Jumaat, 29 Jun 2012

Tabung Warisan Anak Selangor- Dan aku

T.A.W.A.S Tabung warisan anak Selangor, idea yang dicetuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat setelah mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008. Kemenangan yang berpihak kan majoriti 17 kerusi dari 22 kerusi yang dipertandingkan, membawa lebaran baru kepada corak pemerintahan kerajaan raja berpelembagaan Negeri Selangor.

Hari ini aku bukan hendak mengulas tentang keputusan pilihan raya umum 12 lalu, tetapi ingin berkongsi bersama dengan kengkawan aku kat blogs ni tentang product-product yang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan ianya tiada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Salah satu product itu adalah TAWAS Tabung warisan anak Selangor. Salah satu product dibawah program "Merakyatkan Ekonomi Selangor Hasil Negeri Untuk Rakyat". Bukan aku nak puji kerajaan Pakatan Rakyat tapi ini lah hakikatnya jika dibawah kerajaan yang telus dan jujur.

Ok kita kembali kepada TAWAS tadi....

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. 


Lihat lampiran





Selain dari program TAWAS kerajaan Pakatan Rakyat selangor juga menawarkan beberapa lagi product dan kesemua product ini adalah percuma. Dibawah ini statistik program MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor Hasil Negeri Untuk Rakyat).


Ha aku bukan cakap kosong saja ..hari ini aku mengambil kesempatan cuti tahun aku untuk mendaftarkan dua orang anak aku yang lahir di negeri Selangor ini....k layan gambar.


Kesimpulan disini bagi kengkawan yang belum mendaftar sebagai pengundi berdaftar maka daftarlah sekarang di mana pejabat pos yang dilantik dan juga di cawangan atau pusat SPR berdekatan.... Masadepan anak anda ditangan anda.

he.......he.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan