Ahad, 27 Mac 2016

Menyediakan EM

EM adalah gabungan beneficial micro-organisms yang telah di majukan oleh Professor Teruo Higa di University of the Ryukyu Japan.

Micro n-organisms ini telah menyuburkan tanah, tanaman, air dan kesihatan manusia dengan cara mereputkan bahan bahan organik dalam tanah, menggunakan (fixing) nitrogen diudara dan menjadi makanan (feed) tanaman dan haiwan disamping melindungi nya daripada ancaman penyakit. Micro-organisms tersebut terdiri daripada primary yeast, pro-biotic atau photosynthetic bacteria dan lactic acid bacteria.

EM boleh di beli tetapi agak mahal dan ia boleh dibuat (kultur) sendiri dengan perbelanjaan yang murah.

Di Asia EM telah diproses hingga menjadi 4 jenis EM(EM1, EM2, EM3 & EM4). Ia sangat berkesan bergantung kepada cara penggunaan. Disini aka ditunjukan cara cara membuat sendiri EM.

EM1 mengandungi :-
1. Primary lactic acid bacteria(lactic acid produced in metabolism).
2. Yeast.
3. Photosynthetic bacteria.

Semua bacteria ini berada dalam nisbah yang ideal.

EM2 mengandungi lebih micro-organisms daripada EM1. Terdapat lebih daripada 10 jenis yang terdiri daripada 80 spesis. Micro-organisms ini wujud sebagai satu konsortium. Microbes yang wujud dalam EM2 adalah photosynthetic bacteria,fungi,yeasts atau molds dan sebagainya.
 
EM2 dikultur dalam cecair dengan ph7 dan disimpan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair dianggarkan 1 billion cells/gram cecair.
 
EM2 mengandungi 90% bacteria photosynthesis dan bakinya adalah micro-organisms.EM3 dikultur dalam medium cecair dan disimpan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair adalah 1 billion cells/gram cecair.
 
EM4 mengandungi 90% lactobacisslus spp. Dan micro-organisms yang menghasilkan lebih lactic acid. EM4 dikultur dalam medium cecair dengan kandungan ph 4.5. Populasi micro-organisms adalah sama seperti diatas. 1 billion cells/gram cecair.
 
Perbezaan diantara EM1, EM2, EM3 & EM4 kandungan micro-organisms dalamnya. Jenis yang terbanyak digunakan di Asia bagi memajukan pertanian dan perikanan adalah EM4.


Bahan bahan yang diguna untuk mengkulturkan EM adalah :-
  •  Sayuran yang dibuang, kekacang.
  •  Kulit buahan saperti papaya, pisang, rambutan sebagainya.
  •  Dedak padi.
  •  Gula merah.
  •  Air basuhan beras.
Cara-cara
  • Masukkan sayuran, kulit buahan dan dedak ke dalam satu bekas(tong). Gaul supaya bercampur dan tutup rapat. Tutup rapat dan biar ia mereput selama seminggu. Bila ditutup pada awalnya bacteria jenis aerobic akan hidup dan memakan sisa sisa tadi dan mengeluarkan bau yang agak busuk. Akibat ditutup rapat bacteria aerobic akan kehabisan bekalan oxygen dan akan mati. Peranan seterusnya akan dimainkan oleh bacteria anerobic yang mampu hidup tanpa oxygen.
  • Lepas 1 minggu tapiskan bahan pepejal yang tinggal dan cecair kekuningan yang di dapati itu adalah EM1.
  • Cecair EM1 dicampur semula dengan sayuran, dan kulit buahan yang lain dan ditutup rapat sekali lagi.Selepas 1 minggu tapis untuk dapatkan cecairnya. Itu adalah EM2.
  • Cecair EM2 dicampur pula dengan dedak, air basuhan beras dan gula merah.
Nisbah campuran adalah saperti berikut
1 litre EM2 : 1 kilo gula merah : 10 litre air
  • Tutup rapat dan biarkan selama 1 minggu. Hasilnya adalah EM3
  • EM3 dibiarkan lagi selama 1 minggu lagi tanpa membuat apa dan hasilnya adalah EM4
Biasa kita akan hantar ke Makmal, setiap Mol ada unsur yg berbeza.

Cth :
Kangkong ada unsur nitrogen
Pisang ada unsur kalium
Ikan ada unsur amino

Sekian terima kasih

Admin
NWH

SOP Terung

Semayan
Semai di atas tisu lembab selama 7 hari dan pindahkan ke tray semaian (pastikan tisu sentiasa lembab dan siram menggunakan air kosong sehingga hari ke 14).

Rawatan
Gunakan semburan probac 36gram/18liter air untuk rawat sabut/tanah sebelum menanam dan sebulan sekali. Rendam probac menggunakan air tanpa klorin selama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum semburan. Rendam biji benih menggunakan Oligo Chitosan selama 12jam.

Kandungan/keperluan EC mengikut hari
  • Hari ke 15: 0.6 EC
  • Hari ke 18: 0.8 EC
  • Hari ke 21: 1.0 EC
  • Hari ke 24: 1.2 EC
Pembajaan mengikut hari selepas tanam
  • 1 hst : 500ml sehari
  • 7 hst : 500ml sehari
  • 14 hst : 600ml sehari
  • 21 hst : 800ml sehari
  • 28 hst : 900ml sehari
  • 35 hst : 1000ml sehari
  • 42 hst : 1200ml sehari
  • 56 hst : 1400ml sehari
  • 64 hst : 1600ml sehari
  • 71 hst : 2000ml sehari
Hari Isnin(kimia) Khamis(organik)
Minggu
1       Abamectin 20ml + Agrinil 60gm + Bio One Plus 60ml Sri Anak 100ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 50ml + OHN 60ml
15ml Ibu Biogard untuk 18liter air. untuk 18liter air.
2         Cyma 20ml + Manco 50gm + Bio One Plus 80ml  Sri Anak 120ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 60ml + OHN 60ml
15ml Ibu Biogard untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong
3         Abamectin 25ml + Agrinil 80gm + Bio One Plus 90ml Sri Anak 130ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 70ml + OHN 60ml
15ml Ibu Biogard untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong
4         Cyma 25ml + Manco 70gm + Bio One Plus 120ml  Sri Anak 130ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 80ml + OHN 60ml
15ml Ibu Biogard untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong
5          Abamectin 30ml + Agrinil 110gm + Bio One Plus 150ml Sri Anak 130ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 80ml + OHN 60ml
15ml Ibu Biogard untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong
6          Cyma 30ml + Manco 100gm + Bio One Plus 150ml  Sri Anak 130ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 80ml + OHN 60ml
15ml Ibu Biogard untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong
7          Abamectin 30ml + Agrinil 80gm + Bio One Plus 150ml Sri Bunga 130ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 80ml + OHN 60ml
15ml Ibu Biogard untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong
8          Cyma 30ml + Manco 100gm + Bio One Plus 150ml  Sri Buah 150ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 80ml + OHN 60ml
15ml Ibu Biogard untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong
9         Abamectin 30ml + Agrinil 100gm + Bio One Plus 160ml Sri Bunga 150ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 80ml + OHN 60ml
15ml Ibu Biogard untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong
10        Cyma 30ml + Manco 100gm + Bio One Plus 180ml  Sri Buah 150ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 80ml + OHN 60ml
15ml Ibu Biogard untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong
11        Abamectin 30ml + Agrinil 100gm + Bio One Plus 160ml Sri Bunga 150ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 80ml + OHN 60ml
15ml Ibu Biogard untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong
12        Cyma 30ml + Manco 130gm + Bio One Plus 180ml  Sri Buah 150ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 80ml + OHN 60ml
untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong
13        Abamectin 30ml + Agrinil 100gm + Bio One Plus 160ml Sri Bunga 150ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 80ml + OHN 60ml
untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong
14         Cyma 30ml + Manco 130gm + Bio One Plus 180ml  Sri Buah 150ml + Biobac 40gram + Mol Ikan 80ml + OHN 60ml
15ml Ibu Biogard untuk 18liter air. untuk 18liter air.
Seharian drip air kosong Seharian drip air kosong

Meracun
Campurkan 20gm micronutrient ketika semburan hari Isnin bersama Abamectin jika daun pokok kekuningan. Campurkan 40gm cabor ketika semburan hari Isnin bersama Cyma jika buah pecah.

Gambar hiasan (ikhsan google)

Penyediaan Plant Booster

Dalam negara menuju ke arah pengeluaran bahan makanan dan produk pertanian yang lebih bermutu dan selamat dimakan, banyak kaedah penjagaan tanaman telah dijalankan seperti penggunaan bahan organic dan Efektic MicroOrganisma (EM) telah digunakan. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia seterusnya mengurangkan kos pengeluaran serta memastikan pengeluaran bahan makanan bebas dari bahan kimia.

EM ialah sekumpulan mikroorganisma yang hidup berkelompok di sesuatu tempat. Ianya hidup berharmoni di dalam tanah bersama tumbuhan dengan membekalkan makanan dan memberi perlindungan kepada serangga dan binatang kecil yang lain. EM tempatan boleh dikumpul dan dibiak untuk memperbaiki dan memulihkan tanah.



Jabtan Pertanian telah berjaya membuktikan penggunaan EM (Plant Booster) ke atas beberapa tanaman seperti Rock Melon, Tomato, Cili dan Pisang dapat meningkatkan mutu dan kualiti tanaman tanpa penggunaan bahan kimia.
 
En. Wan Muhammad Zukarnain bin Baharudin seorang Pegawai Pertanian yang berpengalaman dalam tanaman Fertigasi dan Organic Farming yang berpusat di Bahagian Pembangunan Komoditi Serdang telah menjalankan penyelidikan terhadap tanaman di atas dengan hasil yang sangat ketara dari segi pertumbuhan dan juga hasilnya.

Penyediaan EM (Plant Booster) mudah disediakan dengan penggunaan bahan yang boleh didapati dengan perbelanjaan yang kecil seperti berikut:

Bahan-bahan penghasilan plant booster:-

  1. Gula merah                                           (1kg)
  2. Belacan                                                 (0.5kg)
  3. Nanas                                                    (1kg)
  4. Telur                                                     (10 biji)
  5. Dedak                                                   (0.5kg)
  6. Air (tanpa Klorin)                                 (20L)
  7. Susu segar atau susu tepung                (2L@ kg)
  8. Pisang                                                  (1kg)
  9. Betik                                                    (1kg)
  10. Labu                                                    (1kg)
  11. Kangkong                                            (1kg) 
  12. Ragi                                                     (5 biji)
  13. Peraman Air Beras                               (20L)

Kaedah pembuatan
Langkah 1: Bahan-bahan seperti belacan, nanas, pisang, betik dan kangkong perlu dikisar halus.
 
Langkah 2: Bahan-bahan yang dikisar dicampur dengan telur, susu segar atau susu tepung,
                   dedak, gula merah dan air.
 
Langkah 3: Kesemua bahan-bahan tersebut di masukkan ke dalam
                    satu bekas kemudian dikacau.
 
Langkah 4: Buah labu yang dipotong dengan ketebalan 2mm, panjang 5-6cm dan
                    lebar  2-3cm diletakkan dipermukaan media bahan yang telah dicampur dan akhir  sekali
                    ragi yang telah dipecahkan ditabur ke atas permukaan labu atau media.
 
Langkah 5: Bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan peram selama seminggu. Produk ini
                    dianggap matang apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas permukaan media
                    dan  rbau masam manis.
 
Langkah 6: Setelah matang, plant booster dikacau dan ditapis sebelum digunakan pada tanaman.
Aplikasi pada tanaman
 
Plant Booster pekat perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan dilapangan dan kecairan mengikut sukatan seperti dibawah;

  •  Melon; Minggu (M) 1-2 (15ml/1Liter air), M 3-5 (20ml/L) dan M 6-10 (30ml/L)
  •  Tomato; Minggu (M) 1-2 ( 10ml/1Liter air), M 3-5 (15ml/L), M 6-8(20ml/L) dan M 9 keatas (25ml/L)
  • Cili; Minggu (M) 1-2 ( 10ml/1Liter air), M 3-5 (20ml/L), M 6-8(30ml/L) dan M 9 keatas (40ml/L).
  • Pisang; Minggu (M) 2 ( 10ml/1 liter air), M 4 (15ml/L), M 8 (20ml/L), M 10 (25ml/L), M 12 ke atas hingga matang (30ml/L) setiap bulan.
Semua kaedah pembajaan dan kawalan perosak adalah mengikut syor Jabatan Pertanian.
 
Alatan:-
 
1. Pisau
2. Blender
3. Choping Board
4. Besen
5. Tong Biru @ 50L
6. Tong Biru @ 25L
7. Penapis 32 mech
Anda boleh mencuba sendiri.
 
Keterangan lanjut, Hubungi
Bahagian Pembangunan Komoditi
Jabatan Pertanian Serdang
Tel: 03-8948 6302 Fax: 03-8942 6616
 
Lagi dari Jabatan pertanian 001


Lagi dari Jabatan pertanian 002
Kredit to Group Ilmu dan info tanaman (Tuan Ibrahim-Kundang)
 

Sabtu, 19 Mac 2016

CAMPURAN BAJA FERTIGASI

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN CAMPURAN BAJA FERTIGASI
Contoh untuk set baja fertigasi AB 100 liter

A. PENYEDIAAN BAJA PEKAT FERTIGASI A DAN B

1. Sediakan set baja fertigasi AB 100 liter
2. Isikan air ke dalam tong baja pekat A dan B sebanyak 100 liter
3. Masukkan serbuk campuran baja A dan B ke dalam tong baja pekat A dan
B masing-masing yang diisi dengan air
4. Bancuh campuran dalam tong baja A dan B hingga larut sepenuhnya
5. Stok baja pekat A dan B sedia untuk digunakan




B. PENYEDIAAN BAJA FERTIGASI UNTUK DIGUNAKAN KE POKOK

1. Sediakan tangki/tong air baja
2. Masukkan air ke dalam tangki/tong air baja
3. Campurkan baja pekat A mengikut kadar yang diperlukan ke dalam tangki/tong baja dan kacau campuran tersebut.
4. Campurkan baja pekat B dengan kuantiti yang sama ke dalam tangki/tong baja dan kacau campuran tersebut.
5. Campuran air baja fertigasi sedia untuk digunakan
6. Kepekatan baja diukur menggunakan EC meter

Kadar anggaran campuran bagi yg tidak mempunyai EC meter - kredit ratio campuran manual kpd
Romatech Agro..
1/400 = 0.5 EC (3ml AB = 1L air)
1/200 = 1.0 EC (5ml AB = 1L air)
1/100 = 1.5 EC (10ml AB = 1L air)
1/80 = 1.8 EC (13ml AB = 1L air)
1/70 = 2.0 EC (15ml AB = 1L air)
1/60 = 2.5 EC (17ml AB = 1L air)
1/50 = 2.8 EC (20ml AB = 1L air)