Jumaat, 1 Jun 2012

Restoran Haba & Menu sarapan pagi bandar Maharani (Muar)

Seawal pagi bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bandar yang dulu dikenali dengan jolokan bandar Maharani dan kini lebih mashur dengan pangilan Bandar Muar. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam (sambil merewang2) perjalanan dan sejauh lebih kurang 180++km ini amat lah bermakna bagi aku sekeluarga, kerana sudah bertahun lamanya aku berulang alik balik ke kampung halaman tetapi masih tidak tahu keunikan bandar tersebu.

Sate Maharani
Bandar Muar yang amat terkenal dengan cerita sejarah Bukit Kepong, juga amat  kaya dengan keunikan bangunan-bangunan lama tinggalan penjajah yang kini masih lagi berfungsi sebagai bangunan pentadbiran kerajaan Negeri Johor dan daerah tempatan. Tidak ketinggalan juga keunikan menu sarapan pagi yang jarang boleh didapati di kebanyakkan tempat. Di antaranyan menu sarapan yang populer di daerah Muar ini adalah mee rebus muar, lontong, soto dan yang paling unik dijadikan menu sarapan pagi adalah sate.

Kebiasaan sate dihidangkan pada lewat petang atau lewat malam sebagai makanan sampingan tetapi lain pula di daerah Muar, sate dijadikan menu utama sarapan pagi selain nasi lemak, lontong dan lain-lain. Bagi aku yang gemar dengan menu tradisional sate, tidak melepaskan peluang untuk mencuba.

Restoran Haba, no. 13-2 Jalan Majidi, Muar
Untuk pengetahuan umum terdapat banyak restoran di sekitar deretan bangunan-bangunan kedai lama  yang menjual sate, diantaranya adalah Restoran Haba. Restoran Haba terletak di belakang bank HSBC cawangan Bandar Muar dan berdekatan dengan bangunan pejabat tanah daerah Muar. Restoran yang beralamat di alamat No.13-2, Jalan Majidi, Muar ini menyediakan pelbagai menu sarapan pagi termasuk lah sate.
Menu sarapan di Restoran Haba
Jadi bagi mereka yang singah ke Bandar Muar, jangan lupa untuk mencuba menu-menu sarapan pagi yang amat terkenal didaerah Muar. Dari segi harga amat lah berpatutan dan murah.

~sekian~

3 ulasan:

  1. perjalanan kl-muar ambil mase 4 jam? jarak 250 km? biar betul bro?

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam