Jumaat, 29 Jun 2012

Tabung Warisan Anak Selangor- Dan aku

T.A.W.A.S Tabung warisan anak Selangor, idea yang dicetuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat setelah mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008. Kemenangan yang berpihak kan majoriti 17 kerusi dari 22 kerusi yang dipertandingkan, membawa lebaran baru kepada corak pemerintahan kerajaan raja berpelembagaan Negeri Selangor.

Hari ini aku bukan hendak mengulas tentang keputusan pilihan raya umum 12 lalu, tetapi ingin berkongsi bersama dengan kengkawan aku kat blogs ni tentang product-product yang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan ianya tiada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Salah satu product itu adalah TAWAS Tabung warisan anak Selangor. Salah satu product dibawah program "Merakyatkan Ekonomi Selangor Hasil Negeri Untuk Rakyat". Bukan aku nak puji kerajaan Pakatan Rakyat tapi ini lah hakikatnya jika dibawah kerajaan yang telus dan jujur.

Ok kita kembali kepada TAWAS tadi....

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. 


Lihat lampiran





Selain dari program TAWAS kerajaan Pakatan Rakyat selangor juga menawarkan beberapa lagi product dan kesemua product ini adalah percuma. Dibawah ini statistik program MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor Hasil Negeri Untuk Rakyat).


Ha aku bukan cakap kosong saja ..hari ini aku mengambil kesempatan cuti tahun aku untuk mendaftarkan dua orang anak aku yang lahir di negeri Selangor ini....k layan gambar.


Kesimpulan disini bagi kengkawan yang belum mendaftar sebagai pengundi berdaftar maka daftarlah sekarang di mana pejabat pos yang dilantik dan juga di cawangan atau pusat SPR berdekatan.... Masadepan anak anda ditangan anda.

he.......he.... 

Rabu, 27 Jun 2012

Buger bakar BBS Rawang

Alhamdulilah hujan yang dikurniakan Allah membuatkan aku terpangil untuk mengupdate blog aku ni..... Nak cita pasal makan-makan di hujung bulan. Ini semua idia wife aku lah yang teringin makan buger best. Cari punya cari rupa-rupanya BBS buger bakar telah membuka cawangannya di Rawang. Ha....macam dah dirancang... jadi lepas solat magrib bertolak lah kami.... Lokasi di simpang Kg. Kenanga Bt16 Rawang berhadapan dengan kedai keropok leko. Buat pengetahuan gerai ni dibuka pada malam masa dan masa tauke cuti tak pasti......info boleh cari di facebook.

Harga ok....cuma cadangan aku supaya pihak BBS tidak meletakan sos pada burger agar jus daging tidak lari.... cadangan saje .... 

Jom layan gambar.....

Ni lah dia gerai dia...
Aku lebih suka burger yang tidak di letakkan sos....bio ...layan jus ory dia...baru best
Hu kalau dapat beli grill ni hu mau aku pulak yang bukak gerai buger bakar depan umah

Nah ko .....luas mulut ngaga
Ko makan roti je nak..em .....rugi nak oi..habiskan...

KELAB GREENBOC: TG Nik Aziz Tak Ambil Kemudahan MB - Itu Pun UMNO ...

KELAB GREENBOC: TG Nik Aziz Tak Ambil Kemudahan MB - Itu Pun UMNO ...: N ik Aziz: 'Saya tak ambil kemudahan MB' SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pe...

Isnin, 25 Jun 2012

Kekal Sihat Sepanjang Hayat: Kadar Denyutan Jantung

Kekal Sihat Sepanjang Hayat: Kadar Denyutan Jantung: Apa yang anda perlu tahu!!! Adalah penting bagi anda untuk mengetahui cara mengukur denyutan jantung anda. Ini adalah kerana ia dapat menol...

Sabtu, 23 Jun 2012

Khairul Faizi: KAJIAN RINGKAS : SEJARAH PAS DI JOHOR DAN PERKEMBA...

Khairul Faizi: KAJIAN RINGKAS : SEJARAH PAS DI JOHOR DAN PERKEMBA...: Pendahuluan Assalamu’alaikum dan salam perjuangan, Mutakhir ini, negeri perkembangan politik di negeri Johor telah menja...

Ahad, 17 Jun 2012

By-pass

Kesibukan harian aku, membuatkan ruangan blog aku ini sepi....jadi untuk mengisi kesunyiyan ini aku link kan blog wife aku....cerita sama versi je lain....
http://cerita-ummchak.blogspot.com/2012/06/dari-rawang-ke-muo-jalan-jalan-cuti.html

Jumaat, 1 Jun 2012

Restoran Haba & Menu sarapan pagi bandar Maharani (Muar)

Seawal pagi bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bandar yang dulu dikenali dengan jolokan bandar Maharani dan kini lebih mashur dengan pangilan Bandar Muar. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam (sambil merewang2) perjalanan dan sejauh lebih kurang 180++km ini amat lah bermakna bagi aku sekeluarga, kerana sudah bertahun lamanya aku berulang alik balik ke kampung halaman tetapi masih tidak tahu keunikan bandar tersebu.

Sate Maharani
Bandar Muar yang amat terkenal dengan cerita sejarah Bukit Kepong, juga amat  kaya dengan keunikan bangunan-bangunan lama tinggalan penjajah yang kini masih lagi berfungsi sebagai bangunan pentadbiran kerajaan Negeri Johor dan daerah tempatan. Tidak ketinggalan juga keunikan menu sarapan pagi yang jarang boleh didapati di kebanyakkan tempat. Di antaranyan menu sarapan yang populer di daerah Muar ini adalah mee rebus muar, lontong, soto dan yang paling unik dijadikan menu sarapan pagi adalah sate.

Kebiasaan sate dihidangkan pada lewat petang atau lewat malam sebagai makanan sampingan tetapi lain pula di daerah Muar, sate dijadikan menu utama sarapan pagi selain nasi lemak, lontong dan lain-lain. Bagi aku yang gemar dengan menu tradisional sate, tidak melepaskan peluang untuk mencuba.

Restoran Haba, no. 13-2 Jalan Majidi, Muar
Untuk pengetahuan umum terdapat banyak restoran di sekitar deretan bangunan-bangunan kedai lama  yang menjual sate, diantaranya adalah Restoran Haba. Restoran Haba terletak di belakang bank HSBC cawangan Bandar Muar dan berdekatan dengan bangunan pejabat tanah daerah Muar. Restoran yang beralamat di alamat No.13-2, Jalan Majidi, Muar ini menyediakan pelbagai menu sarapan pagi termasuk lah sate.
Menu sarapan di Restoran Haba
Jadi bagi mereka yang singah ke Bandar Muar, jangan lupa untuk mencuba menu-menu sarapan pagi yang amat terkenal didaerah Muar. Dari segi harga amat lah berpatutan dan murah.

~sekian~