Rabu, 9 Mei 2012

Jalan-Jalan LRT KL

Hari ini aku MC jadi peluang mc ini aku ambil untuk update blog, banyak cerita-cerita yang aku nak kongsi bersama dah pun menjadi basi, apa tak nya masa tak mengizin kan aku berblog. Hari ini aku nak berkongsi dengan kengkawan blogger aku tentang pengalaman aku dan anak-anak aku mengembara. Bukan jauh sangat pun KL je..tapi kali ni agak berbeza perjalanan pengembaraan kami kali ini dengan menaiki public transport iaitu LRT. Lama rasanya tak menaiki perkhidmatan awam LRT ni jadi agak kekok sikit lah...mna nak beli ticket, mana nak merujuk haluan perjalanan dan yang paling kelakar mencari mintu masuk ..he..he... dah macama rusa masuk kampung jadinya.

Perjalanan kami dimulakan dengan bersarapan pagi, kali ini kami bersarapan di batu 16 jalan Rawang Selayang berhadapan pam minyak BP. Makanan yang dihidangkan bermacam-macam jenis dan kesemuanya dihidangkan ala-ala bufe. Yang special disini nasi lemak kukus bersama ayam goreng kampung berempah... memang sedap...cuma agak kalang kabut sebab ramai orang berkunjung....

Nasi Lemak Batu 16 jalan Rawang Selayang
Selepas perut kenyang diisi barulah kami bertolak ke KL. Sesampainya di KL perjalanan station ke station di mulakan. Stasion pertama adalah station LRT Ampang park, aku park kereta di public packing bersebelahan dan berjalan kaki ke station LRT Ampang park. Beli token perjalanan, sekarang dah tak guna ticket dah guna token, berebut anak-anak aku merebut token. 

Jalan-Jalan LRT Kuala Lumpur
Station seterusnya, Station Pasar seni. Lama tak ke pasar seni rasanya dahdekat 4~5 tahun lah....last aku merayau kat pasar seni ni masa sasi photographer dengan kenkawan photographer aku lah geng Alang dan geng Abg Mdnoh. Banyak dah berubah...yang paling ketara kereta lembu to lah ..dah hilang dari pandangan, kalu tak dari jauh dah nampak kereta lembu tu.. sudah ada konopi Waw lagi....dan medan selera nya juga dah berubah...dah macam restoren hailam dah... apa-apa pun penat berjalan kami singah sekejap ke medan selera pasar seni untuk basah kan tekak, nak makan perut masih kenyang...he..he.... 

Perbagai barangan  cendramata
Nak cerita Pasar seni ini....sikit, Pasar seni ini mengikut pandangan aku lah tempat di mana banyak karya seni tanah air di pamerkan dan di jual...ada keris, batik, tukangan kayu dan alat-alat muzik tradisional..dan yang paling top adalah perkraya-karya lukisan memperagakan hasil seni oil-panting dan sebagainya. Tapi kali ini lain pulak rasanya ...ia lah banyak yang diperagakan adalah hasil seni dari negara jiran....contohnya topeng, ukiran patung budah...em...tak kesah lah...asalkan tenunan songket dan batik Terengganu itu masih dikekal kan sudah.......munkin tak cukup bahan untuk dipamirkan jadi tangkap muat...asal untung.
Medan selera Pasar seni....
Destinasi seterusnya dan terakhir adalah KLCC lah... bukan apa sangat tempat ni saja nak mencari tempat ber-aircon, ialah si Muas dah basah lencun muka naik merah udang bakar ....menahan panas....sampai tempat sejuk ni relax la sikit... habis pusing-pusing sejuk kan badan ...terus balik ke station Ampang park dan mengakhiri Jalan-Jalan LRT KL. hu..hu.....

~sekian~ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan