Hari pertama di bumi Pulau Pinang atau timang2 nya Pulau Mutiara membuka selera aku dengan menu yang populer dan amat2 di cari bagi pengunjung Pulau Mutiara ini, lain tak bukan adalah nasi kandar.
Memang tidak dapat dinafikan nasi kandar Penang ini memang osemmm ini kerana dikatakan rempah ratus yang digunakan adalah resepi turun temurun dari nenek moyang mereka sejak zaman kesultanan melayu hingga lah kini...betul ke?.. Nak cita pasal 2 spot nasi kandar yang top dan sempat aku singgah layan. Pertama Nasi Kandar Line Clear dan kedua Nasi Kandar Beratur.
Kedua-dua nya ada kelebihan tersendiri dari segi rasa.. Kita cita nasi kandar Line Clear dulu aaaaaa. Gerai yang terletak di Jalan Penang berhadapan dengan parking kereta berbayar mudah di kenal pasti. Seperti biasa gerai nasi kandar ini memang ramai diminati hinggakan pelangan terpaksa beratur panjang untuk bungkus bawa pulang atau makan disitu. Memandangkan aku baru saja sampai di Pulau Pinang, jadi aku beli bungkus saja..nasi kandar telor sotong dan sotong kuah banjir dan nasi kandar ayam goreng kuah bisa2 untuk anak2 aku.
Sesampai nya di hotel cek-in bagai aku pon masuk ke bilik baling beg terus bukak bungkusan nasi kandar tadi. Anak2 aku dan ready bersila dengan perut lapar... Peh...bau saja dah tertelan air liur. Belum lagi suapan pertama...
Dari satu suap ke satu suap habis licin sebungkus nasi kandar...Line Clear... Hari kedua pulak teringat nasi kandar...beratur sebelah Masjid Kapitan Keling. Lepas saja jam 8:30malam aku dan askar2 aku bersiap menuju ke ...lokasi.. Sesampainya di lokasi order dulu untuk anak2 aku nasi kandar shif awai....dah malam kesian depa nak tunggu jam 10. Sebenarnya aku ter excited ha...ha...ingat kan nama kedai dia nasi kandar beratur jam 10 malam. Rupanya salah memang dia bukak jam 10 malam. Aku beratur balik...ha...ha...
Dah sampai giliran aku..pening nak order lauk apa...terpandang pinggan pelangan lain...aku pon follow. Nasi kuah campur, sotong dan ayam goreng. Untuk wife aku bungkus nasi kuah campur dan ayam goreng.
Dah rasa dah makan dan sudah menikmati nasi kandar populer Penang ni...ha time nak bagi markah pula. Bagi aku nasi kandar Beratur adalah lebih mantop dari naksi kandar Line Clear..apa2 pon menag dua resepi ni tak dapat di KL atau tempat2 lain....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan