Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. 4 Jan 2012, Hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan ibu bapa iaitu hari persekolahan ...ha..ha...nak tahu kenapa, pandang lah disekeliling kita, persekitaran tempat kerja kita dan mungkin diri kita sendiri. Ha ..di ketika waktu cuti sekolah inilah kita dapat lihat sesetengah ibu bapa yang bekerja mengambil cuti siap ada jadual lagi..si ayah cuti berapa hari bulan dan si ibu cuti berapa hari bulan, ini semua berikutan hal nya cuti sekolah ...ia lah sekolah cuti, taska cuti dan yang paling pening baby sister pun cuti panjang. Tetapi bagi mereka yang anak-anak sudah bersekolah menengah lain pula kerisauannya siap hantar madasah-madrasah atau pondok-pondok lagi alasannya nak biar anak itu mendalami agama......hem.....cuti sekolah je ke perlu mendalami agama ..bulan-bulan yang lain kita dok perah dia orang anak-anak ni tusyen sampai naik muak budak-budak ni dengan buku ....tak pulak kita berkeras mereka ke masjid atau surau untuk mendengar kuliah agama..........termasuk lah aku ni.....ini aku tulis macam ni bio aku beringat sikit....em....jadi waktu persekolahan ini lega lah mak bapak yang kedua-duanya berkerja......kerana anak-anak mereka dah tentu sibok juga dengan kerja-kerja sekolah dan aktiviti sekolahnya...kalau yang ini tak termasuk aku sebab si pembuat kek pisang aku sememangnya pemaisuri di rumah.....jadi kalau di sesi persekolahan ni beliau lah yang paling sibuk..kesian.....tak pa nanti cuti panjang kita gi jalan-jalan rehat kan minda...ha...ha.....bodek la tu...
Sekolah agama sesi pagi
K lah berbalik 4 Jan 2012 ni...adalah hari pertama bagi penggal persekolahan 2012, tahun ini anak-anak aku yang bersekolah di sekolah rendah jenis kebangsaan ada 2 orang Umair dan Moustoffa, si abang tahun 2 dan adik tahun 1. Ha..ha.....tahun ini tahun 1 dan 2 dalam sesi petang dan sekolah agama pada sesi pagi, berbanding tahun sebelum ni tahun 1 dan 2 dijalan kan dalam sesi berlainan. Tahun 1 sesi pagi dan tahun 2 sesi petang, bagi aku senanglah..kedua-duanya berada dalam sesi persekolahan yang sama, bukan apa ada lah abang yang nak tengok kan si adik ni. Si adik ni ligat sikit ikut kepala dia saja..dah la comel. Yang aku paling risaukan tentang si comel ni bukan pasal dia cergas sangat tapi takut bekal yang dibekalkan (duit, air dan lain-lain) tak cukup ...ia lah ..comel katakan....jadi si abang ni boleh lah bekup sikit. Si abang ni bab makan memang tak kesah sangat janji dia dapat minum itu sudah cukup. Dan kerisauan yang lain bab Bas sekolah...hu..hu..takut aku, si adik ni main terjah je.....dia kalau dah bermain bukan ingat main terjah je..jadi kalau sama sesi dengan si abang boleh lah si abang membantu....tak gitu.
Sekolah kebangsaan sesi petang
4 Jan 20212 ini juga adalah peluang untuk ibu bapa mengambil cuti tahun atau cuti MC beramai-ramai dah macam pesta di setiap pekarangan sekolah di seluruh negara (rasanyalah) yang ada siap bawak bekal ..untuk makan sekali dengan anak-anak pada waktu rehat sesi pembelajaran..pulak.....tapi aku dan wife aku lain la pulak aku menjadikannya peluang untuk aku berwindow shopping...ha..ha... apa punya mak bapak la aku ni....tak kesah lah aku cuba bagi ruang dan peluang kepada anak-anak aku belajar mengendalikan diri di tempat awam....he..he.. alasan aku rasanya boleh pakai tak....haah.a....ha....Selepas sahaja hantar budak dua tu ke sekolah dan menguruskan hal-hal yang masih tertangguh.....seperti buku sekolah yang sekolah order lambat baru hari ini ada stock ....dan hal-hal mencari kelas aku terus je ke pusat membeli belah di persekitaran kawasan tempat aku tinggal ni.... Bab nak berjumpa cikgu kelas anak-anak aku nantilah kerana nak bercakap dengan guru kelas memang tak masuk akal lah.....ia lah setiap kelas dikerumuni ibu bapa....aku pun tak paham kenapa, termasuk lah aku joint sekali......he..he....jadi biar lah reda sedikit keadaan dalam 1 atau 2 minggu nanti baru boleh nak berjumpa dengan setiap guru kelas anak-anak aku ini.....ok..lah malas nak cita panjang lebar ni.....kita layan gambar plak......
Layan window shopping
~sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan