Ahad, 20 Januari 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Sudah seminggu peristiwa bersejarah yang ulung kalinya dapat menghimpunkan puluhan ribu manusia yang ramai tampa diberi imbuhan dan sebagainya. Mereka hanya berhimpun untuk satu tujuan iaitu keinginan dan harapan yang lebih baik pada masa-masa mendatang. 

Himpunan kebangkitan rakyat yang di olakan oleh beberpa badan NGO antaranya Bersih - Menuntut pilihan raya yang bersih dan beberapa lagi Ngo-Ngo yang memain peranan memantau perjalanan dan kehendak rakyat masa kini.

Seawal pagi Stadium Merdeka telah di banjiri semasa ke semasa hingga waktu yang ditunggu-tunggu pada jam 2 petang. Aku bersama bloger Platspender memulakan perjalanan dari station monore Imbi. Stadium Merdeka sudah maklom stadium penuh bersejarah ini, dimana kali pertama laungan kemerdekaan untuk Tanah Melayu  (Malaysia). Kini di semarakkan lagi dengan puluhan ribu manusia....dengan laungan ingin kan keadilan. 

Nota kaki:

Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan 8-tuntutan.
1. Menuntut pilihan raya adil dan bersih
2. Bebaskan tahanan ISA
3. Martabatkan bahasa ibunda
4. Menuntut pendidikan percuma
5. Selamatkan kampung warisan & tradisi
6. Selamatkan alam sekitar
7. Pulangkan royalti minyak kelantan
8. Selamatkan Felda

Jom layan gambar:


Klik gambar untuk album
Klik gambar untuk album
Klik gambar untuk album

Tiada ulasan:

Catat Ulasan