretapi dan trak di Amerika Syarikat).

Info Dari:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontena

Selasa, 20 September 2011

Rumah Kontena......|||

Info from:
HyBrid Architecture
1205 East Pike Street Suite 2D
Seattle, WA 98122

Remington Court Townhouses

Project Description:

HyBrid Architecture | Assembly acted as Architect, Developer, and Construction Manager to empower their decisions from the project inception to completion. To break down the massing of the two buildings and to address the small scale of the adjacent neighborhood, the two structures were sited to allow southern solar access and view corridors to all four units.

The architects chose to respect the small single-family homes neighboring the property by creating a detached single family home at the rear alley. This house has similar characteristics including a horizontal paulownia open-joint rainscreen enclosure assembly which mimics the lap-siding of the existing homes in the neighborhood. The three units facing the street reach out to pedestrians akin to the rowhome developments that were once prevalent in larger cities. The front stoops reach to the ground inviting neighbor interaction; while the penthouse stair towers reach to the sky, engaging the Seattle skyline in the near distance.

Hybrid believes that any new building should be designed to be adaptable for the many generations that will enjoy it. In 100-years the building will likely have a completely different use as the city and zoning adapt to the needs of the community. Because of this, we chose to allow the building to transform itself over time. The bottom floor flex space has rough-in plumbing for a future kitchen, its own entrance, a 3/4 bathroom, and is designed with a demountable MDF wall to be built-out to completely separate it from the 2 floors above with no major remodeling necessary. This simple design technique allows the building to double its occupancy if necessary. The roof gardens are equipped with 9” of soil to allow for urban vegetable gardening by the inhabitants.

The two buildings were designed to be sustainable in their passive uses of cross/stack ventilation, thermal massing, super insulated walls/roof, radiant heat, roof gardens, and southern solar access.

The interiors are designed to be modestly minimal, efficient, and modern. There is an abundance of natural light from the floor to ceiling windows and clerestory roof access penthouses. The polished and sealed concrete floors on the first level are warm to the touch due to the radiant heat system installed throughout the units. On the second level is the main living space. The galley style kitchen is completely exposed to the living area so we decided to conceal all of the appliances behind cabinet panels so they are not as obtrusive to the eye. The black walnut and charcoal laminate cabinets are by HenryBuilt and are topped with bright white Corian counters. The floors of the main level and bedroom level are of pre-finished carbonized bamboo. All bathrooms have custom full height pocket doors, a bright white 2″ X 2″ tile on the floors and walls, incorporate a wall-mounted Duravit Philip Starck designed toilet, vanities wrapped with a Baltic Birch Plywood, and large walk-in showers. The roof level contains a 1×4 cedar deck and 9″ of lightweight special mix soil to allow for the inhabitants to create their own rooftop vegetable gardens. There is an open steel and bamboo plywood stair servicing all four levels.

The single family house @ the rear of the lot has a floor of 16″ ripped Finland Form Plywood, a resin-impregnated 3/4″ plywood designed to be used to create architectural concrete formwork.

The exteriors sport rough exposed plywood-formed concrete, clear anodized aluminum windows with low e glass, Hardie Board cementitious siding, and rough exposed clear A grade vertical tongue and groove cedar.





Ini antara project2 yang telah berjaya...insyaAllah sehasta mungkin akan cuba mencari lagi info dan contoh2 rumah kontena ini agar menjadi info di kemudian ...mana lah tahu nak buat satu.....

Bersambung......................................................

Isnin, 19 September 2011

Rumah Kontena......||

Kontena adalah bekas sementara mengisi barang-barang penguna dengan jumlah yang banyak, dan diangkut dari negara pengilang kepada negara2 pengguna diseluruh negara. Apabila bekas kontena tidak digunakan ianya akan terbiar kosong disekitar pelabuhan atau menunggu semula untuk dileburkan dan diguna semula. Tetapi kini dengan ia telah diguna pakai dengankonsep cara hidup baru sebagai rumah, pejabat atau lain-lain jenis bangunan.mungkin aspek green consruction menjadikan pengunaan kontena terpakai ini menarik. Selai dari itu kontenaini lebih murah dari bahan pembinaan rumah-rumah tradisional (concrete/kayu).

Tetapi sejauhmanakah keserasian kita untuk tinggal didalam sebuah bekas kontena yang telah diubahsuai menjadi persekitaran dalam rumah yang menarik. Disini saya ingin membongkar beberapa persoalan yang akan menjadi tanda tanya.

Sebelum itu blog ini ingin membincangkan terlebih dahulu mengenai konsep/rekaan dan pekara2 yang menarik tentang rumah kontena ini dan contoh2 project diseluruh dunia yang telah berjaya.














Sumber rujukan
- Carigold.com (Rumah Kontena)
- Crazy Cargo: 30 Steel Shipping Container Home Designs



Bersambung!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ahad, 18 September 2011

Rumah Kontena......

Sedang aku duduk2 sambil melayan internet mencari infomasi2 mengeai rumah kontena, aku tertarik dengan sebuah forum ni yang membincangkan mengenai selok-belok rumah kontena baik dan buruknya. Ynag mengkagumkan aku ialah bagaimana mereka menghias dalaman rumah tersebut agar nampak cantik seperti rumah2 yang lain. Dan juga bagaimana system pengudaraan di reka bagi menjadikan ruang dalam rumah sentiasa berada pada suhu persekitaran yang normal tanpa mengunakan tenaga electrik (air-con) Yang tinggi.

Dari info yang aku perolehi melalui rungan forem Cari Golg.com. Kos yang diperlukan untuk membina dan menyelengara rumah jenis ini adalah murah dan cara ini sudah dipraktik kan di negara2 maju yang mana kos memiliki rumah dari bahan binaan adalah terlalu mahal.

Info ini aku ambil dari ruangan cari gold.com post by Megat seri rama 10-08-2011, 09:53 PM.

Objektif

Tujuan thread ini adalah untuk mengujudkan satu wadah perkongsian dan perbincangan tentang penggunaan kontena lusuh sebagai satu alternatif pembinaan tempat tinggal manusia serta binaan kegunaan lain (perniagaan, pejabat, sekolah, dll.)

Kos pemilikan rumah yang meningkat, perubahan gaya hidup di bandar yang tidak menyenangkan (trafik sibuk, jalan bertol, bising, dsb.) memerlukan kita kreatif dalam membina rumah untuk berteduh.

Rumah kontena terkait dengan imej buruk. Sebut saja rumah kontena, ramai yang terbayang ia berupa buruk, panas, dan sebagainya. Dalam fikiran ramai, ia hanya layak untuk orang miskin.

Hi...hi...rasa rugi la pulak belanja beli rumah yang kecil dengan harga ratusan ribu sedang ka aku boleh membina rumah rang hanya beberapa puluh ribu sahaja......hu..hu......rugi2. Bagi aku konsep ini sangat lah idil, kerana dengan desakkan ekonomi di negara kita sekarang harga yang tak tahu bila nak turun naik shaja..... tgk lah beli rumah bertingkat lain2 tuan dah dikena kan belbagai charge penyelengaraan yang aku sendiri tak tahu apa yang mereka nak kan sebenarnya.

Khamis, 15 September 2011

Terbuka....oh...rumah terbuka.

Alhamdulilah....baru lepas balik dari jiran but rumah terbuka. Hu.....hu...kenyang perut aku belasah cukup2, maklom lah baru balik kerja perut lapak. Dah lah musim hujan. Memang lah sedap makan ada lontong, mee rebus, mee kari dan sebagainya...ni yang membuatkan badan aku pun montel sekali. Terima kasih jiran2 ku yang baik budi semoga rezeki kalian ditambah2 Allah.


Aku ni je bila nak buat jamaun untuk jiran2 aku......kang tertangguh2 sampai habis musim rumah terbuka. Tak kesah lah masak apa pun boleh janji niat nak jamu jiran2 makan, boleh borak2 merapatkan siraturahim antara jiran.



Abu Hurairah berkata bahwa Nabi SAW bersabda, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaklah memuliakan tetangganya. (H.R. Bukhari-Muslim)

Berjiran memang kena saling hormat-menghormati dan saling berkerja sama antara satu sama lain..cakap belakang tu biasa la...yang penting jangan sampai menjadi fitnah, cukuplah hanya bertukar2 pendapat. Betul ke...salah tolong betulkan

Jom makan.....
jom...makan...

brr...brrrrrr...kenyang Alhamdulilah

DEFERRED

6% SERVICE TAX ON PREPAID DEFERRED

Valued customers, we wish to inform that the implementation of the 6% service tax on purchases of prepaid reloads and starter packs has been deferred. For your information, levying service tax is in accordance to the service tax laws. For further information please refer to FAQs.

6% PERKHIDMATAN CUKAI KE ATAS TERTUNDA PRABAYAR
Pelanggan yang dihargai, kami ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan cukai perkhidmatan 6% untuk pembelian tambah nilai prabayar dan pek pemula telah ditangguhkan. Untuk maklumat anda, mengenakan cukai perkhidmatan adalah mengikut undang-undang cukai perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada Soalan Lazim.

http://www.celcom.com.my/important_announcement_12.html

Harap2.....la terus dimansohkan...bukan saja tax tapi undang2 nya sekali.

Ahad, 11 September 2011

6%

"Valued customers, effective 15/9/2011 applicable 6% service tax will be charged on purchases of prepaid reloads & starter packs. Info : www.celcom.com.my"

....ini lah sms yang pertama aku dapat pada hari ini.. Compem dah ..tapi yang aku heran kenapa berita yang aku dengar kat radio pagi ni, dia pemberita tu bagi tahu yang benda ni akan dibincang kan sama ada syarikat telecommunication atau pelangan yang akan dikenakan tex maksudnya belom compem la...tapi lain pulak SMS yang aku terima pada 11:22:04 am 11/09/2011. Apa maksud semua ini sapa yang betuil sbenarnya....alahai negaraku.

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS 1. What is service tax?
  • Service tax is a consumption tax and chargeable to the customer, as provided for in the service tax laws.
  • The service tax laws require the telecommunication companies to levy service tax at the prevailing rate on telecommunication services, including prepaid reload and starter packs.
  • However, the telcos have been absorbing the service tax since the introduction of the prepaid services in 1998.
  • Effective 15 September 2011, the telcos will be charging customers service tax for purchases of prepaid reloads and starter packs.
  • With effect from 1January 2011, service tax rate is 6%. Prior to 1 January 2011, service tax rate was 5%.

2. Why are you charging this tax now after absorbing it all these years?
  • In accordance to the service tax laws, prepaid reloads and starter packs will be charged with applicable service tax. This is similar to the service tax levied on food and beverage purchases from restaurants and hotels, for example.
  • Prepaid service is the only service whereby the service tax has been absorbed by the telcos, not by the customer.
  • Prepaid call and SMS charges were more expensive then and have progressively dropped over the years. For example, customers used to pay RM0.60 per minute when the service was first introduced but today it is as low as RM0.12 per minute. As for SMS, it has dropped from RM0.20 to as low as RM0.01 and MMS was previously RM0.50 and now it is as low as RM0.10.
  • In addition, customers now enjoy various promotions such as free airtime and bonus credits amongst others as part of the benefit of being a prepaid customer.

3. How much will I pay now with the service tax?
The 6% service tax will be charged on top of the prepaid reload and starter pack at point of sale for every purchase.

For example, when you purchase RM10 prepaid reload, you need to pay RM10.60 and will get prepaid credit of RM10. The 60sen is the service tax.

The service tax will be remitted to the Government.


4. Will service tax be charged on starter packs and every mobile prepaid reload channels; i.e. epay, etc?
Yes, starter packs and reloads will be charged the 6% service tax effective 15 September 2011 regardless of channels.


5.Will I still be able to reload at all the mobile prepaid reload channels?
Yes, exept for any reloads via:
  • ATMs
  • Online/Internet banking
  • Cash deposit machines
  • Electronic payment kiosks
until further notice.


6.Does this charge apply to prepaid broadband?
Current service tax laws require telcos to levy service tax on prepaid upon sale. As actual utilization of reload cannot be ascertained at the point of sale, total reload / starter pack price will be subject to service tax.

Nevertheless, customers now enjoy various promotions such as free airtime and bonus credits amongst others as part of the benefit for being a prepaid customer.

http://www.celcom.com.my/important_announcement_12.html


Sabtu, 10 September 2011

Aku pengguna...... ke ....atau dijajah.

Aduh...aduh......setiap hari aku dan mereka2 yang senasip dengan aku atau yang macam aku akan berharap agar hari esok tidak menjadi kenyataan kepada mimpi ngeri. Hari demi hari bulan demi bulan dan hingalah ketahun demi tahun....mimpi ngeri ini sering menjadi kenyataan. Aku bukan maksudkan mimpi ngeri tersermpak hantu ke. Tetapi mimpi ngeri yang aku dan kebanyakkan orang takutkan adalah kenaikan harga barang.

Aku ni ketua keluarga dan aku dan istri aku ingin mencorak keluarga aku dengan bercorakkan keluarga yang bersederhana. Tetapi hari2 mendatang ini amatlah sukar bagi keluarga macam aku ni nak meletakkan keluarga ditempat pertama amat lah sukar. Ialah dengan kenaikan harga barang yang sesuka2 hati ......masing2 menuduh dan menuding kearah masing... Beberapa hari lepas rakyat Malaysia dikejutkanlagi dengan cukai perhidmatan prabaya talifon mudah alih...aduh...Bagi aku lah yang mengunakan perhidmatan ini amatlah terasa dihina. Rasanya dah macam tingal dinegara orang pulak rasanya macam ini kot kehidupan semasa negara kita dijajah dulu.

Takkan lah pengguna perhidmatan ini pun nk dikenakan cukai 6% perhidmatan. Talifon sekarang ini dah menjadi satu keperluan kepada semua orang dari yang bapok kaya sampai lah yang miskin. Mana nilai rakyat didahulukan pencapayan diutamakan, kalau asal je boleh kaut untung je......kita cukai. alahai....negaraku bagai kan dijajah bangsa sendiri.
Yang kaya terus kaya yang baru nak merasa hidup jatuh miskin......

Jumaat, 9 September 2011

Waktu yang jem....

Assalamualaikum, lama rasanya tak menulis blog ini. Rasanya macam dah berbulan lamanya, bukan apa banyak waktu yang dilebih kan bagi menyambut kedatangan cahayamata yang ke 4. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar sehinggalah diwaktu ini.

Nak aku nukilkan pengalaman demi pengalaman meghadapi anak2 dari bayi hingga membesar...hu..hu...rasana dah semagkin tua aku ni.... Dengan gelagat anak yang kesemuanya lelaki lagilah ....menjadikan aku lebih tua...ye la menjerit sana menjerit sini ....pening kepala..semoga Allah mudah kan dewasa mereka kelak.

Ramai kengkawan brtanyakan aku "mungkin anak aku yang 5 nanti perempua, senang je aku menjawap InsyaAllah kalau nanti yang 5 lelaki lagi mungkin yang ke 6 perempuan pulak" jadi sebagai pengajaran anak itu kurniaan Allah lelaki ke perempuan itu kehendak Allah.

Bab nak cerita pasal anak2 ni panjang dan berbeza2 pendapat mengikut acuan yang masing2 lakukan.