Jumaat, 24 Februari 2012

Mangapa kita sentiasa berpaling?

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Alhamdulilah hari ini aku bersembahyang jumaat di surau Tabung Haji. selain dengan bersolat jumaat aku berkesempatan untuk mengikuti demonstrasi yang di ketuai oleh Ustaz Nasrudin Hassan. Demonstrasi kali ini bertujuan untuk mengutuk keras dan menyerahkan tindakan jahat dan cuai tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, kelmarin. Hari ini juga bertepatan dengan hutbah yang disampaikan oleh hatib bertugas iaitu " Musuh Islam yang nyata yahudi dan mereka yang membenci islam".

Afghan men shout anti-U.S slogans during a protest in Kabul [Reuters]
People display burned copies of religious books and Qurans, by the al-Hijaz Mosquehttp


Malaysian protesters marched towards the US embassy in the capital
 Mendengar hutbah ini sudah menaikan semangat yang kuat aku dan jemaah yang hadir, betapa keji dan rakus nya puak-puak yahudi dan sekutunya untuk menghancurkan umat islam. Ini lah sikap yahudi yang telah dirakam kan oleh Allah s.w.t didalam al-quran dan benarlah betapa sombongnya mereka (yahudi).
Kecuali bagi mereka yang kemudian masuk Islam dan memegang janji.

“…kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia…” (QS. Ali Imran 112).

Sebagai bukti dengan kesombongan kaum-kaum yahudi dan sekutunya Allah s.w.t berfirman:

Sesungguhnya kamu (Bani Israil) akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan kamu pasti akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. Maka apabila datang saat hukuman kejahatan yang pertama dari kejahatan itu, Kami mendatangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan besar, lalu mereka mencarimu keluar masuk kampung ke seluruh negeri. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana” (QS. Al Israa’ 4-5).

 Sehingakan mereka (yahudi) dilaknat oleh Allah s.w.t.

“…lalu ditimpakanlah kepada mereka (kaum Yahudi) nista dan kehinaan, serta mereka mendapatkan kemurkaan dari Allah. Hal itu terjadi karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar…” (QS. Al Baqarah 61).

“Maka, Kami lakukan terhadap mereka beberapa tindakan (melaknat dan mengutuk mereka) disebabkan mereka melanggar perjanjian itu dan karena kekafiran mereka terhadap keterangan-keterangan Allah, serta mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar” (QS.An Nisaa’ 155)

“…yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka ada yang dijadikan kera dan babi…” (QS. Al Maidah 60, lihat pula QS. Al Baqarah 65). 


Kekejaman Israel Terhadap Umat Islam Di Gaza, Palestin

Ini lah musuh kita, umat islam, Lihatlah didada akhbar betapa rakusnya puak ini untuk menghancurkan islam, pembunuhan, penindasan dan persendaan dilakukan. Tahun demi tahun rundingan demi rundingan telah dilakukan untuk menyekat perbuatan kaum dan sekutu yahudi ini tetapi hanya membuang masa. Persoalanya bagai mana kita hendak melawan kaum yang dilaknat Allah s.w.t ini, sedangkan kita masih leka dan alpa dengan kemewahan harta dan sebagainya. 

Untuk menentang dengan cara memboikot product yahudi dan sekutunya pun kita masih tidak mampu. Apa taknya, dengan kempandayan dan kecerdikan puak-puak yahudi yang dikurniakan Allah s.w.t ini menjadikan mereka sombong menghasilkan product-product yang changih ...lihat lah disekitar kita..wadah untuk berhujah ini pun kita mengunakan platform yang mereka (yahudi) cipta. Cuba kita sama-sama fikirkan bagaimana dan macam mana untuk mengalahkan puak-puak yang dilaknat ini?. Bagi aku jawapan nya sudah nyatakan didalam Al-quran. 

Allah s.w.t berfirman:

Dan apabila tiba saatnya hukuman bagi (kejahatan) yang kedua. (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-mukamu (Bani Israil), dan untuk memasuki masjid sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali yang pertama, dan untuk membinasakan habis-habisan apa saja yang mereka kuasai.” (QS. Al Israa’ 7).

Dan Kami berfirman sesudah itu kepada Bani Israil: ‘Diamlah kamu di negeri ini’. Maka apabila telah datang janji terakhir, niscaya Kami datangkan kamu dalam keadaan bercampur baur.” (QS. Al Israa’ 104).

Sabda Rasulullah SAW perlu kita renungkan:

Belum akan tiba kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi. Kemudian mereka akan diperangi oleh kaum muslimin sehingga batu dan pohon sampai berkata: ‘Hai kaum muslimin, wahai hamba Allah, inilah seorang Yahudi tersembunyi di belakangku, datangilah dan bunuhlah”. (Seluruh alam akan berkata begitu), kecuali pohon Al Gharghad. Sebab, sesungguhnya ia (pohon itu) tergolong pohon (simpatisan) kaum Yahudi” (HR. Bukhari & Muslim).

Mengapa kita berpaling dari apa yang telah diajarkan?.
Megapa kita tidak mengamalkan Al-quran dan sunah nabi S.A.W sebagai panduan cara hidup?.
Adakah kita juga adalah termasuk dari golongan-golongan yang sombong? (mintak dijauhkan Allah).

Bagi menjawab semua persoalan dan tindakkan yang perlu diambil sudah tentu kita kena berpatah balik melihat sirah perjalanan junjungan kekasih Allah (Nabi Muhammad S.A.W) dan menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai pegangan kita tidak kira dari faktor ibadah mahupun kehidupan harian kita. 

Aku disini ingin mengigatkan diri aku, kelurga aku dan sahabat aku semua marilah kita kembali kepada Al-Quran dan hadis dan memperlengkapkan diri kita dan keluarga kita untuk terus meletakkan Al-Quran dan hadis R.A.W sebagai cara hidup harian kita sehingga sampai janji Allah nanti: Allah hualam.

.Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya. amin


~sekian~












Rujukan:

Rabu, 22 Februari 2012

Ustaz Kate, bukan saya kate...

Dari loop opis aku...geng katun.



Isnin, 13 Februari 2012

Pinky-minki, Nutty Muffin

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.  Hari ini tak tahu kenapa aku agak pinky-minki, asyik nak memasak saje. Siang tadi aku menghidangkan wife dan anak-anak aku mee udang dan malam ni pulak rajin pulak aku layan buat Muffin. Biasa la macam yang aku cakapkan diposting aku tadi, yang aku memang berhobikan memasak...ikut mood.


Contoh nya hari ini bukan satu jenis masakan tapi dua jenis...mee udang dan nutty muffin. Mungkin minggu ini aku terlebih layan rancangan 706 astro....he.... Resepi Muffin ni aku dapat dari bloger yang terkenal dengan masak-memasak nya ... ....lain tak bukan Che mat gebu. Sebenarnya aku first time bukak blogs abang Che mat ni....aku bukak ni pun wife aku yang bagi tahu...em....terima kasih bang Che mat, saya mintak resepi abang Che mat boleh. Tapi aku tak lah tiru bulat-bulat resepi abang Che mat ...aku gubah dan olah sedikit mengikut selera aku waktu sekarang ni...


Anak-anak aku layan aku masak...sangup tak tidur nak makan hasil air tanggan bapak dia...hu....berbanga aku hasil masakan aku di makan. he..he....sebenarnya kalau mereka tak suka pun aku paksa..jadi memang dimakan lah........jangan takut tak berlebih punya.....k lah layan gambar jom....


Nutty Muffin

90 gram mentega
70 gram gula halus
110 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
(*digaul rata dan diayak)

1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4 camca teh esen vanilla
1 camca teh almond flavor

Kekacang:-

Badam kisar, Biji badam, Biji walnut, Biji hazel
Cincangan kacang badam ikut suka
(beli je kat pasar raya)

Proses:
Panaskan oven pada suhu 180C, dan sediakan muffin cup.
Putar mentega dengan gula halus hingga sebati.
Masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
  Akhir sekali masukkan esen vanilla dan almond flavor, kacau rata. Paipkan 3/4 penuh dalam muffin cup tadi. Tabur cincangan badam dan kekacang atasnya.
Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
~sekian~

Ahad, 12 Februari 2012

Dapur Master Chef Malaysia- Mee Udang

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Apa nak dibuat hari ini, pagi-pagi bangun pergi pasar nak cari lauk seminggu. Biasa lah dah jadi rutin aku setiap minggu kalau tidak hari sabtu hari ahad la aku ke pasar mencari lauk-pauk basah seperti ayam, ikan dan lain-lain. Hari ini sedang sedap-sedap aku mengelon(peluk) anak aku Muaz sedap-sedap aku dikejutkan oleh suara merdu (abang....abang kata nak gi pasar hari ni..dah nak tengah hari ni).....hu...wife aku rupanya ingat kan bidadari mana tadi. Yang buat kan aku terjaga bukan kerana suara bidadari itu tapi tang perkataan PASAR to....he...mana ada bidadari pangil gi pasar kalau bangil pergi beradu ke...bersantap mungkin ada kot...tapi ke PASAR to yang membuatkan aku terjaga ...he...he.... tak apa lah tak de rezeki lagi mimpi jumpa bidadari..he...hu..... Bangun nak gi pasar, nak gi pasar, nak gi pasar, nak gi pasar.


Sedang aku melangkah longlai menuju kepintu luar rumah aku disergah lagi, (wife: bang hari ni kita masak ala-cad je lah..malas nak masak nasi, kita makan mee goreng ke..apa ke ...boleh tak. Aku : em....biasa la jawapan aku 50-50). Layan ke pintu keluar aku bawak la anak aku si Papa saja ambil hati dia, yang lain nanti lain kali. Saja bawak Papa ni kesian dia minggu persekolahan minggu lepas di tumbuk oleh kawan sekolah, punca masih dalam siasatan...wife aku dah pergi jumpa guru besar untuk membuat siasatan. Tak tahu nak salah kan sapa....anak aku ni ligat jugak.

Sampai je pasar layan roti canai nes' tarik..pas tu rayau-rayau tengok apa yang nak di beli ......dah beli aku teringatkan wife aku punya menu hari ini ...aduh.....aku paling tak gemar makan tengah hari ala-cad ni.Jadi didalam benak fikiran aku ni terlintas mee udang. Apa gaya nya ek..kalau aku masak mee udang, terus aku menuju ke salah satu gerai yang ada menjual udang harimau yang saiz nya agak besar. layan setengah kilo...RM 10. ye la sekolo RM20. mahal barang sekarang ni.......bawak seratus tak cukup makan seminggu...apa lah ....nak salah kan sapa ....

Sampai umah aku terus...bukak internet cari resepi Mee udang , hu..dapat mee udang dari blogs  http://www.potretkasih.com/ terima kasih kak atas resepi mee udang ni. He..he... kalau nak tahu bidang memasak ni pun salah satu hobi aku kalau tak de aktiviti lain nak buat atau masa tengah membuak-buak nak makan.....he...... Jom layan gambar mee udang aku ni....siap resepi lagi.
he..he....


~sekian~



Jumaat, 10 Februari 2012

Muscle contraction - Kekejangan otot

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Cuti umum semperna hari Taipusam yang lalu aku dan geng basikal aku bersama dengan geng basikal Ya'afur Bikerz mengambil kesempatan untuk mengayuh basikal. Kali ini tempat atau trek aku menjadi trek laluan, oleh itu geng Ya'afur Bikerz kali ini menjadi tetamu khas geng berbasikal MTB aku lah. Kehadiran yang membanggakan dari kedua-dua geng. Dengan penuh semangat dan berkobar-kobar kami pun berkayuh. Aku macam biasa lah suka mencuri tulang ala maklumlah kepenatan tak cukup stamina katakan...he..he.. alasan. Cuaca agak baik hari itu panas walau pun trek kayuhan kami agak lembap dan berlecak kerana dihujani dengan lepat pada malam harinya. Jadi bertambah lah mencabar kayuhan, mana nak mengelak lecak mana nak mengelak lopak berlumpur dan mendaki bukit berbukit-bukit, mencabar sangat lah nak katakan. 


Sesi kayuhan pertama agak pantas (bagi aku lah) dan setelah berehat sambil layan roti canai kami pun melanjutkan kayuhan kami. Dengan jarak kayuhan sejauh 22~23km off-road (masuk hutan lah maksutnya) dan berbaki kan 5km tiba-tiba betis kanan aku terasa kekejangan.....aduh macam biasa lah aku turun dari basikan dan sapukan krim panas ditempat yang terasa sakit itu, kali ini aku bertuah kerana ada otai yang memberi dorongan dan nasihat untuk mengendalikan hal-hal tentang kekejangan otot ini. Dan aku amat beruntung kali ini juga kerana ramai geng-geng dari pihak aku dan pihak tetamu yang membantu aku....TERIMA KASIH SEMUA 


Setelah beberapa minit aku melengahkan masa untuk merawat kekejangan otot aku ini, aku dan geng-geng pun meneruskan kayuhan. Tiba-tiba dalam jarak kayuhan kami hampir masuk menjejaki 1km paha kanan dan kiri aku pula terasa kejang.....aku turun basikal dan mengamalkan apa yang telah dinasihatkan dan di ajarkan.....kali ini aku betul-betul belajar tentang sakitnya apabila berlaku kekejangan otot.....ini lah kali pertama aku melihat otot kaki aku bagaikan hidup tampa aku yang control, berpintal-pintal berbonjol-bonjol dan bergetar-getar.....kagum aku melihat satu lagi ciptaan Allah yang ada pada diri aku tanpa aku sedari selama ini, walau pun ianya berasa amat sakit. Allah hu akbar. Dengan keadaan aku sebergini sudah tentu aku terpaksa diusung keluar dari hutan...Alhamdulilah ada geng-geng yang aku kagum dan hormat, kerana sangup menunggu dan mengambil kenderaan untuk membawa aku pulang ke rumah. TERIMA KASIH SEKALI LAGI. 

Amat lah berbisa kekejangan otot kali ini sehingga kan terpaksa aku bersolat duduk dan menahan sakit sehingga beberapa hari..........oleh itu aku copy dan paste dari laman blog yang ada kaitan nya tentang kekejangan otot dan cara merawat nya, agar pengalam dan ilmu ini dapat dikongsikan bersama .......... 

~sekian~

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kekejangan otot?

Kekejangan otot merupakan pengecutan (contraction) otot yang tidak terkawal menyebabkan otot tidak dapat berehat secara normal. Kebiasaannya, apabila kita menggunakan atau menggerakkan otot boleh kawal seperti tangan atau kaki, maka otot tersebut akan silih berganti bertukar di antara pengecutan dan berehat. Dalam keadaan normal, otot yang terdiri daripada jaringan fiber- fiber halus akan mengecut dan berehat secara sekata (synchronize). Namun begitu, apabila terdapat jaringan otot yang secara tiba- tiba mengecut secara tidak terkawal akan menyebabkan ketegangan (spasm) otot. Ketegangan otot yang kuat dan berpanjangan menyebabkan kekejangan otot berlaku. Buktinya, kita dapat perhati dan memegang otot- otot yang terlibat yang menjadi keras sewaktu kekejangan otot berlaku. Keadaan ini boleh berlansung dari hanya beberapa saat hingga kepada beberapa minit, atau mungkin lebih lama daripada itu. 






Puncanya?

Terdapat banyak punca otot menjadi kejang. Kekejangan boleh berlaku kesan dari komplikasi kecederaan fizikal, penyakit hati yang rosak atau jangkitan tetanus. Dalam konteks bersukan, ianya disebabkan oleh:
  • Kekurangan air dan garam galian dalam tubuh kesan dari perpeluhan
  • Kurang pemanasan badan sebelum memulakan suatu sukan
  • Pergerakkan yang berulang- ulang dan berpanjangan, menyebabkan otot yang digunakan menjadi letih
  • Aktiviti sukan yang terlalu lasak
Gejala- gejala kekejangan otot.
  • Sakit yang bersangatan pada otot yang terlibat hingga menyebabkan individu tersebut berhenti dari meneruskan aktiviti sukannya.
  • Otot yang terlibat menjadi tegang, mengeras dan sakit bila di pegang. Dalam keadaan yang teruk ia boleh menyebabkan pembengkakan pada otot yang terlibat. 
Apa yang boleh dilakukan ketika kekejangan otot?
  • Regangkan otot yang kekejangan. Luruskan kaki yang kejang dan aplikasikan daya melawan otot yang terlibat sewaktu regangan dilakukan
  • Gosok atau tuam pada bahagian yang sakit dengan ubat tahan sakit (analgesic), minyak atau krim ubatan panas. Tuaman dengan ais juga dapat mengurangkan sakit di sebabkan kekejangan. Aplikasikan urutan ringan pada otot yang mengalami kekejangan.
  • Menurut kajian yang dilakukan oleh Bergeron (2008), pengunaan segera minuman karbohidrat- elektrolit yang mengandungi atau ditambah dengan 3.0g garam galian yang diminum sekaligus atau dalam tempoh 5-10 minit terbukti dapat mengatasi masalah kekejangan otot dan mengelakkan dari berulang kembali masalah yang sama.
 Bagaimana untuk mencegah dari kekejangan otot? 

  • Lakukan regangan dan pemanasan badan yang cukup sebelum aktiviti sukan
  • Lakukan variasi dari segi gerakkan badan sewaktu bersukan
  • Menyediakan air dan snek yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit/ garam galian yang mencukupi.
  • Cadangan kadar air hilang yang perlu diganti ialah 1.5L bagi setiap sejam aktiviti sukan; ini bergantung kepada kadar perpeluhan, cuaca dan jenis aktiviti sukan. Formula menggantikan kadar air yang hilang ini digalakkan diguna pakai pada aktiviti sukan yang lasak dan berdurasi panjang seperti bola sepak, marathon, bola keranjang, ragbi dan treking. 
 Dari perspektif islam?

Justeru, sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal terutama yang berdurasi panjang atau lasak, persediaan yang mencukupi sangat di tekankan. Ianya termasuklah persediaan regangan badan atau minuman dan makanan ringan yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit yang memadai. Hal ini telah di ingatkan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya:

"Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka sekadar yang terdaya dari kekuatan" (Al-Anfal: 60)

Sebagai seorang muslim/ mukmin, seharusnya kita memasang niat riadahah atau bersukan hanya untuk Allah s.w.t di samping berhajat untuk mendapatkan kesihatan badan daripadaNya. Selain itu, untuk mengelakkan mudharat ketika bersenam, variasi gerakan dalam senaman juga sangat dititik beratkan kepada setiap individu. Saranan- saranan ini juga telah termaktub di dalam al-Quran:

"Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Rabb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka." (Ali-Imran: 191)

 
Begitulah kaedah islam mencegah dari sebarang kemudharatan. Bak kata pepatah, 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.
 
Kesimpulannya, islam sememangnya menggalakkan aktiviti riadhah dan senaman. Namun begitu, islam tidak pula menggalakkan kemudharatan dalam setiap aktiviti atau perkara yang dilakukan. Justeru, penting untuk setiap individu mengambil kira pelbagai faktor dan persiapan sebelum memulakan sebarang aktivti fizikal, terutamanya bagi mengelakkan kekejangan otot sewaktu bersukan. Jadi, islam menekankan kaedah pencegahan sebelum sesuatu kemudharatan berlaku. Begitulah indahnya islam!

Disediakan: Azrul Aminur Rashid Yunus

Sumber dari laman Blogs: http://haluansiswahs2.blogspot.com/2011/05/kekejangan-otot-ketika-bersukan.html
  

Jumaat, 3 Februari 2012

Cuti sakit - MC

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Alhamdulilah hari ini aku dapat tanda-tanda demam dan selsema (sakit tekak), anak-anak aku dan wife aku dah seminggu demam, kali ini aku dan si Ahmad pulak yang demam. Si Ahmad anak aku yang ketiga ni..nampak macam biasa je aktifnya tetapi bila sampai di klinik dan Doc' check temperature hu....panas bandan nya 39deg/c. Alhamdulilah aku gi klinik, jika tidak tak tahu lak temperature badan dia tinggi. 

Adoi .....rasa tak beselera nak menaip....nak rehat lah....Sebelum to aku nak tunjuk gambar ala-ala Uncle gedek (.blogbeginsatforty.com/).



~sekian~



Rabu, 1 Februari 2012

DGFE - Kawasaki ER-6n / ER-6n ABS (2012) Official Photo Archives カワサキER-6n広報写真