Isnin, 30 Januari 2012

Jom memancing - Terbuka Kuala Selangor di Pantai Remis 2012

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Info ini dah lama aku dapat, rasanya dah basi pun. Bukan apa saja nak simpan info ni dalam blog, agar tak hilang dan boleh dikongsi bersama-dengan kengkawan bloger maupun bukan bloger. Tak lah serius sangat info ni ..bab memancing je...mana la tahu aku nak memancing pula...memang dah lama tak memancing ni sejak aku kawin lagi...Nak memancing, kalau nak memancing boleh..balik kampung mentua je ..depan umah luas terbentang sungai Muar yang kaya dengan udang galah dan ikan-ikan air tawar, begitu juga dengan sang buaya.... Tapi tak mau gak memancing, apa tak nya siap-siap beli joran baru dengan bagai-bagai accessory, duduk sekejap depan jeti dah ada yang menjerit, kalau tak anak-anak aku wife aku....em ..gantung jelah joran aku ni..... Memang seronok borak denga kaki pancing ....siap dengan gaya merembat joran lagi, kalau kail mengena...


He...info yang aku nak simpan kat blog aku ni bukan pasal aku dan sungai depan umah mentua aku tapi, pasal kain rantang pertandingan memancing pantai. he..he...aku dah e-mail kan gambar kain rentang ni kat member-member kaki pancing (platspender), mana tahu ada yang berminat. Bagi aku iklan kain rentang ni untuk aku tak lupa, nak pancing pantai ....pergi je kat sini....


~sekian~

3 ulasan:

  1. memang outdoor tegar ni...

    haha! sama-sama pantai!

    BalasPadam
  2. Tak lah tegar tahap gaban.....

    he..he....

    BalasPadam
  3. HUHU JANGAN LUPA PERTANDINGAN MEMANCING WAK JALI DI TANJONG HARAPAN PADA 3.2.13. HADIAH PERTAMA 30K HINGGA KE TEMPAT 60. DATANG JANGAN X DATANG.. DAN JANGAN LUPA LAYARI BLOG SAYA REELPANTAI.BLOGSPOT JIKA MINAT MEMBELI REEL-REEL MADE IN JAPAN SAHAJA.. SHIMANO DAN DAIWA.. TERIMA KASIH

    BalasPadam