Ahad, 15 Julai 2012

Warong Soto Pasir Penambang

Alhamdulilah lagi satu minggu umat islam seluruh dunia akan menghadapi satu bulan yang amat bermakna dan amat dirahmati Allah, iaitu bulan Ramadan, bulan yang mana turun nya Al-Quran dan bulan yang didalam nya terdapat 1 malam yang amat barakah iaitu malam lailatulkadar dimana sesiapa yang beribadat dimalam hari akan mendapat pahala seperti 1000 bulan.

Jadi untuk mengurangkan stress mengidam juadah Soto aku dan keluarga aku mengambil jalan mudah iaitu makan tengah hari di Warong Soto Kuala Selangor. Tentu ada yang terperasan dengan post-post aku sebelum ini mengenai soto terkenal, ialah ini bukan kali pertama aku layan soto kat warong ini, cuma post aku yang sebelum ini tak berapa memberi penekanan tentang Restoran Warong Soto Pasir Penambang dengan detail. Kali ini aku cuba detail kan.....kalau tak ditail jugak mintak maaf banyak-banyak.

Restoran Warong Soto Pasir Penambang yang terletak lebih kurang 1++km dari pasar besar Pasir Penambang cukup senang untuk kita perasan papan signboard dihadapan warong ini. Cukup mudah berlatarkan warna biru dengan tulisan berwarna putih "Warong Soto Pasir Penambang".

Warong Soto Pasir Penambang - Kuala Selangor

Warong Soto Pasir Penambang - Kuala Selangor
Perjalanan dari Kuala lumpur sejauh 70++km (GPS 3.366508,101.244378 - Tak tepat tapi boleh di buat rujukan) yang mengambil masa lebih kurang 1 hingga 1 1/2 jam, cukup berbaloi. Ini kerana Warong soto Parir Penambang ini sunguh sedap dan cukup asli rasanya. Aku sudah tentu order sampai dua mangkok...siap sekali dengan pecal soto dan tapai pulut. Jom layan manu Restoran Warong Soto Pasir Penambang.


Banyak kan menu-menu dia....jom kita layan gambar Soto dan dua tiga jenis menu yang aku order pulak...

Soto Ayam

Begerdel

Pecal dan nasi impet

Tapai Pulut (tak sempat nak shot Tapai pulut hitam)

Amacam syok tak tengok, tentu dah ada yang terliur....he..he.... meh kita layan gambar-gambar anak-anak aku layan soto dan nasi goreng pulak....



~sekian~

2 ulasan: