Sabtu, 26 Oktober 2013

Lemak!!!!!!

Hi u all!
Hari ini admin nak share pasal LEMAK!.
Makanan yang tinggi lemak akan memberikan nilai tenaga yang tinggi. Kerana 1 gram lemak bersamaan 9 kalori.
Kajian mengatakan diet yang tinggi lemak juga memberikan anda rasa kenyang. Ini terjadi kerana lemak yang tidak bercampur dengan air akan berada dibahagian atas ruangan perut.
Lemak juga adalah komponen yang terakhir yang diproses oleh enzim. Apabila berada di bahagian intestines iaitu ruangan selepas bahagian perut, barulah lemak dapat diproses.
Kemudian hormon yang dikenali sebagai cholecystokinin akan memberi isyarat kepada hempedu untuk menghasilkan emulsi supaya lemak dapat bercampur dengan air.
Seterusnya hormon lipase akan bertindak untuk memecahkan ikatan lemak kepada glycerol dan fatty acid.
Akhir sekali glycerol dan fatty acid ini akan disimpan ditempat khas yang dikenali sebagai tisu adipose.
Bagaimana untuk membakar lemak?
Lemak yang tersimpan dalam tisu adipose bukan mudah untuk ditukar kepada tenaga. Tidak seperti glukosa.
Glukosa sangat mudah digunakan dan ditukar kepada tenaga. So badan macam mana pun akan gunakan dahulu glukosa untuk menghasilkan tenaga.
Namun, jika simpanan glukosa dalam diri anda semakin habis maka badakan mula memproses lemak untuk dijadikan tenaga.
Memproses lemak bukan tugas yang mudah bagi badan kita. Ia memerlukan banyak air dan juga kepekatan oksigen yang secukupnya.
Jika anda perhatikan, apabila anda melakukan senaman intensiti yang tinggi badan anda 'berhutang' oksigen. Anda tercungap-cungap dan semestinya kepekatan oksigen dalam badan tidak mengcukupi.
Dan apabila dalam keadaan rehat selepas latihan barulah badan anda megumpul kembali oksigen secukupnya. Dan proses ini juga dimanfaatkan oleh badan untuk menukarkan lemak kepada tenaga. Proses ini juga dikenali sebagai "after burn effect"
Ok lah, admin harap info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menambahkan ilmu dihujung minggu.
...............................................................
Ok semua semoga info ini berguna untuk semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan