Khamis, 5 Januari 2012

Back to school

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. 4 Jan 2012, Hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan ibu bapa iaitu hari persekolahan ...ha..ha...nak tahu kenapa, pandang lah disekeliling kita, persekitaran tempat kerja kita dan mungkin diri kita sendiri. Ha ..di ketika waktu cuti sekolah inilah kita dapat lihat sesetengah ibu bapa yang bekerja mengambil cuti siap ada jadual lagi..si ayah cuti berapa hari bulan dan si ibu cuti berapa hari bulan, ini semua berikutan hal nya cuti sekolah ...ia lah sekolah cuti, taska cuti dan yang paling pening baby sister pun cuti panjang. Tetapi bagi mereka yang anak-anak sudah bersekolah menengah lain pula kerisauannya siap hantar madasah-madrasah atau pondok-pondok lagi alasannya nak biar anak itu mendalami agama......hem.....cuti sekolah je ke perlu mendalami agama ..bulan-bulan yang lain kita dok perah dia orang anak-anak ni tusyen sampai naik muak budak-budak ni dengan buku ....tak pulak kita berkeras mereka ke masjid atau surau untuk mendengar kuliah agama..........termasuk lah aku ni.....ini aku tulis macam ni bio aku beringat sikit....em....jadi waktu persekolahan ini lega lah mak bapak yang kedua-duanya berkerja......kerana anak-anak mereka dah tentu sibok juga dengan kerja-kerja sekolah dan aktiviti sekolahnya...kalau yang ini tak termasuk aku sebab si pembuat kek pisang aku sememangnya pemaisuri di rumah.....jadi kalau di sesi persekolahan ni beliau lah yang paling sibuk..kesian.....tak pa nanti cuti panjang kita gi jalan-jalan rehat kan minda...ha...ha.....bodek la tu...

Sekolah agama sesi pagi

K lah berbalik 4 Jan 2012 ni...adalah hari pertama bagi penggal persekolahan 2012, tahun ini anak-anak aku yang bersekolah di sekolah rendah jenis kebangsaan ada 2 orang Umair dan Moustoffa, si abang tahun 2 dan adik tahun 1. Ha..ha.....tahun ini tahun 1 dan 2 dalam sesi petang dan sekolah agama pada sesi pagi, berbanding tahun sebelum ni tahun 1 dan 2 dijalan kan dalam sesi berlainan. Tahun 1 sesi pagi dan tahun 2 sesi petang, bagi aku senanglah..kedua-duanya berada dalam sesi persekolahan yang sama, bukan apa ada lah abang yang nak tengok kan si adik ni. Si adik ni ligat sikit ikut kepala dia saja..dah la comel. Yang aku  paling risaukan tentang si comel ni bukan pasal dia cergas sangat tapi takut bekal yang dibekalkan (duit, air dan lain-lain) tak cukup ...ia lah ..comel katakan....jadi si abang ni boleh lah bekup sikit. Si abang ni bab makan memang tak kesah sangat janji dia dapat minum itu sudah cukup. Dan kerisauan yang lain bab Bas sekolah...hu..hu..takut aku, si adik ni main terjah je.....dia kalau dah bermain bukan ingat main terjah je..jadi kalau sama sesi dengan si abang boleh lah si abang membantu....tak gitu.

 Sekolah kebangsaan sesi petang

4 Jan 20212 ini juga adalah peluang untuk ibu bapa mengambil cuti tahun atau cuti MC beramai-ramai dah macam pesta di setiap pekarangan sekolah di seluruh negara (rasanyalah) yang ada siap bawak bekal ..untuk makan sekali dengan anak-anak pada waktu rehat sesi pembelajaran..pulak.....tapi aku dan wife aku lain la pulak aku menjadikannya peluang untuk aku berwindow shopping...ha..ha...  apa punya mak bapak la aku ni....tak kesah lah aku cuba bagi ruang dan peluang kepada anak-anak aku belajar mengendalikan diri di tempat awam....he..he.. alasan aku rasanya boleh pakai tak....haah.a....ha....Selepas sahaja hantar budak dua tu ke sekolah dan menguruskan hal-hal yang masih tertangguh.....seperti buku sekolah yang sekolah order lambat baru hari ini ada stock ....dan hal-hal mencari kelas aku terus je ke pusat membeli belah di persekitaran kawasan tempat aku tinggal ni.... Bab nak berjumpa cikgu kelas anak-anak aku nantilah kerana  nak bercakap dengan guru kelas memang tak masuk akal lah.....ia lah setiap kelas dikerumuni ibu bapa....aku pun tak paham kenapa, termasuk lah aku joint sekali......he..he....jadi biar lah reda sedikit keadaan dalam 1 atau 2 minggu nanti baru boleh nak berjumpa dengan setiap guru kelas anak-anak aku ini.....ok..lah malas nak cita panjang lebar ni.....kita layan gambar plak......

Layan window shopping



~sekian~



Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru & orientasi -2012 Masihi

Ha..ha... sambil tulis blog, sambil makan kek pisang wife aku buat. Tahun baru datang lagi, beginilah putaran waktu dari saat bertukar minit dari minit bertukar jam dari jam bertukar hari dari hari bertukar minggu dari minggu bertukar bulan dari bulan bertukar tahun. Kini dari tahu 2011 kepada 2012....tentu ramai ditanya dan bertanya, apakah azam tahun baru? he..he...buat masa ini belum ada yag bertanya aku soalan sebergini tetapi dizaman aku sekolah dulu siap..jadi bahan karangan oleh cikgu bahasa ...tak kira lah BI ke BM. Bagi aku azam itu tak penting ia lah..setahun aku sambut dua tahun bahru ...Hijrah dan masihi jadi bagi aku target atau pencapayan sesuatu itu yang menjadi ukuran bukan azam. ha..ha..kalau komplot opis aku kita dah tuka, tak perlu guna azam, pencapayan tetapi DGFE...lagi nampak sexi...

Ok lah rasanya ini catatan blogs pertama aku di tahun 2012 ini....ha..cerita pembuka lembaran baru senang cerita diary baru atau buku catatan baru lah ha..ha......atau.....ai...berapa banyak atau dah...k lah buat pembukaan cerita di lembaran tahun baru ini aku nak berkongsi bersama lah..mengenai seawal persekolahan anak aku Moustoffa ni..bukan apa ini lah tahun pertama persekolahan dan bagi aku hari-hari dimana yang anak aku ni tak akan lupakan. Yang sulung Umair boleh rujuk kat si tukan buat kek pisan punya blogs la...he.....kerana masa itu Sehastamungkin.blogsport belum pun di cetus idea lagi boleh rujuk sini. (cerita-ummchak.blogspot).

Bukan nak cerita apa pun pasal hari pertama persekolahan, walau pun hari ini hanya hari orientasi tetapi dah siap pakai baju sekolah bagai...jadi aku kira dah hari pertama persekolahan lah.....Seawal pagi 31 dis 2011jam 8:00 pg si pembuat kek pisang ni dah get ready lah anak dia ni.....mandi pakai uniform dan bersarapan....aku dalam sedang mengelon si kecik muaz ni.....terngiang-ngiang suara si Papa ni....ayah..ayah..bangun papa dah siap nak gi sekolah ni...ada pereksa cepat lah.....dengan nada lembuat aku menjawab ye..ayah nak bersiap la ni papa gi pakai stoken dulu.....memandangkan rumah kami tak lah jauh sangat dengan sekolah dalam angaran 200miter tu....aku buat lepak-lepak lah.....nah kou..sesampai nya di sekolah jam 8:30pg terkejut aku, punya la ramai nya budak-budak tahun satu yang mendaftar di sekolah ini..dan siap dah beratur lagi menuju ke kelas-kelas untuk menduduki ujian saringan...em.....Alhamdulilah aku tak sampai jam 9:00 tadi kerana pada surat yang kami terima ujian saringan akan bermula pada jam 9:00 pg, tetapi punya la syok mak bapak sampai jam 8:30 pg dah siap kan anak mereka untuk ujuan saringan.....aku apa lagi sumbat je anak aku di bilik-bilik yang disediakan...tampa memeriksa terdahulu senarai nama dan bilik-bilik yang telah disediakan. Alhamdulilah bilik yang aku sumbat anak aku itu betul ...hu..lega sikit kalau tidak kena la akumenyusun ayat untuk bertemu cikgu bertugas.....


Semasa ujian saringan bermula aku denga aak sulung kau pergi mengambil buku text di dewan, anak aku yang sulung sudah di tahun 2 jadi mudah la kerja sikit ..ia lah abang dia ada boleh ajar kan si adik. Selapas proses pengambilan buku text selesai aku pun bergegas ke dewan besar sekolah tersebut untuk mendengar taklimat, didalam kepala hotak aku ni berangapan taklimat yang disampaikan oleh cikgu-cikgu ni taklimat biasa, memandangkan ini bukan kali pertama aku menghantar anak bersekolah kebangsaan jadi aku buat tangkap ngantuk je lah....sehingga tak limat yang disampaikan oleh cikgi penyelarasan mata pelajaran baru lah aku terkejut kaku....em...apa tak nay pada tahun ini sistem pembelajaran dan pemarkahan murid-murid tahun 1 2012 telah di ubah kepada sistem yang lebih efisian lagi (mintak-mintak macam itulah) dengan penerangan panjang lebar mengenai sistem baru KSSR dan PBS (Pentaksiran berasaskan sekolah) hu....semangkin hebat sistem pelajaran anak-anak Malaysia ni...Kami ibu bapa di beri penerangan panjang lebar mengenai sistem-sistem baru ini ..yang dapat aku berkongsi bersama antaranya bahawa sistem PBS ini merupakan satu bentuk pentaksian bersifat hoistik iaitu menilai aspek kognitif, efektif dan psikomotor selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan koko standart sekolah rendah (KSSR). Dan lagi kami difahamkan bahawa 40% permakahan untuk ujian UPSR adalah dari jumlah peratusan penilayan yang dibuat dari Tahun 1 hingga Tahun 6, disini difahamkan lagi sekiraya pelajar berada di tahap terbaik dalam peperiksaan UPSR tetapi tidak mendapat peratusan terbaik dalam penilayan (PBS) juga tidak dikira lulus dengan cermerlang.....hu..banyak lagi ni nak aku taip satu-satu mau berhenti kerja staf-staf IT kat jabatan pendidikan nanti, oleh itu nak tahu ebih lanjut pasal PBS ni...layar lah sendiri ......atau gi sekolah tanya cikgu..ha...ha.......

~sekian~