Isnin, 30 Januari 2012

Jom memancing - Terbuka Kuala Selangor di Pantai Remis 2012

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Info ini dah lama aku dapat, rasanya dah basi pun. Bukan apa saja nak simpan info ni dalam blog, agar tak hilang dan boleh dikongsi bersama-dengan kengkawan bloger maupun bukan bloger. Tak lah serius sangat info ni ..bab memancing je...mana la tahu aku nak memancing pula...memang dah lama tak memancing ni sejak aku kawin lagi...Nak memancing, kalau nak memancing boleh..balik kampung mentua je ..depan umah luas terbentang sungai Muar yang kaya dengan udang galah dan ikan-ikan air tawar, begitu juga dengan sang buaya.... Tapi tak mau gak memancing, apa tak nya siap-siap beli joran baru dengan bagai-bagai accessory, duduk sekejap depan jeti dah ada yang menjerit, kalau tak anak-anak aku wife aku....em ..gantung jelah joran aku ni..... Memang seronok borak denga kaki pancing ....siap dengan gaya merembat joran lagi, kalau kail mengena...


He...info yang aku nak simpan kat blog aku ni bukan pasal aku dan sungai depan umah mentua aku tapi, pasal kain rantang pertandingan memancing pantai. he..he...aku dah e-mail kan gambar kain rentang ni kat member-member kaki pancing (platspender), mana tahu ada yang berminat. Bagi aku iklan kain rentang ni untuk aku tak lupa, nak pancing pantai ....pergi je kat sini....


~sekian~

Sabtu, 28 Januari 2012

Lewat lagi

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Adoi...bangun lewat lagi aku hari ini, dalam minggu ini dah beberapa kali rasanya aku bangun pagi terlambat, sampaikan anak-anak aku pergi ke sekolah dalam keadaan tidak bersarapan. Dan aku pula rasa macam nak ambil MC je dan bebaring diatas katil...sepuas-puas nya, tetapi semua rasa-rasa itu aku terpaksa lupakan ia  la ada banyak kerja dan tanggungjawab yang perlu aku lakukan, sama ada di opis atau dirumah. Begitu juga dengan wife aku, minggu ini beliau kurang sihat, dapat selsema-agaknya terlalu banyak minum air batu masa kami bercuti tempoh hari. Tak kesah lah.....


Perihal lambat ni bukan aku sengajakan iabetul-betul tak berlakun pun, semuanya berlangsung disebabkan anak aku yang kecil ni lah Muaz...dah besar sekarang, jadi dah pandai bangun malam jerit-jerit mintak susu, bila perut dah kenyang habis kita di golek-golek nya tarik hidung la..menjerit kat depan muka lah - nak ajak bermain la pulak malam-malam sikecil ni, wife aku la yang biasanya layan, tapi memandang kan dah kerap aku turut masuk campur lah....walau pun dengan berkata "tido....tido..jangan main ..dah malam". Ye lah dah lama tak beranak kecil jadi agak lupa-lupa ayam tentang keadaan beranak kecil ini. 


"Ini paparan utk anak sorang...tapi aku lagi teruk si abang bongsu aka anak no 3..memalam aku angkat masuk bilik abangnya tapi sedor pagi2...huh nun kat hujung kaki aku...simpul biawak jadiknya..apa nak buat..memalam dia jalan masuk balik bilik aku....haa.haaa"

Bagi aku tak kesah lah...semua ini, tetapi aku ingat kan aku saja yang berada dalam situasi keadaan ni tetapi rupanya sangkaan aku salah semua orang rupanya akan berada dalam keadaan ni bila si kecil dah pandai bermain....ha..ha.....ha....kata member aku "kalau anak seorang ok lah..sekali je merasa tapi ni aku anak 5 jadi 5 kali la" ha..ha..... nak buat macam mana bang berkeluarga kan......

Cerita ini tidak sampai takat itu saja ia berlanjutan di laman sosial Facebook juga. he..he...wife aku la dia tagkan satu gambar yang menarik perhatian aku.....he..he....itu yang aku nukilkan dalm blog aku ini...he..he....jom layan gambar

~sekian~

Isnin, 23 Januari 2012

Lagi Kuala Selangor & Sedap sunguh si dara ni...

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Berkemas-kemas sikit buang sawang-sawang diruang blog aku ini. Em..rasanya tak berhantu lagi ni, jadi senanglah membersihkan sesawang ni. 

Ok...minggu ini cuti agak panjang, sempena tahu baru cina 2012. Aku bercadang tak balik kampung, memandangkan jalan-jalan raya akan dibanjiri kenderaan yang balik ke kampung sama ada untuk merayakan tahun baru cina atau balik kampung cuti panjang dan mungkin juga kenduri orang kawin, maklumlah kat Malaysia ni pantang ada cuti panjang maka ramailah melangsungkan perkahwinan..bukan apa senang kaum keluarga dan sanak-saudara untuk datang tak perlulah mereka ambil cuti..sayang cuti tahun...ye tak.

Jadi cuti-cuti panjang ni apa yang aku buat..bawak family aku bercuti-cuti Malaysia, tak jauh pun Kuala Selangor je....tiga hari sebelum bercuti wife aku dah membuat tempahan dengan mengunakan ejen cuti.com.my. Bukan apa bila aku telifon pihak hotel je..manjang cakap dah penuh, biasalah keadaan macam ni bila ada cuti panjang. Pihak ejen-ejen percutian ni dah booking awal ...nak dapat komisyen lebih la tu...jadi aku dan wife aku malas nak fikir panjang terus ambil saja dari ejen online ni...asalkan harganya dibawah budjet aku.....he..he...biar murah tapi service baik...ha..ha...adil tak gitu, tak kesah lah aku pengguna. Hari terakhir kompem hotel De Palma Kuala Selangor, sebuah rumah chalet 1 katil besar dan 2 katil bujang. Ok la tu anak-anak 3 orang bujang tu boleh kongsi 2 katil. Tips yang aku saran kan kepada wife aku bila mencari hotel adalah, yang paling penting cukup katil, ada sarapan pagi dan yang paling dan sangat-sangat penting ada swimming pool (biar puas anak-anak aku main air, jadi tak de alasan dia orang nak main air kat bilik air dalam rumah lama-lama).

Perjalanan aku bermula pada pagi sabtu 21.01.2012 jam 10 pagi, laluan lebuh raya Latar ...cepat sikit sampai ke lokasi, ialah highway tak banyak traffic light. Tiba di Kuala Selangor mengambil masa 25 minit, santai je bawak kereta tak mahu la gopoh-gapah sangat, bercuti kan. Sesampai sahaja di Kuala Selangor terus aku menuju ke arah Tanjung Karang, hu.....pada trip Kuala Selangor sebelun ini kami terlepas makan di Warung Ibu nasi ambang kerana tiba lewat dah habis tinggal pinggan mangkuk untuk di basuh sahaje. Jadi kali ini kena tiba awal sedikit...jam 11.30 kami sampai, order nasi ambang satu talam...makan sekeluarga. Hu..lama tak makan nasi ambang ni teringat kampung ..pulak...kenduri makan nasi ambang..memang best lauk pauknya ..ada serunding, mee goreng, ayam, dan yang paling aku kena makan begedel(diperbuat dari kentag yang dilenyek bersama daging ayam atau lembu dan digaul bersama dau sup, rempah bebagai kemudian di salut dengan telur sebelum digoreng). Habis je menyantap nasi ambang aku pi lah nak baya...makcik cashier tu tanya pandai ke makan nasi ambang, makcik tu tanya mungkin pada hari itu aku sorang je kot mintak nasi ambang guna talam. Apa yang ditanya, Ha mak cik tu tanya pandai ke makan nasi ambang? aku pun jawab pandai mak cik..dah biasa. Dia tanya lagi orang jawa ke? he..he....aku jawab la ..ha..a  Jawa, Jawa Johor. he..he...muka jawa tak dapat nak elak...ha...ha..ha..

Lepas semua selesai...makan terus berangkat ke hotel ....hu..perut dah kenyang kena tido ni..ha..buat badan. Sampai hotel De Palma Kuala Selangor (berada tidak jauh dari rumah api Bukit Malawati) ambil check in terus lepak ....anak-anak aku tak de lain sebok nak berenang kat swimming pool, bukan pandai berenang pon...biasa la budak-budak tahu nak main je...tak tahu bapak dia ni dah kekenyangan...melantak nasi ambang..setalam. Layan je lah budak-budak ni...main air, lepas solat zuhur terus tukar baju renang ...nak kejebur......berenang. Aku dan wife aku kena lah bergilir-gilir mendukong si Muaz ...yang abang-abangnya dah mengalahkan memerang dapat air....dah tak kenal darat dah.....


Aku benarkan anak-anak aku berendam dalam pool tak lama 2~3 jam pas tu naik...masuk bilik dan rehatkan badan (tido) maklom lah aku ada rancangan lain untuk petang dan makan malam, aku bukak laptop online tengok blog dan google map, lokasi muara-muara ikan bakar. Dengar cerita Kuala Selangor ni cukup indah dengan muara-muara ikan bakar, jadi kena lah cuba. Petang agak lewat selepas  solat asar terus aku paksa anak-anak aku masuk kereta, terus menuju ke Muara Jeram. Samai agak awal jam 6:30 petang. Lokasi muara ikan bakar jeram yang menghadap laut selat Melaka...memang indah pada waktu senja...sambil melihat pemandangan sunset ciptaan Allah.


Hu ...sampai saja aku menyuruh wife aku tengok-tengok persekitaran dan aku pergi tengok apa-apa yang boleh di order. Hu..memang beranika jenis seafood, aku terus mengambil udang (goreng mentega), sotong (goreng tepung), ikan pari (bakar) dan ikan siakap (kukus).....hu......sambil menunggu semua pilihan seafood aku tu dimasak dan dihidang aku pun tidak melepaskan peluang mengambil gambar sunset, memandang kan mata hari dah mula tengelam....he..he....Makan sampai...makan-makan-makan-sampai licin..... Lepas makan cantik waktu maghrib pun dah masuk...terus sembahyang maghrib di surau yang di sediakan ok surau besar muat lebih kurang 10 orang dewasa....sambil menungu giliran terpandang aku di jeti satu papan tanda. Terus aku teringatkan platspender, ia lah papan tanda untuk menempah sewaan bot kepulau-pulau berhampiran untuk memancing, aku terus ambil dan SMS kan ke platspender. Habis makan terus naik keta balik...hujan pun turun..alhamdulilah perut dah kenyang nak singgah Kampung Kuantan tengok kelip-kelip (satu lagi kawasan yang perlu lawat di Kuala Selangor) em....terlepas simpang, tak pa lah gi lain kali...tunggu Muaz besar sikit..maklumlah kena naik bot tengok Kelip-kelip jadi biar la Muaz besar..senang sikit.


Sampai hotel aku sekeluarga layan tengok TV je lah sambil makan kerepek beli masa makan kat muara ikan bakar tadi. Layan sampai lewat malam terus tidur rehat kan badan untuk aktiviti esok hari. Menjelang pagi terus bersiap untuk sarapan pagi(sarapan pagi telah termasuk dalam pakej hotel, tetapi untuk dewasa 2 orang. memandangkan aku ada 2 orang anak dah melebihi 6 tahun jadi kena tambah sikit lah) Lepas bersarapan sambung layan swimming pool 1 jam sebelum kena check-out, hu bersungguh anak-anak aku mengunakan masa 1 jam ini untuk bermain air tak kesah lah...dalam hujan-hujan tu dia berendam.  Selepas sejam berlalu masing-masing balik ke bilik untuk bersiap, dah bersiap ambil gambar satu keluarga buat kenangan dan check-out dan terus menghala ke pantai Remis, Kuala Selangor.


Tak jauh pun lebih kurang 19km dari hotel tempat aku menginap.Sesampainya di Pantai Remis terus membuang masa berjalan-jalan melihat gerai-gerai jualan...hu terkejut anak-anak aku melihat kerang berbulu dan yang lagi terkejut aku melihat satu longokkan kekapis ...bukan terkejut apa, nama kekapis tu pelik, aku cuba tanya tauke peniaga tersebut apa kata dia "ini namanya anak dara bang" ha...bermain dalam kepala hotak aku mungkin kekapis ni gemar memancutkan air, itu sebab di pangil anak dara tak kesah lah. Selesai saja mencuci mata aku dan family aku gi menuju gerai makan yang berdekatan ...order nasi goreng kerang berserta kerang bakar..hemmmm..sedap kerang fresh...dari laut manis rasanya. Lepas makan aku bawak anak-anak aku main layang-layang ia lah masa zaman aku sebaya anak-anak aku sekarang aku dah pun pandai menerbangkan layang-layang dan layang-layang itu hasil dari tangan aku sendiri. Tapi untuk anak-anak aku, aku beli je lah.(1 keping Rm5 beli tiga RM15 kalu buat sendiri modal surat kabar dan gam saja)..tak da masa lagi nak mengajar mereka membuat layang-layang. Main punya main dah lewat tengah hari...aku suruh anak-anak aku gulung tali layang-layang dan tunaikan solat zuhor. Lepas solat singah gerai yang aku tanya kekapis anak dara tadi ...beli la kekapis anak dara sekilo RM3, Kerang bulu sekilo RM5 dan yang lagi satu aku tak pula apa nama dia main beli je RM7 ringgit sekilo. hem......sebelum balik petik sikit camera aku ni memandangkan air sudah pasang penuh nampa cantik sikit pantai ni bila air pasang.....k dah siap balik ke rumah sampai dirumah jam 4 petang lebih kurang, lenakan mata sampai jam 6 bangun solat asar dan terus menuju ke dapur masak kekapis anak dara yang aku beli di Pantai Remis, kali ni biar aku masak memandang kan wife aku dah nak rebeh bahu mendokong Muaz.....bila sudah masak terkejut sekali lagi aku hu.....SEDAP SUNGUH SI DARA NI rupanya.......


~sekian~



Ahad, 15 Januari 2012

Dah hampir bersawang blogs aku....

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Alhamdulilah....bersua lagi rasanya dah seminggu tak menulis blog...lengang je...orang kata dah bersawang dah blog aku ni....bukan apa, bukan tak nakmenulis dah sebuk berlatih dan menambah stamina untuk kayuhan Sg. Selangor Phase 2 Endurance Ride. Hampir setiap malam mengayuh basikal...naik turun bukit. he..he... takut pancit nanti di lapangan.

Terbail dari camera rider En. Ahmad Nasir

Dah alang-alang ada cerita aku masukkan lah cerita tentang kayuhan Sg. Selangor Endurance Ride ini...hu...memenatkan dan rasa tak puas...buakan nak kata aku ni tero sangat berkayuh ...puncanya tak habis bikit aku redah..baru habis 20 hingga 21 km aku terjatuh di tebing sungai..aduh apa lagi tangkap kejang otot aku la...alhamdulilah ada geng dari Pasir Panjang, kelang tolong tegak kan kaki. Kalau tidak mau aku menjerit mintak tolong. ha..ha.. malu je...tapi ia lah rata-rata aku tanya memang trek ni memang mencabar sikit. Bagi aku sudah tentu mencabar 70% adalah mendaki bukit hu....tu yang betelo otot betis aku sehingga waktu ni..aduh....susah nak bergerak laju.

Apa-apa pun sepanjang hari sabtu semalam aku ditemukan Allah denga kawan lama aku satu sekolah masa kecil-kecil, kuasa Allah jodoh dimana sahaja....kalau denga izin Allah hendak diketemukan berjumpa juga. Mengenai kawan aku ni Saiful nama dia satu kelas masa form 4 dan 5, sama giat berpengakap dan melakukan aktiviti luar sekolah yang lasak ....tak sagka hingga sekarang ini. Berjumpa bersalam berpeluk-peluk tanya khabar dan ambil gambar ....Insya Allah semoga di temukan Allah lagi, ialah aku di KL dia sekarang bertugas di kucing...apa..apa pun the best.

Aku dan Saiful

Sambung balik pasal kayuhan Sg. Selangor Phase 2 Endurance Ride ni...penyertaan ramai, aku dapat info dari pihak penganjur sekitar 1100 orang peserta. Terdiri dari 4 ketogari ..Man, Veteran, wanita, dan junior. he..he.. aku sudah tentu Man (muda) perasan..sikit...ok..lah jum layan gambar ...aku tak banyak tangkap gambar...cuma di lapangan dewan je...nak bawak masuk camera aku kat trek takut ...jadi aku kena lah mengendeng gambar yang terbaik dari member riders lain..(Ahmad Nasir). Boleh kan....bang tumpang gambar....k..layan gambarni....

Dari camera aku ni....

Dari camera rider En. Ahmad Nasir

~sekian~

Sabtu, 7 Januari 2012

Rasa berbaloi tak

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat.  Hari ini aku berpusing-pusing di sekitar ruang shopping complek eon (Jusco Rawang), sungguh aku tertekan melihat ramai pengunjung yang singah makan di store-store makanan fast food masing-masing memegang salah satu andara 2 barangan, yang kini cukup moden dan bergaya. Ha ..nak tahu apa dia? hu..hu....kalau tak ipod sudah tentu table Samsung Tab. 

Serentak dengan itu terlintas di dalam kepala hotak aku, yang tahun ini aku nak memiliki nya. Memandang kan alat penulisan blog aku ini pun dah berusia sama sesusia anak sulung aku jadi aku berhajat hendak mengantikan dengan yang baru...bukan kerana sudah tidak dapat digunakan atau rosak..tetapi agak slow untuk aku mengunakan software-software yang berat.contoh ps4, cad dan sebagainya.


Ni nak tanya kengkawan ni....budjet aku tak lah banyak, dan berbaloi tak beli benda-benda ini? Dan kalau boleh biarlah tahan sekitar 5 hingga 6 tahun pengunaanya. 


+



~sekian~

 










____________________________________________________________________________


Khamis, 5 Januari 2012

Back to school

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. 4 Jan 2012, Hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan ibu bapa iaitu hari persekolahan ...ha..ha...nak tahu kenapa, pandang lah disekeliling kita, persekitaran tempat kerja kita dan mungkin diri kita sendiri. Ha ..di ketika waktu cuti sekolah inilah kita dapat lihat sesetengah ibu bapa yang bekerja mengambil cuti siap ada jadual lagi..si ayah cuti berapa hari bulan dan si ibu cuti berapa hari bulan, ini semua berikutan hal nya cuti sekolah ...ia lah sekolah cuti, taska cuti dan yang paling pening baby sister pun cuti panjang. Tetapi bagi mereka yang anak-anak sudah bersekolah menengah lain pula kerisauannya siap hantar madasah-madrasah atau pondok-pondok lagi alasannya nak biar anak itu mendalami agama......hem.....cuti sekolah je ke perlu mendalami agama ..bulan-bulan yang lain kita dok perah dia orang anak-anak ni tusyen sampai naik muak budak-budak ni dengan buku ....tak pulak kita berkeras mereka ke masjid atau surau untuk mendengar kuliah agama..........termasuk lah aku ni.....ini aku tulis macam ni bio aku beringat sikit....em....jadi waktu persekolahan ini lega lah mak bapak yang kedua-duanya berkerja......kerana anak-anak mereka dah tentu sibok juga dengan kerja-kerja sekolah dan aktiviti sekolahnya...kalau yang ini tak termasuk aku sebab si pembuat kek pisang aku sememangnya pemaisuri di rumah.....jadi kalau di sesi persekolahan ni beliau lah yang paling sibuk..kesian.....tak pa nanti cuti panjang kita gi jalan-jalan rehat kan minda...ha...ha.....bodek la tu...

Sekolah agama sesi pagi

K lah berbalik 4 Jan 2012 ni...adalah hari pertama bagi penggal persekolahan 2012, tahun ini anak-anak aku yang bersekolah di sekolah rendah jenis kebangsaan ada 2 orang Umair dan Moustoffa, si abang tahun 2 dan adik tahun 1. Ha..ha.....tahun ini tahun 1 dan 2 dalam sesi petang dan sekolah agama pada sesi pagi, berbanding tahun sebelum ni tahun 1 dan 2 dijalan kan dalam sesi berlainan. Tahun 1 sesi pagi dan tahun 2 sesi petang, bagi aku senanglah..kedua-duanya berada dalam sesi persekolahan yang sama, bukan apa ada lah abang yang nak tengok kan si adik ni. Si adik ni ligat sikit ikut kepala dia saja..dah la comel. Yang aku  paling risaukan tentang si comel ni bukan pasal dia cergas sangat tapi takut bekal yang dibekalkan (duit, air dan lain-lain) tak cukup ...ia lah ..comel katakan....jadi si abang ni boleh lah bekup sikit. Si abang ni bab makan memang tak kesah sangat janji dia dapat minum itu sudah cukup. Dan kerisauan yang lain bab Bas sekolah...hu..hu..takut aku, si adik ni main terjah je.....dia kalau dah bermain bukan ingat main terjah je..jadi kalau sama sesi dengan si abang boleh lah si abang membantu....tak gitu.

 Sekolah kebangsaan sesi petang

4 Jan 20212 ini juga adalah peluang untuk ibu bapa mengambil cuti tahun atau cuti MC beramai-ramai dah macam pesta di setiap pekarangan sekolah di seluruh negara (rasanyalah) yang ada siap bawak bekal ..untuk makan sekali dengan anak-anak pada waktu rehat sesi pembelajaran..pulak.....tapi aku dan wife aku lain la pulak aku menjadikannya peluang untuk aku berwindow shopping...ha..ha...  apa punya mak bapak la aku ni....tak kesah lah aku cuba bagi ruang dan peluang kepada anak-anak aku belajar mengendalikan diri di tempat awam....he..he.. alasan aku rasanya boleh pakai tak....haah.a....ha....Selepas sahaja hantar budak dua tu ke sekolah dan menguruskan hal-hal yang masih tertangguh.....seperti buku sekolah yang sekolah order lambat baru hari ini ada stock ....dan hal-hal mencari kelas aku terus je ke pusat membeli belah di persekitaran kawasan tempat aku tinggal ni.... Bab nak berjumpa cikgu kelas anak-anak aku nantilah kerana  nak bercakap dengan guru kelas memang tak masuk akal lah.....ia lah setiap kelas dikerumuni ibu bapa....aku pun tak paham kenapa, termasuk lah aku joint sekali......he..he....jadi biar lah reda sedikit keadaan dalam 1 atau 2 minggu nanti baru boleh nak berjumpa dengan setiap guru kelas anak-anak aku ini.....ok..lah malas nak cita panjang lebar ni.....kita layan gambar plak......

Layan window shopping



~sekian~



Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru & orientasi -2012 Masihi

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Tahun baru datang lagi, beginilah putaran waktu dari saat bertukar minit dari minit bertukar jam dari jam bertukar hari dari hari bertukar minggu dari minggu bertukar bulan dari bulan bertukar tahun. Kini dari tahu 2011 kepada 2012....tentu ramai ditanya dan bertanya, apakah azam tahun baru? he..he...buat masa ini belum ada yag bertanya aku soalan sebergini tetapi dizaman aku sekolah dulu siap..jadi bahan karangan oleh cikgu bahasa ...tak kira lah BI ke BM. Bagi aku azam itu tak penting ia lah..setahun aku sambut dua tahun bahru ...Hijrah dan masihi jadi bagi aku target atau pencapayan sesuatu itu yang menjadi ukuran bukan azam. ha..ha..kalau komplot opis aku kita dah tuka, tak perlu guna azam, pencapayan tetapi DGFE...lagi nampak sexi...

Ok lah rasanya ini catatan blogs pertama aku di tahun 2012 ini....ha..cerita pembuka lembaran baru senang cerita diary baru atau buku catatan baru lah ha..ha......atau.....ai...berapa banyak atau dah...k lah buat pembukaan cerita di lembaran tahun baru ini aku nak berkongsi bersama lah..mengenai seawal persekolahan anak aku Moustoffa ni..bukan apa ini lah tahun pertama persekolahan dan bagi aku hari-hari dimana yang anak aku ni tak akan lupakan. Yang sulung Umair boleh rujuk kat si tukan buat kek pisan punya blogs la...he.....kerana masa itu Sehastamungkin.blogsport belum pun di cetus idea lagi boleh rujuk sini. (cerita-ummchak.blogspot).

Bukan nak cerita apa pun pasal hari pertama persekolahan, walau pun hari ini hanya hari orientasi tetapi dah siap pakai baju sekolah bagai...jadi aku kira dah hari pertama persekolahan lah.....Seawal pagi 31 dis 2011jam 8:00 pg si pembuat kek pisang ni dah get ready lah anak dia ni.....mandi pakai uniform dan bersarapan....aku dalam sedang mengelon si kecik muaz ni.....terngiang-ngiang suara si Papa ni....ayah..ayah..bangun papa dah siap nak gi sekolah ni...ada pereksa cepat lah.....dengan nada lembuat aku menjawab ye..ayah nak bersiap la ni papa gi pakai stoken dulu.....memandangkan rumah kami tak lah jauh sangat dengan sekolah dalam angaran 200miter tu....aku buat lepak-lepak lah.....nah kou..sesampai nya di sekolah jam 8:30pg terkejut aku, punya la ramai nya budak-budak tahun satu yang mendaftar di sekolah ini..dan siap dah beratur lagi menuju ke kelas-kelas untuk menduduki ujian saringan...em.....Alhamdulilah aku tak sampai jam 9:00 tadi kerana pada surat yang kami terima ujian saringan akan bermula pada jam 9:00 pg, tetapi punya la syok mak bapak sampai jam 8:30 pg dah siap kan anak mereka untuk ujuan saringan.....aku apa lagi sumbat je anak aku di bilik-bilik yang disediakan...tampa memeriksa terdahulu senarai nama dan bilik-bilik yang telah disediakan. Alhamdulilah bilik yang aku sumbat anak aku itu betul ...hu..lega sikit kalau tidak kena la akumenyusun ayat untuk bertemu cikgu bertugas.....


Semasa ujian saringan bermula aku denga aak sulung kau pergi mengambil buku text di dewan, anak aku yang sulung sudah di tahun 2 jadi mudah la kerja sikit ..ia lah abang dia ada boleh ajar kan si adik. Selapas proses pengambilan buku text selesai aku pun bergegas ke dewan besar sekolah tersebut untuk mendengar taklimat, didalam kepala hotak aku ni berangapan taklimat yang disampaikan oleh cikgu-cikgu ni taklimat biasa, memandangkan ini bukan kali pertama aku menghantar anak bersekolah kebangsaan jadi aku buat tangkap ngantuk je lah....sehingga tak limat yang disampaikan oleh cikgi penyelarasan mata pelajaran baru lah aku terkejut kaku....em...apa tak nay pada tahun ini sistem pembelajaran dan pemarkahan murid-murid tahun 1 2012 telah di ubah kepada sistem yang lebih efisian lagi (mintak-mintak macam itulah) dengan penerangan panjang lebar mengenai sistem baru KSSR dan PBS (Pentaksiran berasaskan sekolah) hu....semangkin hebat sistem pelajaran anak-anak Malaysia ni...Kami ibu bapa di beri penerangan panjang lebar mengenai sistem-sistem baru ini ..yang dapat aku berkongsi bersama antaranya bahawa sistem PBS ini merupakan satu bentuk pentaksian bersifat hoistik iaitu menilai aspek kognitif, efektif dan psikomotor selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan koko standart sekolah rendah (KSSR). Dan lagi kami difahamkan bahawa 40% permakahan untuk ujian UPSR adalah dari jumlah peratusan penilayan yang dibuat dari Tahun 1 hingga Tahun 6, disini difahamkan lagi sekiraya pelajar berada di tahap terbaik dalam peperiksaan UPSR tetapi tidak mendapat peratusan terbaik dalam penilayan (PBS) juga tidak dikira lulus dengan cermerlang.....hu..banyak lagi ni nak aku taip satu-satu mau berhenti kerja staf-staf IT kat jabatan pendidikan nanti, oleh itu nak tahu ebih lanjut pasal PBS ni...layar lah sendiri ......atau gi sekolah tanya cikgu..ha...ha.......

~sekian~