Ahad, 29 Disember 2013

Whey Protein - Info Diet

Kenapa Bayar lebih untuk mendapatkan Whey Protein yang berkualiti setaraf dengan Whey Protein luar negara.

Nama produk: InfoDiet Whey Protein
Kuantiti: 1 kg
Jenis Protein: Whey Concentrated
Perisa: Coklat
Ianya HALAL

Nutrition Fact: Sediaan 30gram mengandungi
**103 kalori
**20.1 gram protein
**4.3 gram karbohidrat
**0.6 gram lemak

Asid Amino (BCAA):
*Isoleucine 1200mg
*Leucine 4502mg
*Valine 1115mg

Harga: RM75
Tidak termasuk kos penghantaran






--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kenapa murah sangat, whey lain sampai ratus2"

Whey Protein (info Diet) ini murah kerana dibotolkan dalam bentuk 1kg. Kebanyakkan whey yang dijual dalam bentuk 2.2kg. Selain dari itu Info diet Whey adalah 100% R&D dan dikilangkan Malaysia. Tiada kos pengangkutan dan kos duti dari luar negara seperti yang dikenakan keatas whey import.

Dari beza harga ianya tidak lah dikira terlalu murah. Kerana jika anda ke US atau UK atau New Zealand, anda boleh dapati 1 kg Whey dijual dengan harga RM50 sahaja (lepas tukaran nila wata wang).


Di Info Diet kami sedaya upaya berusaha kearah itu, menghasilkan whey yang lebih murah dan berkualiti setanding dengan whey import.

Apa yang menjadi penghalang adalah kuantiti pengeluaran. Diluar negara, mereka boleh letakkan harga yang murah kerana kos pengeluaran sangat rendah kerana 'volume' pengeluaran sangat tinggi akibat permintaan sangat tinggi.

Justeru dengan itu, demi merealisasikan harga Whey yang murah sokongan daripada anda semua amat diharapkan.



Terima kasih kepada anda yang telah 'support' dan membeli Info Diet Whey Protein.
 


** Keterangan lanjut : https://www.facebook.com/#!/infodiet

Makanan tinggi protein

1. Telur ayam

Telur secara keseluruhan menyediakan kandungan protein yang tinggi kira-kira 6-8 gram setiap telur, dan juga kaya dengan vitamin, besi, zink dan kalsium yang menjadikan telur sebagai salah satu makanan yang paling lengkap makanan untuk otot.

2. Dada ayam

Bagi setiap 100 gram dada ayam anda akan mendapatkan 30 gram protein, dengan lemak yang minimum. Makanan ini agak murah, mudah untuk dimasak dan boleh dihidangkan dalam banyak gaya yang berbeza. Yang terbaik panggang je tanpa minyak..

3. Minyak ikan

Minyak ikan mempunyai anti-radang yang membolehkan badan anda untuk pulih lebih cepat daripada senaman berat. Ini bermakna bahawa anda boleh bersenam lebih kerap. Apatah lagi, minyak ikan juga mungkin mempercepatkan metabolisme anda. Jadi, anda akan bukan sahaja dapat membina otot, tetapi juga membakar lebih banyak lemak.

4. Daging
Daging lembu tinggi dengan Omega-3 asid lemak, tinggi dengan lemak tepu yang baik, dan dimuatkan dengan 400 peratus lebih vitamin A (sebagai beta karotena) dan vitamin E.

5. Oat
Oat menyediakan campuran karbohidrat, serat, protein, mineral dan vitamin. Membantu dalam mengeluarkan lemak dalam makanan yang diambil. Juga bagus untuk jantung

6. Nenas
Nanas adalah sumber makanan yang kaya dengan enzim protein mencerna dinamakan bromelein. Ia juga telah dibuktikan dapat mengurangkan keradangan otot, menjadikan ia satu tambahan dimakan selepas senaman anda.

7. Bayam (Spinach)
Sapa pernak tengok kartun popeye angkat tangan!!.. Bayam sebenarnya memang bagus untuk otot. Penyelidik di Universiti Rutgers (2008) menunjukkan bahawa phytoecdysteroids yang terkandung dalam bayam boleh meningkatkan pertumbuhan otot sehingga 20 peratus. Terkejut? Apa lagi rajin-rajin la makan sayur..

8. Susu Coklat
Susu coklat boleh membantu anda membina otot dengan lebih baik. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Pemakanan Sukan dan Metabolisme Latihan, susu coklat adalah berkesan sebagai minuman sukan meningkatkan output jumlah latihan dan melambatkan keletihan

9. Kacang badam
Perkara-perkara besar boleh datang hanya dalam pakej kecil. Badam menyediakan sumber yang baik untuk protein dan lemak, tetapi ia adalah vitamin E yang paling bermanfaat untuk otot anda. Antioksidan yang kuat melawan radikal bebas dan membantu anda pulih lebih cepat daripada latihan anda.

10. Ubi keledek
Karbohidrat adalah nutrien penting untuk badan anda, dan mereka juga membantu anda menambah pada otot tambahan. Keledek adalah salah satu pilihan yang lebih sedap dan lebih mudah untuk menambah kedai tenaga dan menjana proses pembinaan otot. Selain itu, ia penuh dengan vitamin dan mineral untuk membantu anda mengekalkan paras gula darah yang normal.

Ahad, 15 Disember 2013

Nasi kandar Penang

Hari pertama di bumi Pulau Pinang atau timang2 nya Pulau Mutiara membuka selera aku dengan menu yang populer dan amat2 di cari bagi pengunjung Pulau Mutiara ini, lain tak bukan adalah nasi kandar.


Memang tidak dapat dinafikan nasi kandar Penang ini memang osemmm ini kerana dikatakan rempah ratus yang digunakan adalah resepi turun temurun dari nenek moyang mereka sejak zaman kesultanan melayu hingga lah kini...betul ke?.. Nak cita pasal 2 spot nasi kandar yang top dan sempat aku singgah layan. Pertama Nasi Kandar Line Clear dan kedua Nasi Kandar Beratur.


Kedua-dua nya ada kelebihan tersendiri dari segi rasa.. Kita cita nasi kandar Line Clear dulu aaaaaa. Gerai yang terletak di Jalan Penang berhadapan dengan parking kereta berbayar mudah di kenal pasti. Seperti biasa gerai nasi kandar ini memang ramai diminati hinggakan pelangan terpaksa beratur panjang untuk bungkus bawa pulang atau makan disitu. Memandangkan aku baru saja sampai di Pulau Pinang, jadi aku beli bungkus saja..nasi kandar telor sotong dan sotong kuah banjir dan nasi kandar ayam goreng kuah bisa2 untuk anak2 aku.


Sesampai nya di hotel cek-in bagai aku pon masuk ke bilik baling beg terus bukak bungkusan nasi kandar tadi. Anak2 aku dan ready bersila dengan perut lapar... Peh...bau saja dah tertelan air liur. Belum lagi suapan pertama...

Dari satu suap ke satu suap habis licin sebungkus nasi kandar...Line Clear... Hari kedua pulak teringat nasi kandar...beratur sebelah Masjid Kapitan Keling. Lepas saja jam 8:30malam aku dan askar2 aku bersiap menuju ke ...lokasi.. Sesampainya di lokasi order dulu untuk anak2 aku nasi kandar shif awai....dah malam kesian depa nak tunggu jam 10. Sebenarnya aku ter excited ha...ha...ingat kan nama kedai dia nasi kandar beratur jam 10 malam. Rupanya salah memang dia bukak jam 10 malam. Aku beratur balik...ha...ha...

Dah sampai giliran aku..pening nak order lauk apa...terpandang pinggan pelangan lain...aku pon follow. Nasi kuah campur, sotong dan ayam goreng. Untuk wife aku bungkus nasi kuah campur dan ayam goreng.


Dah rasa dah makan dan sudah menikmati nasi kandar populer Penang ni...ha time nak bagi markah pula. Bagi aku nasi kandar Beratur adalah lebih mantop dari naksi kandar Line Clear..apa2 pon menag dua resepi ni tak dapat di KL atau tempat2 lain....

Selasa, 10 Disember 2013

Hussain Pasembur, Medan Selera Renong dan mee sotong Hameed 'Pata' mee

Hari kedua di Pulau Pinang tidak terlepas dengan mengujungi kereta kable Bukit Bendera. Selebas beberapa jam di Bukit Bendera aku dan family pon menuju ke Padang Kota. Pusing punya pusing sampai di hadapan gerbang Padang Kota, cuaca mendung dengan hujan gerimis mengagahkan diri menuju medan selera lama....layan mee sotong.


Layan mee sotong peh.., nampak biasa je mee dan sambal sotong. Tapi sesudu merasa peh... mantop. Mee sotong ni agak populer bagi pengunjung2 luar Penang ni. Dengan rasa sambal sotongnya dan mee goreng yg digoreng bersama sambal...peh cukup menusuk liang2 rasa lidah aku.....


Setelah sudah mengisi dengan mee sotong aku terus menuju ke Medan Makan Renong Padang Kota Lama.

Di Medan Makan Renong Padang Kota Lama ini pula aku dihidang kan dengan gerai2 pasembor. Ha...melalui blog dan cerita2 dari kawan opis, ada gerai pasembor yang akan tidak dilepaskan oleh2 pengunjung2 Pulau Mutiara ini, iaitu Hussain Pasembor.


Lihat lah pelbagai bahan2 pasembor dihidangkan, ada udang goreng, tahu goreng, kentang goreng dan pelbagai lagi.


Disebabkan aku masih kenyang dengan mee sotong jadi aku pilih lah 4 5 6 jenis lah...udang goreng dan kentang goreng tak aku lupakan lah....hasil nya...em....lihat lah ini.

 
Rate disini aku leh bagi untuk Mee Sotong 9/10. Kenapa? Rasa supeb cuma tak cukup banyak...ha..ha.... Untuk Pasembor aku bagi 7/10. Kenapa? Sebab bagi aku sos kacang dia so so saje... Ni lidah aku aaaa korang tak setuju korang nya pasal...he...he...

Isnin, 9 Disember 2013

Mady Penang Char Koay Teow

Alhamdullilah sampai sudah ke Pulau Pinang. Setelah berbulan menunggu tarikh dan harinya.

Malam pertama ini kami makan malam di gerai tepi jalan je. Kata kawan Penang aku gerai tepi jalan kat Penang lebih sedap dari restoran berhawa dingin kat Penang ni.

Jadi aku singgahlah warong tepi jalan ini. Mady Penang Char Koay Teow, senang nak cari warong ni..tepi jalan ...Jalan Sungai Emas Batu Ferringhi Pulau Pinang.

Ramai yang layan char koay teow kat sini...aku order 3 CKT special dan 3 bungkus nasi goreng cina untuk anak2 aku.

Dari segi harga ..em...rasanya agak murah dari KL . Untuk CKT biasa RM3.50, CKT besar RM 4.00 dan CKT special RM5.00. Ok kan harga dia...
Peh...rasa memang lain dari yang di KL tak tahu lah sebab perut lapar kan..he..he...apa2 pon layan oi...Mady Penang Char Koay Teow ni... Adoi macam nak bungkus wat balik hotel plk..ni...
Habis la diet aku...minggu ni....