Isnin, 30 Julai 2012

Menyesal aku...


Sudah lama rasanya aku memboikot product yang menyokong tindakan rejim israil (yahudi) termasuk lah product ini. Sehinggakan anak-anak aku berjaya aku didik untuk tidak mendekati product-product yang menyokong dan membantu Yahudi (israil) untuk meghancurkan dan menindas rakyat Palestin.

Hentah macam mana tiba-tiba setelah sekian lama tidak menjamah product ini dengan iklan  Ice Cream Sundae aku boleh terkantol...aduh....habis hancus didikan untuk membenci mana-mana sekutu yang menindas umat islam aku terapkan kepada anak-anak terpaksa aku perbetulkan kembali.

Menyesal aku...............

Galerri Gambar
Bukan product ni saja ada beberapa product lain juga, aku cuba boikot. Sekurang-kurang nya dapat juga aku membantu sedara-sedara seislam aku di bumi Palestin.


Aku harap duit yang aku belanjakan tu tidak menjadi dana untuk penindasan puak-puak yahudu (israil), dan hanya menjadi upah kepada pekerja-pekerja yang berkerja ......harap lah.

Ahad, 29 Julai 2012

Dari kawan kepada kawan 2

Harus cuba.....


Sabtu, 28 Julai 2012

Dari kawan kepada kawan



Has buat kengkawan yang rengan tulang tak malas untuk mencuba resepi-resepi yang hebat. .......................
Resepi : KAMBING PANGGANG AIR ASAM

Khamis, 19 Julai 2012

Pengakap Kelana Parit Raja - aku dan kenangan

Kenangan atau pengalama atau sebagainya adalah pekara yang penting bagi manusia dan sekian alam ciptaan Allah, bagi aku kenangan akan terus bertambah sedetik demi sedetik hingga lah ketahun. Dan kenangan juga memainkan peranan bagi seseorang itu belajar erti hidup. Begitu juga aku yang masih diberi rezeki oleh Allah untuk terus bernafas, makan minum, berkerja, berkeluarga dan lain lagi, kenangan memain kan peranan penting untuk aku meneruskan kehidupan. hah...dah panjang ni.....

Aku bukan nak bermadah kat sini, tujuan aku kali ni nak pamerkan gambar-gambar lama semasa aku remaja  happy saja...tak de masalah. Gambar ni aku dapat dalam FB geng2 aku Pengakap Kelana Parit Raja. lama aku tak berpengakap hampir 10 tahun...rindu rasanya... nak berpengakap lagi. k tutup..

Jom kita layan gambar lama-lama ni....berkayak, berkemah, manjat bukit dan gunung, hutan dan belukar....satu lagi tasik.








Perhimpunan Agung Pengakap Negeri Johor Darul Ta'zim (18)
Ni pertama kali lah aku ke perhimpunan agung pengakap Negeri Johor dan tak ingat beberapa kali yang lain.






 Kat mana aku ....


 


Kat mana aku...he...he...


  
Kat mana aku..he..he..

 





Expidisi inter negeri laluan bersejarah N.Sembilan to sungai Muar Johor

~sekian~

P/s Didalam gambar-gambar ini ada yang telah pergi dijemput Allah, Surah Al-fateha sebagai hadiah..semoga Allah tempat kan roh mereka di kalangan orang-orang yang di beri rahmat..Amin



Ahad, 15 Julai 2012

Warong Soto Pasir Penambang

Alhamdulilah lagi satu minggu umat islam seluruh dunia akan menghadapi satu bulan yang amat bermakna dan amat dirahmati Allah, iaitu bulan Ramadan, bulan yang mana turun nya Al-Quran dan bulan yang didalam nya terdapat 1 malam yang amat barakah iaitu malam lailatulkadar dimana sesiapa yang beribadat dimalam hari akan mendapat pahala seperti 1000 bulan.

Jadi untuk mengurangkan stress mengidam juadah Soto aku dan keluarga aku mengambil jalan mudah iaitu makan tengah hari di Warong Soto Kuala Selangor. Tentu ada yang terperasan dengan post-post aku sebelum ini mengenai soto terkenal, ialah ini bukan kali pertama aku layan soto kat warong ini, cuma post aku yang sebelum ini tak berapa memberi penekanan tentang Restoran Warong Soto Pasir Penambang dengan detail. Kali ini aku cuba detail kan.....kalau tak ditail jugak mintak maaf banyak-banyak.

Restoran Warong Soto Pasir Penambang yang terletak lebih kurang 1++km dari pasar besar Pasir Penambang cukup senang untuk kita perasan papan signboard dihadapan warong ini. Cukup mudah berlatarkan warna biru dengan tulisan berwarna putih "Warong Soto Pasir Penambang".

Warong Soto Pasir Penambang - Kuala Selangor

Warong Soto Pasir Penambang - Kuala Selangor
Perjalanan dari Kuala lumpur sejauh 70++km (GPS 3.366508,101.244378 - Tak tepat tapi boleh di buat rujukan) yang mengambil masa lebih kurang 1 hingga 1 1/2 jam, cukup berbaloi. Ini kerana Warong soto Parir Penambang ini sunguh sedap dan cukup asli rasanya. Aku sudah tentu order sampai dua mangkok...siap sekali dengan pecal soto dan tapai pulut. Jom layan manu Restoran Warong Soto Pasir Penambang.


Banyak kan menu-menu dia....jom kita layan gambar Soto dan dua tiga jenis menu yang aku order pulak...

Soto Ayam

Begerdel

Pecal dan nasi impet

Tapai Pulut (tak sempat nak shot Tapai pulut hitam)

Amacam syok tak tengok, tentu dah ada yang terliur....he..he.... meh kita layan gambar-gambar anak-anak aku layan soto dan nasi goreng pulak....



~sekian~

Ahad, 1 Julai 2012

Megelli 250 - apa benda ni?

Sebagai turutan dari blogs platspender mengenai moto jenama Megelli ini, info mengenai negara asal harga dan kemampuan enjin boleh rujuk terus ke blogs platspender. Di sini aku nak tunjuk wayang je . bunyi dia dan kemampuan dia... terima kasih platspender.

Aku cukup tertarik dengan model Megelli 250s ini kerana aku juga sedang memasang angan-angan memiliki sebuah moto yang membolehkan aku pergi dan balik ketempat kerja dengan cepat dan selesa, tak lah sakit-sakit pinggang ..adoi lah.....apa leh buat rumah jauh....

Ok layan





Nampak memang cantik dan berkuasa, tapi sayang nya nak mencapai tak cukup tangan...adoi banyak lagi nak dicapai sebelum mencapai benda mainan mahal macam ni....he..he... insyaAllah ada rezeki nanti dapat lah merasa, kalau tak pun tumpang gembira member-member sudah lah. 

Selain faktor harga faktor ngeri pun ada, maklom lah tak kan bawak moto besar nak layan 100km/h em ......baik naik kapchai je...jadi aku yang sebelum ni memang tak berapa minat dengan benda laju ni agak kurang keinginan cuma keinginan agar kenderaan yang aku naik pergi dan pulang kerja itu murah, cepat dan selesa.....tapi belum cuba belum tahu, jadi aku hanya menyimpan angan-angan je lah atau pun DGFE ha...ha..... nak dapat beli tu mungkin senarai yang ke 10 atau 20. 

Apa-apa pon selamat bermotor laju...he..jaga keselamatan moto anda, kalau keselamatan nya wa to mintak maaf itu bukan urusan kita.. itu urusan Allah. Untuk keterangan lanjut boleh gi ke web ni http://www.megelli.com.my/ tapi masih under construction dan juga boleh ke face book dia orang  http://www.facebook.com/DaiichiMegelli 

klik sini
klik sini
klik sini
Note: Ni nak tanya show room dia kat mana ni......

~sekian~