Parenting Tid Bit 27 : Akademik Didahulukan, Akhlak Dipinggirkan
Menjelang 2020 ini berlumba-lumbalah Kak Senah, Kak Bedah, Kak Siti dan semua jiran-jiran “Ahli Mesyuarat Tingkap” menyaingi siapakah anak yang paling pandai. Senah kata, anaknya 3 tahun dah baca surat khabar. Bedah taknak kalah, umur 4 tahun anaknya dah baca buku Lembaga Hasil Dalam Negeri setebal 1239 mukasurat. Kak Siti pun sentap dengar, lalu anaknya yang baru 4 tahun dihantar masuk kelas Matematik Tambahan.
Pendidikan KOMPETITIF atau KOPERATIF? Anak-anak kita jadi mangsa apabila ibu bapanya mengejar A melebihi pembangunan akhlak dan sahsiah. Anak umur 8 tahun dah boleh kena stroke kerana tekanan yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Semua nak menang, semua nak banyak A dan semua nak bangga anak mereka pandai. Semua lupakan A yang satu, iaitu Akhlak.
Habis sekolah swasta terbaik dihantar Si Anak. Sampai ada yang bergaduh berebut penempatan di sekolah swasta beryuran RM1000 sebulan itu. Kononnya itulah sekolah terbaik untuk anak mereka berjaya. Anak belajar Cuma untuk nak ambil periksa. Habis periksa tunggu berapa banyak “A” yang keluar. Sampai di universiti juga kekalkan tekanan dan masih tetap nak dapat “A” juga. Balik dari luar Negara, mak ayah sendiri dah tak boleh nak tegur. Anak gadis balik bawa Mat Saleh yang belum dinikahi tetapi telah setahun tinggal bersama dan emak ayah tak boleh cakap apa-apa.
Cakap lebih sedikit, habis ikut Mat Saleh kembali ke negaranya. Sampai mak ayah mati pun tak diziarahinya. Yang kurang cerdik terus lari ikut jantan ke Lombok atau Bangladesh. Semua itu sebenarnya kerana ketagihan seks sebelum waktunya, akibat kegersangan akhlak dan sahsiah. Apabila sedar, semua sudah terlambat. Hati sudah berkarat, sudah terlalu keras, nafsu sudah terlalu buas. Lapuran seorang penjaga rumah orang kaya di London memilukan kami, anak dara majikannya pernah bawa balik 8 lelaki. Beliau nampak tapi tak boleh buat apa apa… silap silap beliau sendiri yang diajak ber ‘gangbang’ sama.
Jika pun sigadis sempat diselamatkan, atau dinikahkan juga akan jadi liat. Suami akan sering saja gagal mendidik hati dan nafsu kerana sang isteri telah terbiasa meratah bermacam macam pasangan lelaki sejak dulu. Akhirnya keupayaan suami sentiasa diperkecil. Gambar gambar dan video lama bertabur sana sini. Ia sangat mengguris hati sang suami. Gambar panas tak mampu di buang kesemuanya, buang di sini esok ada orang upload semula. Ya, begitulah akhirnya, fitnah diri tidak mampu di halang... Hujung kehidupannya anda boleh agak juga….
Masih ingat Anak pintar yang buang tudung? kes anak pintar yang menjadi social escort di London? Anak pintar 15 tahun yang ikut boyfriend di Langkawi? Itu hanya sedikit cari contoh umum. Jika anda berurusan di lapangan ini, anda akan nampak jelas statistiknya sangat tinggi.
Ada kes anak dara bertudung lulusan engineer yang lari ikut jejaka India dan menderhakai ibunya. Selama ini hanya mesti pulang sebelum 12 malam syarat dari ayahnya. Adegan ranjang secara online dengan webcam juga pernah dilihat Si ibu. Semua itu sudah cukup haul untuk membaja durjana nafsu. Bila dihalang Si ibu, teman lelakinya boleh tanya lu siapa? Anak lu bukan kecil lagi? Kami boleh saman lu semua. Si Anak gadis yang kemaruk nafsu pula menempik..! Emak siapa nak tentukan syurga neraka? Dosa pahala saya? Ya, itulah tempik si anak, bila emak nasihatkan dia janganlah derhaka, tak cium bau syurga!. Lalu hanyutlah si anak, merataplah sang emak. Dimana bapak? Dah lebih 2 bulan anak digonggong lari pun tak berani nak buat lapuran polis lagi. Alasan hanya kerana anak sudah lebih umur dan pergi dengan kehendak sendiri. Akhirnya terpaksa cari bomoh untuk tolong doa pada Allah… Nauzubillah.
Seperti biasa, Kami bercakap bukan saja saja. Acapkali permasalahan ini dihadapkan kepada kami dan acapkali juga kami nasihatkan pasangan muda yang anaknya baru bertatih berjalan untuk dididik akhlaknya dahulu. Akademik akan menyusul bersama akhlak. Jika fokus akademik saja, akhlaknya nanti entah ke mana dan akhirnya dua-dua pun hilang. Tapi, apakan daya kami, mereka bukan anak kami. Mereka datang minta nasihat tetapi tidak pula mahu mendengar kecuali nasihat yang mereka sukai dan menolak nasihat yang mereka tak gemar. Masih ingat video delima lembu, buaya dan kayu yang kami upload baru baru ini? itulah situasi kita.
Tak perlu lama, semenjak 8 tahun kami di sini, sempat juga kami lihat kembali rupa ibu bapa yang anaknya dahulu kecil lagi tetapi kini datang nak mengadu anaknya yang dapat 5A itu hilang dari rumah mengikut teman lelaki. Ada gunakah akademik cemerlang ketika itu? Ada kes anak lelaki tunggal pasangan si kaya yang menggila. Guru tuisyen dan pembantu rumah pun semua di tenggek. Dihantar ke pondok tahfiz dia lari. Hantar ke IPTS dia berhenti. Habis guru, pensyarah, rakan, ustaz kena ‘jual’. Habis anak dara orang dia perkosa. Akhirnya ke penjara juga.
Di Prihatin, kami menerapkan pendidikan AKHLAK mendahului AKADEMIK. Pendekatan kami ialah KOPERATIF yang positif dan bukan KOMPETITIF yang negetif.
Jika sebelum ini, anak di sekolah berlumba-lumba untuk dapat tempat terbaik dalam kelas. Apa yang terjadi sangat membimbangkan. Anak yang sudah mendahului dalam akademik tidak mahu mengajar rakan yang masih ketinggalan. Kononnya, jika diajar nanti akan mencabar kedudukan dalam kelas pula. Tetapi tidak di Prihatin, anak yang perlahan dan laju disekalikan. Anak yang laju nanti pula akan cuba membantu anak-anak yang perlahan sehingga masing-masing mempunyai keupayaan akademik yang sama. Yang paling utama ialah pendidikan sahsiah untuk mereka mampu terus hidup berkerjasama.
Untuk KOMPETITIF, tak perlulah akhlak, tetapi untuk KOPERATIF, akhlak ialah jawapan yang terbaik.
Kita sering sudah mendengar pelbagai berita di dada akhbar dan di kaca TV, juga di laman sosial menceritakan kebejatan akhlak anak-anak PANDAI ini. Sebab itulah, Nabi diutuskan oleh Allah untuk memperbaiki akhlak manusia. Untuk memperbaiki akhlak manusia itu, satu SET DISIPLIN perlu dilaksana. Set disiplin itulah yang bernama RUKUN ISLAM. Dengan rukun Islam itu, barulah akhlak dan disiplin terbentuk.
ITULAH ISLAM dan cara hidup yang diajar dan dianjurkannya.
Ia tidaklah susah sangat untuk difahami. Rujuk Surah Toha, Ayat 2 yang menyatakan “Quran itu diturunkan bukan untuk membuatkan kita menjadi susah”. Jika sudah mudah, tak perlu disusah-susahkan lagi. Islam itu mudah, jika anda rasa Islam sekarang ini susah…berkemungkinan besar IA BUKAN ISLAM.
Salam ukhwah. Jazakallah
Iqra dari
WARGA PRIHATIN.
https://m.facebook.com/wargaprihatin?ref=m_notif¬if_t=group_activity&__user=1343346884
Saja aku up kan artikal ni, bagi mengingat kan aku balik apa tujuan manusia diciptakan Allah di muka bumi ini. Sikit sebanyak melandaskan aku balik kehidupan didunia adalah sementara. Persoalanya bagai mana untuk aku mengubah dan beristiqomah bagi mencapai kehendah Allah. Semoga Allah beri kan aku, keluarga aku dan mereka2 yang sedar akan jalan penyelesayannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan