Ahad, 26 Oktober 2014

Kolam pancing Jugra RM3 lagi

Khamis, 23 Oktober 2014

Reel Baitcasting (BC)



  • Pastikan kekili baitcasting telah diisi tali secukupnya dan pasangkan kekili pada rod.
  • Dapatkan sebiji 'plak' mengilat (7gram) yang dibuat khas untuk belajar mengilat. (Kalau takde boleh pakai batu ladung yang same berat)
  • Sekarang perkara yang paling penting ialah bagaimana untuk mengawal kelajuan spool supaya tidak menyebabkan backlash semasamengilat. Jadi cara caranya ialah dengan melaras Spool tension knob dan brake.  

 

  1. Pertama sekali laraskan Magnetik brake ke tahap paling maksimum. Biasanya pada brake tu terdapat no 1 hingga sepuluh. Laraskan hingga ke no 10 (maksimum)
  2. Kemudian ketatkan Spool tension Knob kepada maksimum untuk berikan tekanan pada spool.
  3. Tegakkan rod dalam 120 darjah. Selepas itu tekan thumb bar supaya spool dapat berada dalam keadaan 'free spool'. 'Plak' yang tergantung di hujung rod tidak akanjatuh ke tanah kerana spool tension knob berada pada tahap maksimum yang menyebabkan spool tidak berpusing.
  4. Kemudian, longgarkan sedikit spool tension knob sedikit demi sedikit sehingga 'plak' bergerak turun ke bawah. Pastikan semasa 'plak' jatuh ke tanah, spool juga berhenti berpusing.
  5. Selepas itu, lakukan balingan pertama. Balingan ini sudah pastinya 'plak' tidakakan pegi jauh dan juga tida akan backlash.
  6. Kemudian laraskan Magnetic brake ke tahapminimum sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, pada mulanya Magnetic brake berada pada no 10 (maksimum), kemudian laraskan kepada no 8. Cuba baling sekali lagi 'plak' tersebut. Jika tidak backlash lakukan perkara yang sama dengan melaras brake ke no 6 dan seterusnya.
  7. Selalunya paling minimum brake mesti berada kedudukan no 2 atau 3. Jika terlalu minimum pasti akan berlaku backlash.
  8. Jika balingan 'plak' tidak berlaku backlash, ini bermakna anda telah mendapat setting yang sesuai untuk kekili baitcasting anda.
 
**Nota: Jika berlaku backlash diawal balingan ini bermakna Magnetic brake perlu dilaras semula ke maksimum sedikit demi sedikit. Jika backlash berlaku di akhir balingan selepas gewang jatuh ke air, sila ketatkan sedikit cast control knob kekili anda. Namun, pelarasan ini berbeza mengikut berat gewang yang kita akan gunakan semasa mengilat. Tetapi cara yang sama digunakan untuk mendapatkan setting yang sesuai supaya tidak backlash semasa mengilat. Cara diatas adalah cara yang selalu lakukan, mungkin terdapat cara cara lain yang digunakan untuk mendapatkan setting kekili baitcasting ini. Jika ada yang lebih mahir dalam topik ini, diharap dapat dikongsi bersama sama dengan pembaca lain.

Setting diatas adalah untuk kekili baitcasting yang menggunakan sistem brake magnetic.

 Information dari geng facebook

Gewang (Lure)



Topwater (Permukaan)
Gewang jenis ini berfungsi di atas permukaan air seperti Popper dan gewang jenis Pensil.

Floating (Terapong)
Gewang jenis ini akan berada didalam air semasa dikarau dan ia akan terapongke permukaan air apabila karauan berhenti.



Suspend
Gewang jenis ini pula akan berada di dalam air semasa dikarau, tetapi apabila ianya berhenti dikarau ia akan berada di posisi tetap dan akan akan terapong dan tidak akan tengelam.

Sinking (Tenggelam)
Gewang ini juga akan berada didalam air apabila dikarau, tetapi akan tengelam ke dasar jikalau ianya berhenti dikarau.

Deep DivingMinnow (Selaman Dalam)
Gewang jenis ini pula akan menyelam lebih dalam mengikut spesifikasi yang dibuat oleh pengeluar. Jenis ini mudah dikenali dengan melihat lidah (Bib) yang panjang. Semakan panjang lidah gewang tersebut semakin dalam gewang ini mampu menyelam.

Vibration (Bergetar)
Gewang ini selalunya tidak mempunyi lidah (Bid). Apabila dikarau gewang ini akan bergetar. Kebanyakkan model jenis ini adalah jenis tenggelam (singking) apabila ia berhenti di karau.

Jig/Metal Jig/Micro Jig
Aplikasi gewang ini pula berlainan sedikit dengan yang lain, dimana jenis nini akan dibiarkan tenggelam ke dasar dan kemudian dikarau ke atas sambil dihenjut-henjut agar kelihatan anak ikan yang sedang tercedera. Jenis ini sesuai untuk memburu ikana di perairan yanag dalam dan juga boleh digunakan di tempatbyang cetek.