Ahad, 12 Februari 2012

Dapur Master Chef Malaysia- Mee Udang

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Apa nak dibuat hari ini, pagi-pagi bangun pergi pasar nak cari lauk seminggu. Biasa lah dah jadi rutin aku setiap minggu kalau tidak hari sabtu hari ahad la aku ke pasar mencari lauk-pauk basah seperti ayam, ikan dan lain-lain. Hari ini sedang sedap-sedap aku mengelon(peluk) anak aku Muaz sedap-sedap aku dikejutkan oleh suara merdu (abang....abang kata nak gi pasar hari ni..dah nak tengah hari ni).....hu...wife aku rupanya ingat kan bidadari mana tadi. Yang buat kan aku terjaga bukan kerana suara bidadari itu tapi tang perkataan PASAR to....he...mana ada bidadari pangil gi pasar kalau bangil pergi beradu ke...bersantap mungkin ada kot...tapi ke PASAR to yang membuatkan aku terjaga ...he...he.... tak apa lah tak de rezeki lagi mimpi jumpa bidadari..he...hu..... Bangun nak gi pasar, nak gi pasar, nak gi pasar, nak gi pasar.


Sedang aku melangkah longlai menuju kepintu luar rumah aku disergah lagi, (wife: bang hari ni kita masak ala-cad je lah..malas nak masak nasi, kita makan mee goreng ke..apa ke ...boleh tak. Aku : em....biasa la jawapan aku 50-50). Layan ke pintu keluar aku bawak la anak aku si Papa saja ambil hati dia, yang lain nanti lain kali. Saja bawak Papa ni kesian dia minggu persekolahan minggu lepas di tumbuk oleh kawan sekolah, punca masih dalam siasatan...wife aku dah pergi jumpa guru besar untuk membuat siasatan. Tak tahu nak salah kan sapa....anak aku ni ligat jugak.

Sampai je pasar layan roti canai nes' tarik..pas tu rayau-rayau tengok apa yang nak di beli ......dah beli aku teringatkan wife aku punya menu hari ini ...aduh.....aku paling tak gemar makan tengah hari ala-cad ni.Jadi didalam benak fikiran aku ni terlintas mee udang. Apa gaya nya ek..kalau aku masak mee udang, terus aku menuju ke salah satu gerai yang ada menjual udang harimau yang saiz nya agak besar. layan setengah kilo...RM 10. ye la sekolo RM20. mahal barang sekarang ni.......bawak seratus tak cukup makan seminggu...apa lah ....nak salah kan sapa ....

Sampai umah aku terus...bukak internet cari resepi Mee udang , hu..dapat mee udang dari blogs  http://www.potretkasih.com/ terima kasih kak atas resepi mee udang ni. He..he... kalau nak tahu bidang memasak ni pun salah satu hobi aku kalau tak de aktiviti lain nak buat atau masa tengah membuak-buak nak makan.....he...... Jom layan gambar mee udang aku ni....siap resepi lagi.
he..he....


~sekian~



1 ulasan: