Ahad, 1 Julai 2012

Megelli 250 - apa benda ni?

Sebagai turutan dari blogs platspender mengenai moto jenama Megelli ini, info mengenai negara asal harga dan kemampuan enjin boleh rujuk terus ke blogs platspender. Di sini aku nak tunjuk wayang je . bunyi dia dan kemampuan dia... terima kasih platspender.

Aku cukup tertarik dengan model Megelli 250s ini kerana aku juga sedang memasang angan-angan memiliki sebuah moto yang membolehkan aku pergi dan balik ketempat kerja dengan cepat dan selesa, tak lah sakit-sakit pinggang ..adoi lah.....apa leh buat rumah jauh....

Ok layan





Nampak memang cantik dan berkuasa, tapi sayang nya nak mencapai tak cukup tangan...adoi banyak lagi nak dicapai sebelum mencapai benda mainan mahal macam ni....he..he... insyaAllah ada rezeki nanti dapat lah merasa, kalau tak pun tumpang gembira member-member sudah lah. 

Selain faktor harga faktor ngeri pun ada, maklom lah tak kan bawak moto besar nak layan 100km/h em ......baik naik kapchai je...jadi aku yang sebelum ni memang tak berapa minat dengan benda laju ni agak kurang keinginan cuma keinginan agar kenderaan yang aku naik pergi dan pulang kerja itu murah, cepat dan selesa.....tapi belum cuba belum tahu, jadi aku hanya menyimpan angan-angan je lah atau pun DGFE ha...ha..... nak dapat beli tu mungkin senarai yang ke 10 atau 20. 

Apa-apa pon selamat bermotor laju...he..jaga keselamatan moto anda, kalau keselamatan nya wa to mintak maaf itu bukan urusan kita.. itu urusan Allah. Untuk keterangan lanjut boleh gi ke web ni http://www.megelli.com.my/ tapi masih under construction dan juga boleh ke face book dia orang  http://www.facebook.com/DaiichiMegelli 

klik sini
klik sini
klik sini
Note: Ni nak tanya show room dia kat mana ni......

~sekian~






Tiada ulasan:

Catat Ulasan