Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru & orientasi -2012 Masihi

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Tahun baru datang lagi, beginilah putaran waktu dari saat bertukar minit dari minit bertukar jam dari jam bertukar hari dari hari bertukar minggu dari minggu bertukar bulan dari bulan bertukar tahun. Kini dari tahu 2011 kepada 2012....tentu ramai ditanya dan bertanya, apakah azam tahun baru? he..he...buat masa ini belum ada yag bertanya aku soalan sebergini tetapi dizaman aku sekolah dulu siap..jadi bahan karangan oleh cikgu bahasa ...tak kira lah BI ke BM. Bagi aku azam itu tak penting ia lah..setahun aku sambut dua tahun bahru ...Hijrah dan masihi jadi bagi aku target atau pencapayan sesuatu itu yang menjadi ukuran bukan azam. ha..ha..kalau komplot opis aku kita dah tuka, tak perlu guna azam, pencapayan tetapi DGFE...lagi nampak sexi...

Ok lah rasanya ini catatan blogs pertama aku di tahun 2012 ini....ha..cerita pembuka lembaran baru senang cerita diary baru atau buku catatan baru lah ha..ha......atau.....ai...berapa banyak atau dah...k lah buat pembukaan cerita di lembaran tahun baru ini aku nak berkongsi bersama lah..mengenai seawal persekolahan anak aku Moustoffa ni..bukan apa ini lah tahun pertama persekolahan dan bagi aku hari-hari dimana yang anak aku ni tak akan lupakan. Yang sulung Umair boleh rujuk kat si tukan buat kek pisan punya blogs la...he.....kerana masa itu Sehastamungkin.blogsport belum pun di cetus idea lagi boleh rujuk sini. (cerita-ummchak.blogspot).

Bukan nak cerita apa pun pasal hari pertama persekolahan, walau pun hari ini hanya hari orientasi tetapi dah siap pakai baju sekolah bagai...jadi aku kira dah hari pertama persekolahan lah.....Seawal pagi 31 dis 2011jam 8:00 pg si pembuat kek pisang ni dah get ready lah anak dia ni.....mandi pakai uniform dan bersarapan....aku dalam sedang mengelon si kecik muaz ni.....terngiang-ngiang suara si Papa ni....ayah..ayah..bangun papa dah siap nak gi sekolah ni...ada pereksa cepat lah.....dengan nada lembuat aku menjawab ye..ayah nak bersiap la ni papa gi pakai stoken dulu.....memandangkan rumah kami tak lah jauh sangat dengan sekolah dalam angaran 200miter tu....aku buat lepak-lepak lah.....nah kou..sesampai nya di sekolah jam 8:30pg terkejut aku, punya la ramai nya budak-budak tahun satu yang mendaftar di sekolah ini..dan siap dah beratur lagi menuju ke kelas-kelas untuk menduduki ujian saringan...em.....Alhamdulilah aku tak sampai jam 9:00 tadi kerana pada surat yang kami terima ujian saringan akan bermula pada jam 9:00 pg, tetapi punya la syok mak bapak sampai jam 8:30 pg dah siap kan anak mereka untuk ujuan saringan.....aku apa lagi sumbat je anak aku di bilik-bilik yang disediakan...tampa memeriksa terdahulu senarai nama dan bilik-bilik yang telah disediakan. Alhamdulilah bilik yang aku sumbat anak aku itu betul ...hu..lega sikit kalau tidak kena la akumenyusun ayat untuk bertemu cikgu bertugas.....


Semasa ujian saringan bermula aku denga aak sulung kau pergi mengambil buku text di dewan, anak aku yang sulung sudah di tahun 2 jadi mudah la kerja sikit ..ia lah abang dia ada boleh ajar kan si adik. Selapas proses pengambilan buku text selesai aku pun bergegas ke dewan besar sekolah tersebut untuk mendengar taklimat, didalam kepala hotak aku ni berangapan taklimat yang disampaikan oleh cikgu-cikgu ni taklimat biasa, memandangkan ini bukan kali pertama aku menghantar anak bersekolah kebangsaan jadi aku buat tangkap ngantuk je lah....sehingga tak limat yang disampaikan oleh cikgi penyelarasan mata pelajaran baru lah aku terkejut kaku....em...apa tak nay pada tahun ini sistem pembelajaran dan pemarkahan murid-murid tahun 1 2012 telah di ubah kepada sistem yang lebih efisian lagi (mintak-mintak macam itulah) dengan penerangan panjang lebar mengenai sistem baru KSSR dan PBS (Pentaksiran berasaskan sekolah) hu....semangkin hebat sistem pelajaran anak-anak Malaysia ni...Kami ibu bapa di beri penerangan panjang lebar mengenai sistem-sistem baru ini ..yang dapat aku berkongsi bersama antaranya bahawa sistem PBS ini merupakan satu bentuk pentaksian bersifat hoistik iaitu menilai aspek kognitif, efektif dan psikomotor selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan koko standart sekolah rendah (KSSR). Dan lagi kami difahamkan bahawa 40% permakahan untuk ujian UPSR adalah dari jumlah peratusan penilayan yang dibuat dari Tahun 1 hingga Tahun 6, disini difahamkan lagi sekiraya pelajar berada di tahap terbaik dalam peperiksaan UPSR tetapi tidak mendapat peratusan terbaik dalam penilayan (PBS) juga tidak dikira lulus dengan cermerlang.....hu..banyak lagi ni nak aku taip satu-satu mau berhenti kerja staf-staf IT kat jabatan pendidikan nanti, oleh itu nak tahu ebih lanjut pasal PBS ni...layar lah sendiri ......atau gi sekolah tanya cikgu..ha...ha.......

~sekian~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan