Dalam negara menuju ke arah pengeluaran bahan makanan dan produk pertanian yang lebih bermutu dan selamat dimakan, banyak kaedah penjagaan tanaman telah dijalankan seperti penggunaan bahan organic dan Efektic MicroOrganisma (EM) telah digunakan. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia seterusnya mengurangkan kos pengeluaran serta memastikan pengeluaran bahan makanan bebas dari bahan kimia.
EM ialah sekumpulan mikroorganisma yang hidup berkelompok di sesuatu tempat. Ianya hidup berharmoni di dalam tanah bersama tumbuhan dengan membekalkan makanan dan memberi perlindungan kepada serangga dan binatang kecil yang lain. EM tempatan boleh dikumpul dan dibiak untuk memperbaiki dan memulihkan tanah.
Jabtan Pertanian telah berjaya membuktikan penggunaan EM (Plant Booster) ke atas beberapa tanaman seperti Rock Melon, Tomato, Cili dan Pisang dapat meningkatkan mutu dan kualiti tanaman tanpa penggunaan bahan kimia.
En. Wan Muhammad Zukarnain bin Baharudin seorang Pegawai Pertanian yang berpengalaman dalam tanaman Fertigasi dan Organic Farming yang berpusat di Bahagian Pembangunan Komoditi Serdang telah menjalankan penyelidikan terhadap tanaman di atas dengan hasil yang sangat ketara dari segi pertumbuhan dan juga hasilnya.
Penyediaan EM (Plant Booster) mudah disediakan dengan penggunaan bahan yang boleh didapati dengan perbelanjaan yang kecil seperti berikut:
Bahan-bahan penghasilan plant booster:-
- Gula merah (1kg)
- Belacan (0.5kg)
- Nanas (1kg)
- Telur (10 biji)
- Dedak (0.5kg)
- Air (tanpa Klorin) (20L)
- Susu segar atau susu tepung (2L@ kg)
- Pisang (1kg)
- Betik (1kg)
- Labu (1kg)
- Kangkong (1kg)
- Ragi (5 biji)
- Peraman Air Beras (20L)
Kaedah pembuatan
Langkah 1: Bahan-bahan seperti belacan, nanas, pisang, betik dan kangkong perlu dikisar halus.
Langkah 2: Bahan-bahan yang dikisar dicampur dengan telur, susu segar atau susu tepung,
dedak, gula merah dan air.
Langkah 3: Kesemua bahan-bahan tersebut di masukkan ke dalam
satu bekas kemudian dikacau.
Langkah 4: Buah labu yang dipotong dengan ketebalan 2mm, panjang 5-6cm dan
lebar 2-3cm diletakkan dipermukaan media bahan yang telah dicampur dan akhir sekali
ragi yang telah dipecahkan ditabur ke atas permukaan labu atau media.
Langkah 5: Bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan peram selama seminggu. Produk ini
dianggap matang apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas permukaan media
dan rbau masam manis.
Langkah 6: Setelah matang, plant booster dikacau dan ditapis sebelum digunakan pada tanaman.
Aplikasi pada tanaman
Plant Booster pekat perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan dilapangan dan kecairan mengikut sukatan seperti dibawah;
- Melon; Minggu (M) 1-2 (15ml/1Liter air), M 3-5 (20ml/L) dan M 6-10 (30ml/L)
- Tomato; Minggu (M) 1-2 ( 10ml/1Liter air), M 3-5 (15ml/L), M 6-8(20ml/L) dan M 9 keatas (25ml/L)
- Cili; Minggu (M) 1-2 ( 10ml/1Liter air), M 3-5 (20ml/L), M 6-8(30ml/L) dan M 9 keatas (40ml/L).
- Pisang; Minggu (M) 2 ( 10ml/1 liter air), M 4 (15ml/L), M 8 (20ml/L), M 10 (25ml/L), M 12 ke atas hingga matang (30ml/L) setiap bulan.
Semua kaedah pembajaan dan kawalan perosak adalah mengikut syor Jabatan Pertanian.
Alatan:-
1. Pisau
2. Blender
3. Choping Board
4. Besen
5. Tong Biru @ 50L
6. Tong Biru @ 25L
7. Penapis 32 mech
Anda boleh mencuba sendiri.
Casino Roll
BalasPadamThere are no limits to what you can make at a 룰렛 판 사이트 casino. For starters, 저녁밥 추천 most of your bankroll will have a minimum deposit of $10. 러시안 룰렛 가사 This ensures that 메이플 캐릭터 슬롯 no 벳 인포 스포츠 토토 분석