Jumaat, 10 Februari 2012

Muscle contraction - Kekejangan otot

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Cuti umum semperna hari Taipusam yang lalu aku dan geng basikal aku bersama dengan geng basikal Ya'afur Bikerz mengambil kesempatan untuk mengayuh basikal. Kali ini tempat atau trek aku menjadi trek laluan, oleh itu geng Ya'afur Bikerz kali ini menjadi tetamu khas geng berbasikal MTB aku lah. Kehadiran yang membanggakan dari kedua-dua geng. Dengan penuh semangat dan berkobar-kobar kami pun berkayuh. Aku macam biasa lah suka mencuri tulang ala maklumlah kepenatan tak cukup stamina katakan...he..he.. alasan. Cuaca agak baik hari itu panas walau pun trek kayuhan kami agak lembap dan berlecak kerana dihujani dengan lepat pada malam harinya. Jadi bertambah lah mencabar kayuhan, mana nak mengelak lecak mana nak mengelak lopak berlumpur dan mendaki bukit berbukit-bukit, mencabar sangat lah nak katakan. 


Sesi kayuhan pertama agak pantas (bagi aku lah) dan setelah berehat sambil layan roti canai kami pun melanjutkan kayuhan kami. Dengan jarak kayuhan sejauh 22~23km off-road (masuk hutan lah maksutnya) dan berbaki kan 5km tiba-tiba betis kanan aku terasa kekejangan.....aduh macam biasa lah aku turun dari basikan dan sapukan krim panas ditempat yang terasa sakit itu, kali ini aku bertuah kerana ada otai yang memberi dorongan dan nasihat untuk mengendalikan hal-hal tentang kekejangan otot ini. Dan aku amat beruntung kali ini juga kerana ramai geng-geng dari pihak aku dan pihak tetamu yang membantu aku....TERIMA KASIH SEMUA 


Setelah beberapa minit aku melengahkan masa untuk merawat kekejangan otot aku ini, aku dan geng-geng pun meneruskan kayuhan. Tiba-tiba dalam jarak kayuhan kami hampir masuk menjejaki 1km paha kanan dan kiri aku pula terasa kejang.....aku turun basikal dan mengamalkan apa yang telah dinasihatkan dan di ajarkan.....kali ini aku betul-betul belajar tentang sakitnya apabila berlaku kekejangan otot.....ini lah kali pertama aku melihat otot kaki aku bagaikan hidup tampa aku yang control, berpintal-pintal berbonjol-bonjol dan bergetar-getar.....kagum aku melihat satu lagi ciptaan Allah yang ada pada diri aku tanpa aku sedari selama ini, walau pun ianya berasa amat sakit. Allah hu akbar. Dengan keadaan aku sebergini sudah tentu aku terpaksa diusung keluar dari hutan...Alhamdulilah ada geng-geng yang aku kagum dan hormat, kerana sangup menunggu dan mengambil kenderaan untuk membawa aku pulang ke rumah. TERIMA KASIH SEKALI LAGI. 

Amat lah berbisa kekejangan otot kali ini sehingga kan terpaksa aku bersolat duduk dan menahan sakit sehingga beberapa hari..........oleh itu aku copy dan paste dari laman blog yang ada kaitan nya tentang kekejangan otot dan cara merawat nya, agar pengalam dan ilmu ini dapat dikongsikan bersama .......... 

~sekian~

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kekejangan otot?

Kekejangan otot merupakan pengecutan (contraction) otot yang tidak terkawal menyebabkan otot tidak dapat berehat secara normal. Kebiasaannya, apabila kita menggunakan atau menggerakkan otot boleh kawal seperti tangan atau kaki, maka otot tersebut akan silih berganti bertukar di antara pengecutan dan berehat. Dalam keadaan normal, otot yang terdiri daripada jaringan fiber- fiber halus akan mengecut dan berehat secara sekata (synchronize). Namun begitu, apabila terdapat jaringan otot yang secara tiba- tiba mengecut secara tidak terkawal akan menyebabkan ketegangan (spasm) otot. Ketegangan otot yang kuat dan berpanjangan menyebabkan kekejangan otot berlaku. Buktinya, kita dapat perhati dan memegang otot- otot yang terlibat yang menjadi keras sewaktu kekejangan otot berlaku. Keadaan ini boleh berlansung dari hanya beberapa saat hingga kepada beberapa minit, atau mungkin lebih lama daripada itu. 






Puncanya?

Terdapat banyak punca otot menjadi kejang. Kekejangan boleh berlaku kesan dari komplikasi kecederaan fizikal, penyakit hati yang rosak atau jangkitan tetanus. Dalam konteks bersukan, ianya disebabkan oleh:
  • Kekurangan air dan garam galian dalam tubuh kesan dari perpeluhan
  • Kurang pemanasan badan sebelum memulakan suatu sukan
  • Pergerakkan yang berulang- ulang dan berpanjangan, menyebabkan otot yang digunakan menjadi letih
  • Aktiviti sukan yang terlalu lasak
Gejala- gejala kekejangan otot.
  • Sakit yang bersangatan pada otot yang terlibat hingga menyebabkan individu tersebut berhenti dari meneruskan aktiviti sukannya.
  • Otot yang terlibat menjadi tegang, mengeras dan sakit bila di pegang. Dalam keadaan yang teruk ia boleh menyebabkan pembengkakan pada otot yang terlibat. 
Apa yang boleh dilakukan ketika kekejangan otot?
  • Regangkan otot yang kekejangan. Luruskan kaki yang kejang dan aplikasikan daya melawan otot yang terlibat sewaktu regangan dilakukan
  • Gosok atau tuam pada bahagian yang sakit dengan ubat tahan sakit (analgesic), minyak atau krim ubatan panas. Tuaman dengan ais juga dapat mengurangkan sakit di sebabkan kekejangan. Aplikasikan urutan ringan pada otot yang mengalami kekejangan.
  • Menurut kajian yang dilakukan oleh Bergeron (2008), pengunaan segera minuman karbohidrat- elektrolit yang mengandungi atau ditambah dengan 3.0g garam galian yang diminum sekaligus atau dalam tempoh 5-10 minit terbukti dapat mengatasi masalah kekejangan otot dan mengelakkan dari berulang kembali masalah yang sama.
 Bagaimana untuk mencegah dari kekejangan otot? 

  • Lakukan regangan dan pemanasan badan yang cukup sebelum aktiviti sukan
  • Lakukan variasi dari segi gerakkan badan sewaktu bersukan
  • Menyediakan air dan snek yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit/ garam galian yang mencukupi.
  • Cadangan kadar air hilang yang perlu diganti ialah 1.5L bagi setiap sejam aktiviti sukan; ini bergantung kepada kadar perpeluhan, cuaca dan jenis aktiviti sukan. Formula menggantikan kadar air yang hilang ini digalakkan diguna pakai pada aktiviti sukan yang lasak dan berdurasi panjang seperti bola sepak, marathon, bola keranjang, ragbi dan treking. 
 Dari perspektif islam?

Justeru, sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal terutama yang berdurasi panjang atau lasak, persediaan yang mencukupi sangat di tekankan. Ianya termasuklah persediaan regangan badan atau minuman dan makanan ringan yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit yang memadai. Hal ini telah di ingatkan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya:

"Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka sekadar yang terdaya dari kekuatan" (Al-Anfal: 60)

Sebagai seorang muslim/ mukmin, seharusnya kita memasang niat riadahah atau bersukan hanya untuk Allah s.w.t di samping berhajat untuk mendapatkan kesihatan badan daripadaNya. Selain itu, untuk mengelakkan mudharat ketika bersenam, variasi gerakan dalam senaman juga sangat dititik beratkan kepada setiap individu. Saranan- saranan ini juga telah termaktub di dalam al-Quran:

"Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Rabb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka." (Ali-Imran: 191)

 
Begitulah kaedah islam mencegah dari sebarang kemudharatan. Bak kata pepatah, 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.
 
Kesimpulannya, islam sememangnya menggalakkan aktiviti riadhah dan senaman. Namun begitu, islam tidak pula menggalakkan kemudharatan dalam setiap aktiviti atau perkara yang dilakukan. Justeru, penting untuk setiap individu mengambil kira pelbagai faktor dan persiapan sebelum memulakan sebarang aktivti fizikal, terutamanya bagi mengelakkan kekejangan otot sewaktu bersukan. Jadi, islam menekankan kaedah pencegahan sebelum sesuatu kemudharatan berlaku. Begitulah indahnya islam!

Disediakan: Azrul Aminur Rashid Yunus

Sumber dari laman Blogs: http://haluansiswahs2.blogspot.com/2011/05/kekejangan-otot-ketika-bersukan.html
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan