Rasa dah berbulan tak mengayuh basikal, hujung minggu aku bertekat mengayuh basikal bersama2 geng2 CHMBR (Country Homes Mountain Bike Rides). Pada mulanya malas gak nak mengayuh, mungkin dah lama sangat tak mengayuh dan mungkin sayang kan tilam dan bantal yang masih hangat aku pelok..selepas solat Subuh. Aku gigih kan jugak bangun dan salin pakayan, lagi pun aku dah berjanji dengan geng2 aku nak kayuh bersama2 hari ini...maka aku teruskan hajat aku mengayuh tu....
Hari ini cuaca baik, kata aku dala hati ..... semoga aku tak tercungap mendaki bukit nanti, sampai je kawasan perkumpulan sayup dah aku nampak member2 dah berkumpul rasanya aku bukan org yang terakhir sampai. Memang benar sangkaan aku 5 minit kemudia sampai lah 2 , 3 rider lagi ...bergerak lah kami...trek kali ni berlecak dan berlumpur tapi tak jauh sekitar 28~30km. Maklumlah sekarang musim hujan jadi mandi lumpurlah jawanya hari ini, aku memang suka pun mandi lumpur extreme gitu....ha..ha....
Lepak sekejap borak2
Waktu cukup pendek dirasakan cepat betuk kami sampai ke check poin 1 (Bandar Sungai Buaya) lepak jap isi perut, isi bottol air dengan 100plus pas tu kayuh semula. Sejuk betul dalam hutan ni......rasa tak berpeluh pun badan. hu..hu...... Alhamdulilah kali ini aku ak lah jadi orang yang termengah2 mungkin dah ada stamina sedikit berbanding kayuhan pertama aku dulu....kena banyak mengayuh. Hi..hi...lihat lah gambar2 dalam post aku ini, Tq for En, Zaki atas gambar2 ni ...macam ni kena cari camera kecil lah buat koleksi gambar mengayuh...rugi tak de kenangan.sekian :----------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan