Sabtu, 30 Mac 2013

Kuda baru ubat sakit pinggang ketempat keja.

Dah 6 tahun berulang dari rumah ke tempat kerja. 3 tahun pergi dan balik sejauh 120km, sekarang pergi dan balik 90km.

Sebelum ini menungang kapcai saja 110cc hampir 6tahun umur pun dah tua rasa2 sakit belakang pon timbul. Penangan masa yang agak panjang menungang kapcai.

Tahun ini nekat beli kuda kuasa yang agak tinggi dan faktor yang diutamakan selesa dan lebih keselamatan. Becadang untuk model KTM200 memandangkan brend ini masih lagi belum improvement dalam beberapa pekara, aku bertukar kepada brend SYM 200cc. Itupun setelah aku brainwash diri aku sendiri. Kalau ikutkan hati macam tak dak klass plak naik skuter ni dan nampak macam orang tua. Aku refer pada forem dan bertanyakan kengkawan yang telah menungangnya, ternyata brand ini sesuai dan menguntungkan aku.

Kemarin setelah seminggu berurusan dengan pihak kedai moto, maka berjayalah aku memiliki moto SYM 200cc ini...first menungang memang menakutkan ialah mator ni tak ada gear dan brake semua ditangan, kaki dok lepak saje... Memandu dengan kelajuan 60kmh hu...tak terasa gegaran seperti kapcai sebelum ini aku pandu.

Hari ini ujian pertama aku lakukan memandangkan jalan raya cuti minggu yang tidak terlalu sibuk. Cuba memandu dengan kelajuan yang agak laju 110-120 kmh ..tapi sebelum test aku bawak buah hati aku test dulu. Layan sarapan kedai mamak komen dia memang sesuai untuk tunggangan jauh dan selesa. Sambung balik tentang test tadi untuk layan corner aku agak takut tapi rasanya sudah tahu mengagak, untuk memecut satu yang menyeronokan ..cuba pulas hu..120kmh menakutkan laju, betul.  Kata member2 aku Torik dan Fadil tak rugi memandu model SYM scoter  200cc. Masalah yang aku tak suka cuma suspension agak lembut, Torik ada bagi tahu untuk klas badan macam aku dan dia kena tukar yang agak keras. Ok boleh diimprovekan. Ok untuk kengkawan yang tinggal rumah dari tempat kerja....bertukarlah. Syangi pinggang anda..jom layan gambar.

2 ulasan:

  1. Dapat bonus bln ni boleh tukar HD plak

    BalasPadam
  2. takdapat la bones nak angkat HD....taya dia pon lom tentu bro.

    BalasPadam