Isnin, 14 Oktober 2013

Setem, apa lah kegilaanya

Coretan dari post aku sebelum ini berkaitan hobi lama yang digilap kembali. Kali ini aku hendak bercerita apa kegilaanya menyimpan dan mengunpul stamp lama-lama ini. Memang nampak kebudak-budakkan, ia lah hobi mengumpul stamp ni kebiasaan menjadi kegilaan anak-anak dibangku sekolah sekitar 90an kebawah. Bagi anak-anak janerasi malanium ini mereka tak pandang dah apa tidak nya surat pon mereka kenal ..hanya lah bill-bill, penyata bank dan sebagainya itu pon mengunakan bayaran pos khas.

Berbalaik kepada minat dan kegilaan mengumpul stamp ini purata diminati oleh mereka-mereka yang sebaya umur dengan aku keatas. Golongan umur ini lah yang sangup beratur dari awal pagi hinggal pejabat pos bukak, bagi tujuan mendapatkan stamp keluaran khas dari POS Malaysia. Gilakan geng2 ini.

Nampak macam pelik tapi ini lah hakikatnya. Hobi mengumpul stamp ini menjadi kegilaan bukan sekadar kerana lukisan pada stamp tersebut. Malah dengan mengumpul stamp secara tidak langsung seseorang pengumpul akan menjadi seorang sejarahwan ini kerana stamp-stamp khas yang dikeluarkan bukan hanya mengunakan tema-tema tempatan malah ianya juga dikeluarkan mengikut petistiwa yang berlaku pada bulan-bulan di tahun tersebut. Sebagai contoh stamp keluaran khas bulan oktober 2013 bertajuk Setem kanak-kanak - UNICEF, stamp keluaran september 2013 bertajuk 50 Tahun Malaysia. Dengan adanya stamp-stamp keluaran khas peristiwa ini kita dapat menyingkap kembali sejarah pada masa-masa akan datang.

Selain dari itu hobi mengumpul stamp juga memberi kepuasan bagi pengumpulnya untuk menikmati lukisan kecil yang menarik. Seronok kan.

Nilai semasa stamp juga akan meningkat sehinggakan boleh mencapai ribuan ringgit. Tapi bukan itu yang aku kejar...cukup lah kegilaan menilai kecantikan lukisan-lukisan kecil ini.....
Banyak lagi sebab-sebab yang boleh menjadi kegilaan mengumpul dan menyimpan stamp ini sebagai hobi. Aku tak lag nak cerita panjang lebar. Yang pasti belum cuba belum tahu keseronokan nya.....

Selamat mencuba dan mengumpul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan