Khamis, 24 Mei 2012

Misai kucing dan loop lunch

Alhamdulilah sudah seminggu aku merana sakit-sakit badan dan kepala, tak kurang juga terasa badan keletihan akibat kerja yang memeningkan dan melambak di opis... Terasa bagun pagi amatlah letih walau pun tidur awal..... Tekanan darah pun semangkin naik membuat kan kerisawan aku bertambah..ia lah kalau biasanya aku pening kepala dan aku tidur sekejap sudah memadai..hilang lah sakit nya, ini tidak semangkin aku tidor lelapkan mata dan rehat kan otak semakin sakit jadi nya......

Jadi jalan penyelesayan nya ahad lepas aku beli lah teh herba Misai Kucing, ini pun hasil nasihat member satu opis aku.....tentang khasiat misai kucing.... 2 hari aku mencuba, mengantikan hidangan kopi blend dengan teh herba untuk minuman penghilang dahaga masa berkerja, hasilnya alhamdulilah sakit kepala dan sengal-sengal badan aku berangsur pulih.. Bangun tidur seawal pagi pun takade masalah keletihan....terima kasih kawan.....atas nasihat.
Secawan teh herba Misai Kucing......Azim
Hal misai kucing ini menjadi terbawa-bawa sorang-demi sorang kengkawan aku mencubanya... supplier tak susah kerana product ini mudah didapat....Hari ini dah masuk 4 orang mencuba teh herba misai kucing  ni..he..... sihat untuk meneruskan hidup.....bukan nak sihat kerana takut mati.....kerana janji Allah kematian tidak akan dilengah kan walau pun sesaat......

KHASIAT :
  • Membantu merawat masalah batu karang,
  • Membersihkan saluran kencing dan sakit waktu hendak membuang air kecil,
  • Membantu mereka yang menghadapi masalah keputihan,
  • Melancarkan sistem peredaran darah,
  • Dapat menurunkan kadar kolestrol dalam darah (punca penyakit darah tinggi),
  • Menurunkan kadar gula berlebihan ( penyakit kencing manis atau diabetes)
  • ...dan juga penyakit lain seperti sakit sendi (arthritic), Reumatik (rheumatoid), Kencing Kotor (urinary infection) dan masalah-masalah berkaitan dengan seks (sexual problems) 


~sekian~ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan