Khamis, 23 Oktober 2014

Reel Baitcasting (BC)



  • Pastikan kekili baitcasting telah diisi tali secukupnya dan pasangkan kekili pada rod.
  • Dapatkan sebiji 'plak' mengilat (7gram) yang dibuat khas untuk belajar mengilat. (Kalau takde boleh pakai batu ladung yang same berat)
  • Sekarang perkara yang paling penting ialah bagaimana untuk mengawal kelajuan spool supaya tidak menyebabkan backlash semasamengilat. Jadi cara caranya ialah dengan melaras Spool tension knob dan brake.  

 

  1. Pertama sekali laraskan Magnetik brake ke tahap paling maksimum. Biasanya pada brake tu terdapat no 1 hingga sepuluh. Laraskan hingga ke no 10 (maksimum)
  2. Kemudian ketatkan Spool tension Knob kepada maksimum untuk berikan tekanan pada spool.
  3. Tegakkan rod dalam 120 darjah. Selepas itu tekan thumb bar supaya spool dapat berada dalam keadaan 'free spool'. 'Plak' yang tergantung di hujung rod tidak akanjatuh ke tanah kerana spool tension knob berada pada tahap maksimum yang menyebabkan spool tidak berpusing.
  4. Kemudian, longgarkan sedikit spool tension knob sedikit demi sedikit sehingga 'plak' bergerak turun ke bawah. Pastikan semasa 'plak' jatuh ke tanah, spool juga berhenti berpusing.
  5. Selepas itu, lakukan balingan pertama. Balingan ini sudah pastinya 'plak' tidakakan pegi jauh dan juga tida akan backlash.
  6. Kemudian laraskan Magnetic brake ke tahapminimum sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, pada mulanya Magnetic brake berada pada no 10 (maksimum), kemudian laraskan kepada no 8. Cuba baling sekali lagi 'plak' tersebut. Jika tidak backlash lakukan perkara yang sama dengan melaras brake ke no 6 dan seterusnya.
  7. Selalunya paling minimum brake mesti berada kedudukan no 2 atau 3. Jika terlalu minimum pasti akan berlaku backlash.
  8. Jika balingan 'plak' tidak berlaku backlash, ini bermakna anda telah mendapat setting yang sesuai untuk kekili baitcasting anda.
 
**Nota: Jika berlaku backlash diawal balingan ini bermakna Magnetic brake perlu dilaras semula ke maksimum sedikit demi sedikit. Jika backlash berlaku di akhir balingan selepas gewang jatuh ke air, sila ketatkan sedikit cast control knob kekili anda. Namun, pelarasan ini berbeza mengikut berat gewang yang kita akan gunakan semasa mengilat. Tetapi cara yang sama digunakan untuk mendapatkan setting yang sesuai supaya tidak backlash semasa mengilat. Cara diatas adalah cara yang selalu lakukan, mungkin terdapat cara cara lain yang digunakan untuk mendapatkan setting kekili baitcasting ini. Jika ada yang lebih mahir dalam topik ini, diharap dapat dikongsi bersama sama dengan pembaca lain.

Setting diatas adalah untuk kekili baitcasting yang menggunakan sistem brake magnetic.

 Information dari geng facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan