Hari ini hari kecemerlangan atau hari ihtifal buat pelajar2 dari tahun 1 hingga tahun 6. Juga penyampayan hadiah dan sijil kepada pelajar cermelang peringkat negeri Selangor.
Bagi aku pulak tahniah kepada moustaffa (papa) kerana mendapat tempat ketiga dalam peperiksaan akhir tahun, walaupun pencapayan dari segi peratus adalah tidak seperti kelas2 a / b. .. Tahniah teruskan usaha...yang lebih usaha aku rasa wife aku lah, kerana hari2 diminggu peperiksaan suara ini lah memenuhi ruang rumah aku..... Tahniah istriku.
Cerita sikit dari beberapa petikan tuan pegerusi sekolah dan pengerusi daerah gombak.
" Jadilah orang yang melihat, berfikir dan memberi dari mereka yang suka menghukum"
" Teruskan berjuang demi agama walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang sukar"
"Hantarlah anak2 kesekolah agama bagi menjadi suntikan awal kehidupan yang penuh pancaroba"
Alhamdulilah dan terima kasih aku ucapkan kepada ibu bapa aku kerana menghantar aku kesekolah ugama. Pendidikan awal yang kini serba sedikit dilupakan kerana ibu bapa masa kini lebih mementingkan akedemi dan pencapayan duniawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan