Sabtu, 30 April 2011

New toys


InsyaAllah Coming soon Giant revel.0 ...ni lah rasanya yang dapa aku beli. ni pun dah terasa mahal nya..beli kat Ligamas Cycle . Harga boleh tanya tuan kedai..Mis.amoy.

Jadi bsikal yang lama to aku rasa nak bagi anak buah aku....mirul kat kg. ni nak pinjam member car rack.

Ahad, 17 April 2011

Karnival MTB - 1 Batang Kali 2011

Bandar Sungai Buaya 17.04.2011 - Karnival MTB 1 Batang Kali 2011 telah berlagsung. Penyertaan yang ramai dari segenap pelusuk selangor dan luar dari selangor tak kira lah secara perseorangan atau kumpulan. Karnival yang menawarkan hadiah yang lumayan dari penganjur dan sponser Giant bike. Di awal pelumbaan semuanya alhamdulillah....... . Aku bertolak dari rumah lewat dan sampai ke lokasi lebih kurang check pont yang ke tigga...jadi rasanya tak lah terlalu lewat...he..he...

Sesampainya aku di lokasi terasa teruja melihat perseta2 berkayuh .....aku dan anak aku melambai tangan. Tetapi bila kebanyakkan perserta memasuki check pont yang ketiga...masing2 berpatah balik siap dengan maki hamun ..aku ingat ada pergaduhan kecil. Aku segera penyusuri kereta ke tapak permulaan. Em ...baru terang dan nyata perlumbaan terpaksa di batalkan kerana treck kayuhan tiada marshel yang menjaga jadi perserta tak tahu mana satu trek yang harus dilalui.

Keadaan agak kecuh dibalai pelepasan hampir 15 minit dan lebih, sehingga lah seorang pemerhati bersuara dan memohon maaf
kepada peserta2 kayuhan...hai senang kan kat Malaysia ni buat salah je mintak maaf. Memang la memina maaf dan menerima kemaafan tu bagus tetapi kena denga tempatnya lah. Ramai yang ingin duit penyertaan di kembalikan RM50 to.....tak silap aku sebelum aku keluar tari tapak karnival rasanya keputusan
yang telah dipersetujui oleh pengajur dan perserta adalah karnival dibatalkan, duit penyertaan dipulangkan, setiap perserta menerima madel dan hadiah lain dibuat cabutan betuah....lain aku tak tahu sebab aku blah awal.....lain2 aku tak tahu apa terjadi.....






















Ok lagi ..tak jahanam













Wajah2 hampa dari perserta kayuhan Karnivel MTB 1 Batang Kali






















Otai ....marah sungguh

Perserta di awal kayuhan cukup bersemagat












Basikal Fuji....cantik



Giant ni cantik gak
Baru 4.76 kilo/M
Antara basikal yang aku idam kan
(double click for detail)

Ni lah dia tag rasmi MTB 1 Batang Kali
Umair bukan perserta
Note; Untuk bakal penganjur aktiviti seperti ini dan sebagainya akan datang diharpap dapat pengajaran.


P: Sila ke http://www.karnivalmtb1batangkali.blogspot.com/ untuk info terkini. (Info Pemulangan Wang Pendaftaran)Link


Sabtu, 16 April 2011

QA 2010-1st placed

Instrument Department|1st Placed QA 2010

15.4.201 jam11.45pg hari photographi untuk kami warga Instrument department..hari biasa cuma rutin harian ada berbeza sedikit, biasa lah dah menang tempat pertamaQA 2010. Jadi kami ambil gambar bersama2 atas usaha beberapa rakan yang berhadapan dengan permereksaan QA, jadi kawan2 lain sama dapat habuan. Menag QA tempat pertama ada habuan nya hingga lah tempat yang ketigga, tapihabuan itu kami masih belum terima....bila agaknya nak dapat yek....















Kecoh2 susun2 jangan ak susun













Luar kawalan....


Khamis, 14 April 2011

Aku dan kami, Ibarat nawa dihujung tanduk

Semalam 13 April 2011, kemalangan yang amat ngeri di kilomiter 439.4 lebuhraya utara selatan Rawang Bukit beruntung. em.....amat menyedihkan seorang penungang motosikal sama macam pergi tak kembali......ini pekara yang amat ditakuti oleh semua penungang motosikal macam aku ni.

Kejadian semalam berlaku lebih kurang jam 8.45 pagi. Time ni aku dah sampai pun kat opis aku Jalan Tun Razak. Mangsa ZuBin Abdul Latif seorang Ketua Pusat Latihan Kuang Silat Cekak serta jurulatih silat cekak dan beliau juga adalah adik kepada Juru camera Awani yang terlibat dalam Kapal Mavi Marmara.







Takziah aku ucapkan kepada ahli keluarga aruah.
Semoga Allah memberkati dan menempatkan roh beliau bersama orang2 yang beriman.
Al-Fateha.





Cerita lagi:
http://kemalangandijalanraya.blogspot.com/2011/04/jurulatih-silat-cekak-maut-digilis.html
http://ondscene.my/kemalangan/penunggang-maut-kepala-digilis-lori-kontena

Sabtu, 9 April 2011

Farewell - Al-Rawsha restaurant

24.3.2011 jam 12:30 pm, Instrument department sekali lagi mengalami perubahan sosial, bila mana seorang lagi kawan kami meninggalkan Technip (dapat offer lagi best) . Jamuan perpisahan atau farewell kata orang putih ini kami buat di restaurant Al-Rawsha (makanan arab).

Encik Yus, seorang engineer yang ok peramah, mudah didekati dan ok orang Johor macam aku...ha...ha..kenergian pulak. Aku harap beliau dapat menjalankan tugas di com. baru nya .....dengan baik, semoga berjaya.

Sambung balik tentang Al-Rawsha ...makanan nya boleh tahan sedap nak tahu boleh datang sendiri lah kat restaurant ni....tapi aku igatkan kengkawan yang hendak pergi aku saran kan pergi lah waktu makan tengah hari, kerana aku pernah ke restaurant ni waktu malam bersam keluarga aku..jawapannya hambar, nasi sejuk, suasan bosan bersepah2 dan banyak lagi lah (Dinner at Al-rawsha- tapi dah lama la pos ni) tak tau lah masa ku pi dinner kat sini dah lama dah tahu 2009 mana lak tahu sekarang dah ok....kot

Jadi sesiapa yang hendak ke restaurant ni boleh lah merisik kat web ini http://alrawshakl.com/
menu dia semua boleh dirujuk dalam web ini...dan menu yang aku paling gemar em.....Lamb Mandy.

Nah tengok la sendiri muka sedih dah jadi riang bila berdepan dengan juadah2 yang sememangnya kalau datang sekali dan akan datang sekali lagi..ha..ha... Tapi aku heran kenapa la gambar orang yang diraikan tak de dalam koleksi ni...... nak kena tanya photographer cerita ini. Mak lum lah gambar ini ehsan dari seorang kawan Puan Liza...



Fig: To dia Puan Liza...















Fig: Abg Jamal dan Puan Salina | Penerangan dari Abang jamal ...Jangan makan banyak nanti kena darah tinggi.......gurau je.



Selasa, 5 April 2011

SEASCAPE 4/0 GL ABU GARCIA

Hai......melihat rod2 pancing ni, membuat kan aku termenung. Susah betul menjadi rakyat Malaysia ni ....banyak nya nak guna duit apa bila nak berhobi dengan hobi yang mencabar ini.
Itu baru nak memancing belum yang ....lain. Teringta sejenak aku mas kecil2 dulu membuat joran hanya dengan pelepah sawit muda.....
Bukan apa aku membebel kat blog aku ni.......kemarin aku singah kekedai alatan pancing ingat kan nak menyambung hobi yag telah lama aku tinggalkan ...(memancing) masuk je kedai.....hu...terbeliak mata aku...hu.....kagum dengan teknologi sekarang....ikut sejarah aku giat memancing lebih kurang 12 tahun dulu hu...lama gak tu ......pengalaman memancing biasalah, duduk kampug mestilah dengan ayah..... Memancing udang galah, memukat dan menjala. Shok zaman itu...cukup lag sejarah aku memancing malas nak cerita panjang.
Gambar ini aku paksa adik perempuan aku ambil....... guna camera telepon dia....he..he....aku paksa dia up kan kat facebook dengan segera...nak tunjuk kengkawan opis. Bukan kerana aku beli tapi nak tunjuk harga ....banding kan harga kat Rawang dan tempat lain...biasa la tolong kengkawan..... tapi aku tertarik dengan satu rod tu ..biar rahsia....ada modal aku beli lah nanti.



sehasta Mungkin

Sabtu, 2 April 2011

Hujung Minggu - UK Resort, Ulu Kalong, Ulu Yam Baru

Hari ini badan masih terasa sakit2, lagi bahagian tangan dan lengan yang di suntik semasa menjalani ujian kesihatan dan jantung 4 hari 3 malam di hospital Pusrawi, Jalan Tun Razah KL.
Segalanya berjalan lancar. Doc mengesahkan aku tiada masalah jantung tetapi berkemungkinan akan menghidap nya jika aku tidak mengawal pemakan aku. Maksudnya terlalu mengambil makanan yang ber kalori tinggi seinggakan kolestrol LDL dan HDL tidak seimbang.



Hem....banyak perubahan aku kena lakukan demi kesihatan yang baik, mati bagi aku itu semua kerja tuhan yang esa Allah S.W.T. Tetapi bab kesihatan sikit sebanyak dapak mengangu kehidupan aku baik dalam ibadan dan fitrah. Pertama2 sekali aku kena berhenti merokok (huh..bahaya kerja nak berhenti ni). Kedua kerap kan bersenam....aku hanya boleh berbasikal nak belari lutut aku sakit . Dan mungkin yang ketiga mengawal atau menukar tabiat makanan seimbang.

Oleh itu memandangkan aku dan keluarga sudah lama tak beriadah dan membuang masa bersama, jadi pagi2 lagi aku menyediakan 2 jenis sandwich (telor dan sadin) dan terus menuju ke tempas biasa kami sekeluarga beriadah dan menghilangkan tension dalam kepala. Mana lagi teratak UK Resort . UK resort ini tak jauh dari rumah aku lebih kurang 25km dari rumah dan lagi aku sudah rapat dan dengan pengusaha Uk resort ni..mak lom lah sebelum kami berpindah ke rumah baru memang ini lah tempat kami menghabiskan hujung minggu.

Ini lah dia salah satu resort yang baru siap .....lebih cantik. Dan dengan color coklat putih dan juga didalam nya dilengkapi kipas siling, katil buatan tangan dan berdekatan dengan sungai yang deras hu...memang selesa. Sesiapa yang teringin boleh lah cari di alamat ini

KG Ulu Kalong, Ulu Yam Bahru,
44300 Batang Kali,
Selangor D.E

Em.....pada aku, aku lebih suka berkemah disekeliling resort ini.....seronok lihat anak berlari, melompat dan bermain. Lagi si Moustofa anak keua aku tu...hu pantang jumpa air dia lah yang terjun dulu kedalam sungai, setiap kali aku dan keluarga ke Uk resort ni.

Kalau si Umair em....masih lagi penakut memang betul2 budak banda......macam mana la aku nak mengajar dia menjadi seorang yang lasak lagi berdaya tahan.

Ahmad Faiq Gazi, pada mulanya seronok tapi Apa buat hal di tarik nya adik nya ke tengah hem...apa lagi tercungap la si adik alhamdulilah acik Nadia nya ada bersama hari ini sambil bercuti dapat jugak dia tolong tengokkan budak2 ini. Tapi al kesah nak jadi cerita (sambung cerita si adik tadi) acik nadia nya nampak lalu diterkam nya si Ahmad Alhamdullah tak ada apa berlaku, tapi kesian acik Nadia nya Hand phone basah lencung. Terpak sa lah di jemur ...Mintak2 la tak rosak, kalau tak kopak lagi la duit aku nak mengantinya.


















Acik Nadiah.

Ni lah dia cerita hari ini buat aku sekeluarga. Yang penting hari ini aku dapa menghabiskan sedikit masa yang berqualiti bersama keluarga aku.......
Umair | 2 apr 2011

Moustofa| 2 apr 2011

Ahmad Faiq Gazi | 2 apr 2011

Joran- Dulu dan mungkin

Aku sangat berminat untuk memiliki joran pantai, dari pengalaman sememangnya budak kampung macam aku ni permainannya di sungai dan parit. Dari pelepah pokok kelapa sawit hingga la buluh runcing aku jadikan joran.

Sehari nanti semoga aku dapat memiliki joran Pantai yang aku idamkan.

Sehasta mungkin


persediaan memancing ikan di pantai

Saya ingin tahu cara terbaik memancing di pantai. Apakah yang terbaik bagi - 1. Umpan 2. Saiz batu 3. Perambut 4. Keadaan air 5. Waktu terbaik

SOAL: Saya ingin tahu cara terbaik memancing di pantai. Apakah yang terbaik bagi -
1. Umpan
2. Saiz batu
3. Perambut
4. Keadaan air
5. Waktu terbaik

MAZLAN Mansor,
Setiu, Terengganu.


JAWAB:


1. Umpan untuk kegunaan memancing di pantai boleh disenaraikan seperti berikut:

i) Udang segar (hidup lebih baik).

ii) Perumpum sarang/pantai.

iii) Hirisan ikan (kembung, selar, selayang).

iv) Sotong pasar (cumit sesuai).

v) Sotong kurita.

vi) Anak ikan belanak.

vii) Ikan muara seperti beliak mata, selangat, bilis air, bulu ayam, rencang rebung dan kasai.

viii) Ketam angin/anak ketam batu.

ix) Roti untuk umpan belanak besar.

x) Roti canai/daging ayam untuk ikan kuku.

xi) Siput, kerang, kupang dan isi cengkerang lain.

2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling. Tetapi pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika lontaran dibuat. Jika tidak, hujung joran mudah patah ketika permulaan lontaran. Saiz batu juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut serta permukaan. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.

3. Perambut mulakan dengan 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, saiz mata kail, kapasiti kekili dan kekuatan joran yang digunakan. Pilih warna cerah dengan panjang perambut antara 1 hingga 2 kaki. Kalau memancing ikan bebulus di pantai perambut setengah kaki dengan kekuatan 12 paun amat sesuai.

4. Kunjungi pantai ketika keadaan air yang kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan).

5. Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang. Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum fajar. Terbaik ialah lepas solat Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh. Sebagai tambahan, menggunakan joran panjang tidak kurang 10 kaki (3.5 meter) adalah satu kelebihan. Kekili jenis terbuka dan gegendung jenis panjang sesuai jika pemancing berhajat membuat lontaran lebih jauh.

Dari : Berita Harian, Joran

Cerita dan dunia ............................aku

Assalamualaikum

Satu lagi lembaran bog tulisan aku yang ke dua ...tak tahu lah sebab dan menyebab kenapa aku menulis dan blogs ni aku ujutkan...mungkin saja buat aku menulis dan berkongsi cerita ...
Selamat slam dari aku

Sehasta mungkin